Bergerak di dalam channel uptrend. Volume sedikit besar hari ini. Agak risky untuk entry disebabkan EMA200 dan resistance terdahulu pada paras 0.250. Saya akan tunggu jika ia pullback pada EMA50 semula atau mid-band BB.
Ia telah mencecah paras support lama, di mana pada paras ini ia akan membuat kenaikan semula. Stoch berada di zon oversold. MACD pula seakan membentuk buliish divergence. Mungkin juga tidak Trading plan saya: EP: 0.190/0.195 CL: 0.185 TP : 0.225
GFM kelihatan rebound pada paras support lama. Sebelum ni ia pernah bangkit dari paras yang sama sebanyak 2 kali.. dan selepas itu, kebiasaannya kebangkitannya agak kuat. Adakah kali ini sama perangai nya? Indikator masih belum meyakinkan bagi saya. Namun kaunter ini mungkin boleh di beri perhatian..
Ramai orang mengambil peluang untuk take profit bersempena QR positif. Mungkin kita boleh tunggu pada paras support trendline.
Sejak QR diumumkan, kaunter ini gap-up begitu jauh... meninggal satu ruang kosong yang dikhuatiri akan ditutupi semula. Namun, volume begitu tinggi menunjukkan minat belian yg tinggi. Entri pada ketika ini agak risky disebabkan paras rintangan yg terdekat. Pelbagai andaian boleh dibuat... adakah akan melengkapkan rounding bottom dan terus breakout, atau ia...
Kaunter ini telah dimasukkan dalam watchlist, tapi saya lupa untuk memasang alert padanya. Stoch telah memberi signal buy 2-3 hari lepas. Let's monitor for pullback.
Masih mengekalkan aliran menaik di dalam channel uptrend. Rebound pada paras support lama atau support trendline. Stoch & MACD juga kelihatan menarik. Semoga terus naik.
Kita monitor jika dia mahu turun ke paras support trendline atau mid-band BB sekitar 0.365-0.375 Masuk WL
Volume hari Jumaat lepas agak tinggi daripada biasa. Macam ada sesuatu. Saya belum check lagi jika ada sebarang news yang menyebabkan gap up dan volume sedemikian rupa. Apa-apa pun, kita monitor dulu dan harap ia akan turun ke EMA50 atau support trendline.
Signal macam cun untuk breakout downtrend line My trading plan: EP = 0.340 CL = 0.335 / EMA50 TP = ride the trend till it bend
Valid ke tidak teori T4 ni .. ntahlah.. My trading plan: EP = 0.145 CL = 0.145 TP = 0.180 Stoch menunjukkan overbought zone, mcm tak confident nak pergi jauh buat masa terdekat ni
Kaunter ni selalunya volume tak besar mana. Platform down pulak, tak dapat nak tengok detail transaction Jumaat lepas. QR mungkin hujung bulan ni. Saya punya trading plan: EP = 0.280 / 0.285 CL = 0.280 TP = kalau naik, hold sampai QR
Bukan jualan akhir tahun atau jualan sempena perayaan yg saya maksudkan :p last candle menunjukkan reversal dari paras support terdahulu. Volume agak besar namun perubahan harga tidak lah sebesar mana... menandakan ada penahanan/ pengumpulan berlaku. Masuk dlm watchlist dulu...
Bersedia untuk entri.. saya mencari peluang dekat dgn support .. sbb takut2 dia tak mampu utk break resistance.
Volume pacak macam ni, saya memang takut nak masuk. Kita tunggu on pullback.. kasi masuk WL dulu
Kedua-dua nye seakan-akan nak pecah trendline. Risiko sket kat anak sbb nk expired 5 bulan lagi
Dah 3 hari harga berpaut pada mid-band BB. Ia juga melekat pada EMA50. Mungkin Isnin ni sinar harapan utk naik.. kembali utk memecahkan downtrendline yang kelihatan semakin hampir
Ia sedang mengalami retracement buat masa ini. Mungkin kita boleh tunggu pada paras mid-band BB cum support trendline sebagai point of entry