Saya menjangkakan akan ada kenaikan bagi kaunter ini bila-bila masa dari sekarang. Telah berada pada paras paling rendah, dan 4 hari kebelakangan ini, volume buy-up mendominasi jumlah transaksi volume... menunjukkan ada minat belian ke atas kaunter ini. Saya meletakkan 0.450 sebagai paras target pertama saya, manakala 0.395 sebagai paras cut-loss.
Pada pendapat saya, chart IFCAMSC kini agak menarik untuk entri.. bukan sekarang.. tapi mungkin T3 / T4. Hari ni kita bagi dia flush dulu. Chart pattern seakan membentuk segitiga dan hampir nak breakout nampaknya. Stochastic turut menghala ke atas dari paras oversold. MACD juga berada di zon positif dan blue line turut menghala ke atas. Saya berharap dapat entri...
Minat belian ke atas kaunter SASBADI mungkin kembali pada hari ini. Seakan-akan breakout mini downtrend setelah menerima kejutan QR bulan lepas. Stoch juga telah melakukan crossing. Saya meletakkan target: - TP1= 0.380 - TP2= 0.405 - CL = 0.335 Semoga ada sinar. PENAFIAN: Maklumat yang disampaikan di sini BUKAN "buy call" atau "sell call". Ini hanyalah...
SEACERA mula mengorak langkah, telah breakout downtrend line semalam. Sesetengah trader mungkin akan melihat candle hari ini sebagai confirmation.
Candle terakhir sangat cantik, ditambah pula dengan stochastic berubah arah ke atas. Harga juga seakan melepasi EMA50 & EMA200. Mungkin ia bakal menjadi tarikan untuk retailer keesokan hari ini.
Berdasarkan Stochastic yang semakin menurun, dan paras harga telah menunjukkan tanda lemah dari segi moving-average.. saya berpendapat kaunter ini bakal retrace lagi. Paras pantulan yang harus saya monitor adalah: - 0.380 : garisan mid-band BB - 0.350 : garisan EMA50
IRIS kelihatan menarik pada Jumaat lepas di mana ia telah berjaya close di atas garisan EMA200. Adakah ini menandakan kepastian atas perubahan trend nya? Ia seakan-akan telah breakout downtrend dengan volume yang begitu signifikan. BBD juga menunjukkan pembelian oleh big buyer. Namun begitu RSI & Stoch kelihatan hampir ke paras overbought, jadi mungkin ada...
Pantech seperti menunjukkan tanda-tanda awal reversal. Masih berisiko tinggi untuk jatuh semula. Kejatuhan drastik tempoh hari disebabkan berita berkenaan trade war antara US & China. Asalkan paras cut-loss dijaga, kaunter ini berpotensi tinggi untuk naik. Berdasarkan pemahaman saya tentang indikator: PBO : garisan merah menghala ke atas. Stochastic : masih...
Saya sudah terlepas peluang buy-on-dips bagi kaunter ini, di mana ia bangkit dari harga 0.350. Signal pada indikator / chart pattern BB : telah terkeluar dari lower band, ia tidak menunggu lama untuk masuk kembali ke dalam band Stoch : melencong naik dari paras oversold PBO : mengubah arah trend, dan sekarang di atas zero Pattern : seakan membentuk...
Jika dilihat pada apa yang saya bulatkan, ia seakan kelihatan sama. Jika pattern ini berulang, sesuatu yang baik menanti. Ia juga telah membuat Double-Top, dengan keadaan indeks sekarang ini dan jumlah volume terhasil, minat belian kelihatan bertambah. Tambahan lagi, jika ia mampu melepasi EMA50, target profit pada harga 0.255 mungkin menjadi kenyataan.
Pada hari ini, CCK tidak mampu untuk tutup di atas mid-band BB menjadikan ia rintangan pertama (R0) untuk dilepasi sekiranya tekanan penjualan berkurangan. Mujurlah ia di tutup di atas paras EMA50 sebagai paras sokongan yang kuat. Keseluruhan carta menunjukkan potensi breakout yang dimiliki oleh kaunter ini. Namun, perlu diperhatikan keesokan harinya jika...
Hari ini, harga ditutup di bawah paras EMA50. Walaupun begitu ia berada pada harga yang mempunyai momentum untuk naik lebih tinggi. PBO indikator pula menunjukkan breakout bakal berlaku. Namun begitu, ada news dikeluarkan pada hari ini. Adakah news ini bertujuan menjadi catalyst untuk memecahkan tembok EMA50 ini lantas meneruskan kenaikan ke upper band BB, atau...
EMA50 & EMA200 dianggap sebagai paras rintangan dan sokongan yang kuat. Kaunter ini telah berjaya melepasi EMA50 dan ia telah bertahan pada sokongan ini beberapa kali semasa retracement. Sasaran selepas ini adalah untuk menuju paras rintangan trendline dan juga EMA200. Adakah ia mampu melepasi EMA200? Harga masih lagi ada momentum kenaikan. Kita tunggu dan lihat
Saya telah membuat entri dalam kaunter SASBADI pada EP=0.350 hari Jumaat lepas. Pada hari ini, ada kenaikan pada kaunter ini dan berjaya ditutup pada harga melepasi EMA50. Harga masih dalam keadaan momentum menaik. Disebabkan ini, saya masih memegang kaunter ini. Quarter Report mungkin akan disiarkan bila-bila masa pada minggu ini. Tahun lepas, ia dikeluarkan...
Keadaan ketika ini BARAKAH dalam mood bullish, melepasi EMA50 dengan jayanya. Namun, ramai berharap ia akan kekal sehingga penghujung hari untuk memastikan tiada false breakout.
FGV baru sahaja melalui 3-Falling-Peaks dan memaksa harga untuk turun ke paras 1.440.. menjadikan ia 52w low price. Dari situ, rebound berlaku. Dan 2-3 kebelakangan ini seakan ada minat belian yang tinggi ke atas kaunter ini. Saya menjangkakan ia akan membentuk Inverted Head & Shoulder pattern. Jadi saya akan tunggu di bawah jika ia benar-benar retrace dan...
Terdapat 2 potensi entry signal kelihatan berdasarkan BB & Stoch. Namun, tanda-tanda reversal masih belum kelihatan. Oleh itu, kita masukkan dulu ke dalam watchlist dan monitor jika ada tanda-tanda kebangkitan.
Ada beberapa signal entri yang saya jangka akan berlaku: ia seakan-akan membentuk cup & handle ia juga seakan-akan tidak mampu untuk meneruskan kenaikan di dalam channel uptrend, retracement dijangka akan berlaku esok. Jika berlaku, ia adalah permulaan awal untuk pembentukan cup & handle Ini hanyalah perspektif saya, orang lain mungkin mempunyai pandangan...