Volume mula menunjukkan ada minat belian. Saya terlepas untuk beli pada harga lagi bawah.. mencari entry yang dekat dengan support 0.175.. ia adalah Resistant-Become-Support
Volume semakin kering sejak spike 1-2 minggu lepas. Harga masih lagi berada di dalam channel uptrend... mengikut trend dalam sebulan atau 2 bulan kebelakangan, ia cuba untuk berada di atas EMA50 Apakah ada berita baik bakal keluar nanti? Harga turun kebelakangan ini, tapi dengan pelepas volume yang agak rendah... menarik untuk dimasukkan dalam watchlist
Tidak mampu memecahkan Support-Become-Resistant pada paras 0.695... jika berjaya closed di atas harga ini, harapan cerah untuk ia meneruskan kenaikan. Dengan menggunakan EMA50 sebagai paras cut-loss, risk masih rendah jika nak entry.
Agak risky untuk entry ketika dengan R&R ratio yang agak tidak menguntungkan sekiranya ia tidak mampu memecahkan rintangan pada 0.140 Oleh itu, lebih baik jika tunggu jika ia mampu break dgn volume... ketika ini volume semakin kurang. Harga naik tetapi volume tidaklah banyak mana Saya masukkan dalam WL...jika ia mampu break 0.140 atau kembali pada paras support 0.115
Parabolic SAR seakan menunjukkan perubahan trend, begitu juga HA candle. Dengan menggunakan EMA50 / 0.155 sebagai support mungkin masih ada harapan untuk menumpang kenaikan kaunter ini. Trading plan saya: EP : lowest harga dgn 0.155 CL : 0.150
WIDAD adalah salah satu kaunter yang menunjukkan ada minat belian ketika kebanyakan kaunter mengalami penurunan.. samada ini hanyalah technical rebound.. tak pandai saya nak jangka. Secara keseluruhan, ia masih lagi downtrend. Weekly chart menunjukkan doji buat ketika ini, weekly volume lebih sedikit dari minggu sebelumnya..,. mungkin ada potensi untuk meneruskan...
Mengikut trendline, ia seakan sedikit rebound.. begitu juga dgn Gann-Square, bertahan pada support merah. Kena lepas line biru dulu, sebelum boleh target rintangan pada 0.230.
Watchlist... adakah akan ada gerakan susulan minggu depan?
Telah beberapa kali ia cuba closed di atas paras Support become Resistant ini @ 0.295 tetapi gagal. Pada hari ini (Jumaat), kelihatan volume yang agak tinggi masuk pada hujung waktu trading.. adakah ini satu petanda akan ada gerakan susulan?
Ia sekarang bertahan pada EMA50.. setelah rebound dari paras support sebelum ni pada 0.255. Adakah entri terbaik pada 0.275 atau patut kita tunggu bawah lagi? Konsep T3 masih lagi applicable.. mungkin Isnin adalah T3
Signal indicator macam dah ok.. menunggu volume saja Trading plan saya: EP = 0.240 CL = 0.235 Cut-loss ketat2, takut kena shake out lagi.
Adakah ia mampu membuat kenaikan , setelah beberapa hari bertahan pada support 0.205 Jika ia mampu closed di atas 0.220, harapan cerah untuk ia memecahkan downtrend line. Trading plan saya: Put in watchlist, watchout for breakout...atau find good EP not far from 0.205
Semalam berlaku transaksi jual-beli yang amat tinggi dari biasa. Tak dapat nak lihat adakah penjualan atau pembelian yang banyak. Namun, dengan volume sedemikian besar tapi harga tidak bergerak jauh, kemungkinan akan ada gerakan susulan selepas ini. Watchlist.. atau EP pada 0.180 adalah trading plan saya.
Semalam ada good news tentang WIDAD. Daripada chart, 2-3 hari lepas menunjukkan ada minat belian terhadap kaunter ini yg menyebabkan ia bertahan pada support lama.. adakah disebabkan news ini atau pun trader yang mengambil peluang buy on support. Apa-apa pun, ia harus closed di atas 0.280 untuk meneruskan kenaikan yang lebih padu.
Harga bertahan berdekatan EMA50... volume kelihatan agak tinggi, tapi harga tidak lari jauh.. mungkin akan ada pergerakan susulan Watchlist.
High volume 2-hari lepas, harga pada paras resistance... mungkin akan retrace buat seketika Kita tunggu peluang ke-dua. Kita tengok balik isnin nanti
Dah lama dia sideway, last week macam ada high-vol masuk.. tak sure buyer or seller Apa2 pun: MACD telah cross Stoch menaik Trading plan saya: EP= 0.345 CL = 0.340 TP = 0.375