Chart pattern kelihatan menarik. Ia perlu bertahan di atas paras 0.340/0.345 dan breakout half-body candle merah sebelumnya sekitar 0.365/0.370 untuk mengekalkan momentum dan terus memecahkan trendline resistance. Tu jangkaan jika momentum kuat dan market cantik..
0.285 adalah paras support terdahulu di mana ia merupakan paras rintangan sebelumnya. Mampukah ia bertahan pada paras ini dan melakukan technical rebound? Stochastic memang dalam zon oversold... samada ada menjunam ke bwh lagi atau.. sideways.. ntahlah
Ia seakan rebound dari support channel uptrend. Dan sekarang berada di paras rintangan channel. Adakah volume hari ini mampu meletakkan ia lebih tinggi dari paras rintangan sebelum ini? Menarik untuk dimasukkan dalam watchlist.. dan kita tunggu ia pullback.
Paras 0.330 merupakan paras support yg kuat setakat ini. Hari ni spike terus ke 0.350... adakah mampu membuat new high pada hari ini atau bulan ini?
TADMAX kelihatan membuat reversal setelah beberapa hari bertahan pada harga 0.215 Hari ni terus melonjak naik sehingga mencecah 0.235 setakat ini. TP terdekat adalah pada 0.240. Jika break paras ini, harapan cerah untuk membuat uptrend.
Signal stoch sudah rebound dari paras oversold. Tapi saya masih tercari-cari kenapa gap-up pagi ni. Masih lagi downtrend, cuma kena berhati-hati jika in position takut dia patah balik tutup gap.
Pada minggu lepas, ia masih bertahan pada strong support 0.120 namun bocor. Hari ini, mungkin disebabkan KLCI menarik.. kaunter ini juga turut mengalami sedikit kenaikan. Stoch juga telah rebound dari paras oversold. Memerlukan volume untuk terus naik.
Ia perlu bertahan pada paras RBS sekarang iaitu 0.120 untuk kelihatan menarik.
Adakaha ia akan melengkapkan rounding bottom? setelah sekian lama menyepi. Kebelakangan ini, kelihatan minat belian muncul secara diam-diam :p Ketika ini, 0.20 adalah paras rintangan terdekat. Possible entry: Jika break / closed atas 0.2 Jika rebound dari paras support terdekat 0.175 Cuma kena berhati-hati samada QR ok ke tak... possibly this coming week...
Ia telah berjaya pecahkan donwtrendline. Kita masuk dalam watchlist dulu.. dan monitor jika ia membuat pullback
Belum closing untuk hari ni, siapa yg in position.. maybe kena berhati-hati. Ada orang beranggapan, ia telah membuat pattern head & shoulder.. iaitu sekarang adalah bahu kedua (kanan) jika ia terus jatuh... maka kita tgk berapa jauh dia jatuh. Ia berada pada paras support yang kuat ketika ini i.e. 0.275.. jika bocor.. kita lupakan saja buat masa ini.
Berdasarkan apa yang saya faham mengenai indikator-indikator di atas.. semuanya mcm positif. MACD : dah buat cross sikit dan kelihatan bar hijau Stoch : menaik RSI : menaik EMA : juga hampir cross Heikin Ashi candle juga masih menunjukkan ianya bermomentum untuk naik... walaupun candle biasa merah hari ni. Ia gagal untuk close di atas paras Support Become...
Hari ini ada tersebar berita mengatakan kaunter sykt ini ada kaitan dengan seseorang ahli politik.. semoga semua itu tak benar.. Sebab keadaan kaunter ini agak menarik. Hari ini telah berlaku profit taking dan ia rebound dari paras RBS nya 0.330 Kita tengok isnin macam mana minat beliannya.
Ia telah membuat higher low dan seterusnya ada buying pressure hari ini (Khamis) menolaknya lagi. Namun terhalang dek mid-band BB & EMA50. Wajar dimasukkan dalam watchlist untuk menunggu peluang terbaik. Stoch & RSI juga kelihatan menarik. R1 = 0.290 R2 = 0.300
QR telah dikeluarkan semalam... profit bertambah katanya. Berdasarkan chart, ia mempunyai momentum untuk naik lebih tinggi. Harga baru saja membuat EMA cross dan sebelum itu telah terpantul dari garisan support channel. MACD & RSI juga kelihatan menarik. Jika mampu break mini downtrend (garisan oren putus-putus), mungkin naik lebih tinggi.
Ia membuat kenaikan mendadak minggu lepas,.. adakah ada berita baik utk QR kali ini? Apa-apa pun.. trade based on what you see. Kita tunggu jika ia membuat reversal pada T3 / T4 .. ataupun pada paras fibo 50% / 61.8%
Kaunter ini juga menunjukkan kenaikan bersama volume minggu lalu.. Jumaat lepas berlakut sedikit pullback..adakah pullback akan berterusan pada minggu ini. Ia telah mendapat perhatian trader-trader, mungkin kita boleh juga monitor jika ia reversal pada half-body candle atau pun pada harga 0.20.
Berdasarkan carta, ia masih lagi dalam kawasan segitiga.. di mana hala tuju nya 50-50. Volume hari Jumaat lepas agak tinggi daripada average, namun tekanan jualan juga tinggi. Lantas mematikan percubaannya untuk breakout. EMA50 menjadi paras support semasa ia melantun naik 2-3 hari lepas. EMA200 menjadi paras sasaran terdekat. Mungkin kita boleh masukkan dalam...