Kejatuhan GBPUSD pada sesi minggu lepas telah reda apabila harga kembali ke dalam julat. Walaupun kenaikan ini berlaku pada pembukaan sesi NY, trend utama bagi matawang ini masih lagi dalam penurunan.
Dolar AS masih mencuba untuk menembusi harga tertinggi dahulu pada sesi Jumaat lepas. Walaupun ianya bergerak perlahan, namun trend utama indeks masih dalam kenaikan.
Jangkaan kenaikan kadar dari Feds pada FOMC nanti memberi kesan jelas kepada emas. Emas yang diniagakan dalam julat sebelum ini mengalami kejatuhan setelah laporan inflasi AS dikeluarkan pada minggu lepas. Setelah XAU/USD bergerak dalam julat sebelum ini, arah terkini telah pun ditunjukkan dalam carta. Julat yang telah ditembusi ditambah lagi sokongan S1 yang...
Laporan inflasi AS pada minggu lepas memberi gambaran pengukuhan AS Dolar pada pasaran. Peningkatan yang dilaporkan memberikan situasi kepada Feds yang dijangka akan menaikkan kadar untuk menangani kenaikan inflasi AS pada FOMC nanti. Kenaikan kadar yang dijangka ini bersesuaian dengan kaedah buku teks dan pasaran bergerak selari dengan tindakan ini. GBP/USD yang...
Suasana politik UK yang semakin tidak menentu lebih memberi kesan kepada GBP/USD berbanding laporan NFP minggu lepas. United Kingdom yang terkenal dengan suasana panas politiknya ekoran daripada isu Brexit yang lalu kembali membelenggu pasaran GBP/USD dengan Perdana Menterinya yang bakal berdepan undi tidak percaya dalam sesi parlimen hari ini. Keputusan undian...
Laporan NFP yang dikeluarkan minggu lepas hanya memberi kesan sementara kepada emas yang masih dalam julat dagangan. Walaupun laporan NFP ternyata lebih baik dari jangkaan, tiada hala tuju jelas dapat dilihat dalam perdagangan emas. Pasaran dijangka menunggu laporan inflasi tahunan AS yang akan dikeluarkan pada Jumaat ini sebelum membuat sebarang keputusan jelas...
Setelah laporan Hasil Perbendaharaan AS dikeluarkan, GBP/USD melakukan penurunan dalam kenaikannya sebelum ini. Hal ini ditambah lagi dengan inflasi yang melanda UK dan juga suasana ekonomi UK yang tampak suram. Keadaan ini menjadikan kenaikan GBP/USD sebelum ini kelihatan hanya sementara kerana penjualan yang berlangsung. Sekalipun begitu, harga pada pasaran hari...
Dolar AS yang diniagakan tinggi semalam tidak memberi kesan yang nyata kepada emas ekoran harga yang masih kembali ke pembukaan minggu ini. Situasi inflasi meningkat kepada beberapa negara dunia membuatkan pelabur kembali kepada emas. Sikap pelabur yang ingin mengurangkan risiko juga menyebabkan emas kembali kepada permintaan dunia. Setelah harga menembusi...
Laporan Komiditi dan Masa Hadapan AS, menunjukkan pedagang dan peramal memotong posisi belian mereka di Dolar AS sebanyak $2 billion di penghujung minggu 24 May. Perdana Menteri UK, Boris Johnson masih lagi dalam tekanan selepas laporan parti minggu lalu. Pemilihan untuk undi tidak percaya pada PM diteruskan dengan lebih jelas dengan MP Tory dengan terbuka...
Kelemahan Dolar AS memberikan kekuatan kepada emas untuk meneruskan kenaikan pada hari ini. Pergerakan kenaikan yang perlahan membuatkan harga emas terus ke atas dan tetap bertahan. Walaupun harga keluar dari garisan kenaikan di saluran selari, XAU/USD masih tidak memberi tanda kukuh untuk pedagang melakukan jualan. Selagi sokongan S1 masih bertahan, harga emas...
Walaupun data dari UK minggu ini tidak memberikan sebarang berita baik, kenaikan GBP/USD masih berterusan ekoran dari kelemahan Dolar AS. Kenaikan ini tidak langsung memberi peluang kepada GBP/USD untuk melakukan pembetulan harga setelah mengalami kejatuhan teruk berminggu-minggu sebelum ini. Kenaikan ini berlaku setelah harga berjaya menembusi garisan trend...
Emas dijangka akan meneruskan kenaikan ekoran kelemahan Dolar AS yang berterusan setelah DXY gagal menembusi 105.00. Kenaikan ini ditambah lagi dengan data-data dari AS yang tidak menunjukkan berita baik pada minggu ini semalam. Setelah emas gagal meneruskan penurunan apabila harga mencecah 1800.00$/auns, harga melantun kembali dengan menjadikan 1794.66 sebagai...
Emas jatuh sedikit pada sesi Rabu kerana Dolar AS kembali mengukuh selepas kejatuhannya beberapa hari sebelum ini. Kita dapat melihat pergerakan pembetulan sedikit pada "Greenback" yang memberi nafas lega kepada 'besi kuning'. XAU/USD masih belum memberi petanda arah ke mana ia akan pergi lagi pada minggu ini. Harga masih lagi berlegar-legar pada zon sokongan S1...
Selepas cuba membuat kenaikan di hari Selasa, GBP kembali berpatah arah dan membuat kejatuhan sebanyak 0.65% kepada 1.2411, disebabkan pedagang kurang keyakinan atas kenaikan kadar dari Bank England. Dengan CPI yang dijangka meningkat kepada dua angka pada suku kedua tahunan dan juga kenaikan gaji, memburukkan lagi arah kenaikan. Dalam sudut teknikal, GBP/USD...
Kejatuhan GBP/USD yang berterusan dalam beberapa minggu dagangan terhenti akibat daripada laporan data pengangguran UK yang mencapai tahap terendah sejak 1974. Kadar pengangguran yang pada 3.7% dalam tiga bulan memberi angka peluang pekerjaan yang tinggi sehingga 1,295,000 dalam tiga bulan. Angka-angka yang dilaporkan memberi peluang untuk GBP/USD membuat kenaikan...
Selepas mengalami kejatuhan berterusan, emas kelihatan cuba membuat pembetulan harga 0.72% sehingga $1825.50/auns, menghampiri 0.16% $1827.75 pada sesi dagangan Asia. Kemunculan kelemahan Dolar AS dan hasil AS menyelamatkan emas dari kejatuhan terus, namun begitu emas masih bergantung atas kelemahan Dolar AS untuk sokongan. Emas yang memberi reaksi jualan ekstrem...
Ekoran jangkaan inflasi sehingga 10% tahun ini, Pound nampaknya tidak dapat menarik minat pelabur untuk membeli matawang ini. Kenaikan kadar oleh Bank England yang hanya 0.25% juga penyumbang utama kepada penurunan berterusan GBP/USD. Kejujuran Gabenor Bank England juga memberi peranan yang membentangkan "Projeksi Lemah". Saluran Penurunan terdahulu masih...
Emas masih lagi dalam mod penurunan ekoran kenaikan Dolar AS yang berterusan. Para pelabur juga nampaknya bersiap sedia untuk membeli stok dan bukan emas sekiranya kadar dikekalkan. Emas masih berada dalam zon bahaya sekiranya harga menembusi $1830.00 yang akan menyebabkan penjualan berterusan dari sudut teknikal. Mengikut analisis yang telah disediakan pada...