ULICORP penah saya ulas sebelum ini. Sedang membentuk wave ke 4, bersedia untuk wave 5 sekiranya pecah DTL kecil TAYOR.
SCGM syarikat membuat plastik pembungkusan dan juga sektor hartanah. Syarikat yang baik, tiap QR mencatat keuntungan. Boleh tunggu keajaiban untuk pecah kotak. Boleh la short term trade makan bawah buang atas dalam kotak. TAYOR.
Ireka merupakan syarikat dalam industri pembinaan. Loss making company. Short term trade. TAYOR.
HHHCorp adalah syarikat berkaitan barangan industri seperti minyak dan cat, serta perniagaan kitar semula berkaitan petroleum. Syarikat ini QR biasa biasa, ada rugi ada untung. QR terbaru mencatat untung agak tinggi kerana kos berkaitan petroleum menurun, walaupun pendapatan berkurangan. Baru sahaja mengumumkan untuk membuat PP. Aras sokongan 140, jatuh bawah...
Perhatikan reaksi KHJB di RBS 280. Sama ada bertahan atau bocor. Jika bocor boleh perhatikan sekitar 265 MA50. Ada volume yang banyak masuk pada hari Khamis. Rintangan terdekat adalah 325 seterusnya 390. TAYOR.
Innature kelihatan membentuk Cangkir dan Pemegang. Syarikat mempunya FA yang baik. Merekodkan keuntungan dalam QR baru baru ini. Juga menawarkan dividen. Sekiranya pecah 740 mungkin akan pergi ke 1.25 jika mengikut kedalaman cangkir. Harga berada di atas MA50. TAYOR.
Ada 2 kemungkinan untuk LSTEEL: Kemungkinan pertama: Berjaya pecah rintangan dan uji semula RBS dan sambung kenaikan. Boleh tengok trend fibo untuk mengenal pasti sasaran rintangan dan sokongan seterusnya. Kemungkinan kedua: Gagal pecah rintangan aliran menurun dan mencari MA50 semula. Pilihan ikut risiko masing masing. Volume dan penunjuk indikator...
Salah satu teknik simpan tanam. Ada buat kira kira sikit boleh la tengok. Sedang membentuk Cangkir dan Pemegang. Ada gaya macam mahu buat wave 4. CAYOR. Apapun baru belajar EW. Jadi kita sorak, tak jadi kita buat tak tahu.
Salah satu teknik simpan dan tanam. 160 as support, apapun nampak macam baru wave 1, boleh tunggu area 135 dan 150. TP 400. 250%! No CL , untuk tangan berlian. CAYOR.
Salah satu teknik simpan dan tanam. 55 as support, que dan simpan 60 sikit sikit. TP 300. 500%! No CL, untuk tangan berlian. CAYOR.
Syarikat membuat barangan plastik dan juga paip. QR yang okay. Mempunyai syer sebanyak 150 juta unit. Senang dilambung. Para MA telah bermesyuarat. Pecahkan aras rintangan atas, dengan garis leher 470. Membentuk formasi tiang dan bendera. TP sekitar fibo 0.618 580. CL MA50. TAYOR.
Puncak boleh WL. Syarikat yang baru membuat pemulihan dalam QR, boleh tunggu QR seterusnya. Sektor pembinaan termasuk pengurusan air dan juga tanaman seperti kelapa sawit. Kelihatan sedang membuat tiang dan bendera. Harga semasa sedang berada di MA50. Pecah MA50 lari lah dalam guni. Sekiranya pecah 540 boleh cari entry. TP 675 di 618 formasi bendera. Syer...
Syarikat ini membuat produk kayu dan juga pembangunan hartanah. Para MA baru selepas mesyuarat. Baru memecahkan aras rintangan atas. Aras sokongan di MA50. Kaunter ini mempunyai jumlah share 500 juta unit. MACD hampir GX. RSI sekitar 60. TAYOR.
N2N pecahkan garisan rintangan atas dengan volume. Rintangan terdekat sekitar 860 870, untuk menutup gap. Support MA50, 820. MACD GX. TAYOR.
LCTITAN membentuk kepala dan bahu terbalik. Neckline berada di 2.94. Sokongan terdekat di MA6. TP sekitar 3.80. TAYOR.
VIS-WB kelihatan mengikut langkah ibunya. Kenaikan di sokong dengan volume. MACD dan SRSI GX. Jadikan 660 atau MA 50 sebagai aras sokongan terdekat, rintangan dilihat berada di 755. TAYOR.
VIS menarik untuk diperhatikan. Berjaya memecahkan aras rintangan mini dengan volume. Para MA sedang bermesyuarat. Jadikan MA50 sebagai aras sokongan terdekat. Rintangan terdekat berada di 1.55. MACD dan SRSI baru sahaja GX. TAYOR
Kes Covid dilaporkan makin teruk di India, bahkan di Malaysia juga kes semakin membimbangkan. Sekiranya ada game HC pagi ini, boleh diperhatikan HLT-WA 1.01 adalah aras sokongan TF1H, juga MA200 TF1D. Rintangan terdekat 1.10. TAYOR.