Syarikat solar yang menjadi salah satu syarikat yang menang project LSS4 ini telah mengalami pengambilan untung yang agak kuat sejak 2 minggu lepas. Akan tetapi, nampaknya CYPARK sudah jumpa lantai/supportnya dan ada inverted hammer yang menunjukkan potensi untuk reversal dari minor downtrend ke uptrend semula. Dengan catalyst LSS4 yang besar, kemungkinan besar...
Symmetrical triangle ialah sebuah chart pattern yang menunjukkan trend continuation. Oleh itu, kenaikan harga FOCUSP adalah satu kemungkinan yang besar.
MAHSING, sebuah syarikat property sudah pun memecah down trendline dan kini berlegar di paras support dinamik iaitu MA50.
BAUTO, sebuah company automotive sudah memecah down trendline. Kini BAUTO membuat tight sideway dan mungkin akan teruskan kenaikan.
APPASIA memasuki fasa sideway setelah berjaya memecah downtrendline.
Kaunter property ini mula menunjukkan volume yang agak tinggi pada jumaat lepas. Ada kemungkinan besar untuk LAGENDA meneruskan kenaikannya.
DIALOG kini tengah accumulate setelah memecah paras rintangan down trendline. Jika ada catalyst kuat untuk sektor O&G, DIALOG mungkin mampu melonjak tinggi.
SCIB baru memecah paras resistance down trendline dan melakukan minor retracement. Jika membentuk higher low yang baru, mampu untuk teruskan kenaikan.
DAYANG masih berlegar di paras resistance lama (gap down resistance) yang kuat. Boleh jadi peluang untuk buy on breakout (BoB) jika ada peningkatan harga Brent Oil pada minggu ini atau hadapan.
MELEWAR - Industrial Products & Services - Metal FA - Good sentiment. Healthy fundamental. TA - Symmetrical triangle pattern. (Continuation pattern). Overall, MELEWAR tengah uptrend jadi pattern ni kita boleh kata lebih kepada bullish continuation. Ada juga hidden bullish divergence.
Kaunter ni ada loss yang besar baru2 ini. Dari segi FA masih kurang sihat tapi prospeknya besar sebab dia bukan cyclical kaunter dan business modelnya agak niche/unik iaitu Digital Security. Dari segi TA, SMETRIC tengah naik tapi agak volatile. Strong pullback bila sentuh higher high. Untuk masa ni boleh short term kerana harga rapat dengan support.
EFRAME sedang berlegar di paras resistance setelah kenaikan yang berterusan. Kaunter yang ada kaitan dengan building materials ini boleh dapat manfaat jika sektor property dan construction meningkat. Buat masa ni memang ada peningkatan senyap. Jika gagal breakout, EFRAME mungkin akan membentuk handle untuk cup yang dalam ni. Entry sesuai untuk buy on breakout.
Kaunter metal yang sedang menghampiri support. FA yang agak okay. Dari sentimen, ada demand untuk metal disebabkan kerancakkan ekonomi China dan ekonomi negara2 lain yang tengah recover. Demand terhadap besi akan terus meningkat.
VS jatuh dibawah MA50 tapi sudah recover dan berlegar di kawasan MA50. VS mempunyai catalyst yang bagus sejak bulan lepas kerana pemberian ESOS berkali2 dan dijangkakan akan memberi bonus issue dan warrant pada Q2 2021. #sahamkajian #bukanbuycall
ULICORP buat masa ini masih lagi free fall tapi sedang menghampiri dasar. Jika ULICORP berjaya rebound diatas support baru dan RSI dibawah 30, ini adalah peluang buy on pullback. Try search di youtube tentang RSI strategy. #bukanbuycall #sahamkajian
Setelah pullback yang kejam, INARI kini melantun semula di atas MA50. Ini tanda yang INARI masih lagi uptrend dan keadaan ini sesuai untuk BOD. #bukanbuycall #sahamkajian
Setelah gagal menembus resistance pada Jumaat lepas, DAYANG dijangkakan akan jatuh semula tapi di paras mana? Pendapat saya ialah area MA20 untuk membentuk higher low. Selepas itu, dia akan cuba lagi untuk breakout. Jika tidak membentuk higher low, cari la yang lain. Banyak lagi kaunter O&G kawan - kawan. #bukanbuycall #sahamkajian
Setelah memecah downtrend line dengan bergaya, adakah kaunter kluster Karim Musk bakal meneruskan kenaikan ? Biar chart berbicara. #sahamkajian #bukanbuycall