lemylockhart

11/5/2022 PRESTASI EMAS TERKINI

Singkat
FOREXCOM:XAUUSD   Emas Semerta / Dolar A.S.
Emas masih lagi dalam mod penurunan ekoran kenaikan Dolar AS yang berterusan. Para pelabur juga nampaknya bersiap sedia untuk membeli stok dan bukan emas sekiranya kadar dikekalkan. Emas masih berada dalam zon bahaya sekiranya harga menembusi $1830.00 yang akan menyebabkan penjualan berterusan dari sudut teknikal.

Mengikut analisis yang telah disediakan pada bulan April yang lalu, emas yang telah menembusi trend kenaikan yang lalu, berterusan membuat penurunan sehingga ke hari ini. Julat terdahulu juga telah ditembusi dan emas masih lagi dalam trend penurunan di dalam saluran selari yang terkini. Sokongan pada harga $1825.00, dan rintangan berada pada $1852.00.

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.