xtiusd sudah sampai zon jual. Lihat di carta 30 minit. Ada bar dalam di situ yang belum disempurnakan oleh pasaran. Jual jual
GBPUSD menunjukkan ianya masih berada di fasa penurunan. Namun masih belum lagi berjaya mencapai paras sokongan semasa. Usaha masih diteruskan oleh jerung, dan sekarang ianya memberi laluan kepada peruncit untuk menikmati keuntungan beli. Nampak macam sedang dalam proses jerat lembu, berhati-hati yer. Zon jual saya tandakan, Boleh bersiap-siap di situ
Analisa teknikal gbpjpy menunjukkan yen sedang kalah dalam peperangan menentang pound. Proses pembetulan harga sedang berlaku, dan pound berusaha untuk memecahkan paras rintangan terkini. Adakah pound akan berjaya. Bolehlah merancang untuk membeli pound pada paras sokongan semasa. Membeli di paras sokongan
GU nampak mcm dah menemui paras sokongan akhirnya. Sekarang berkemungkinan memasuki fasa kenaikan.
nampak macam dah terlepas sedikit peluang membeli pada harga tercantik Boleh usha-usha pada carta minit minit kecil untuk mendapatkan harga pada pembentukan struktur pasaran. Jauh juga nak naik tu. Berbaloi kalau menjadi
kaunter ini sedang melalui fasa oembetulan harga. Macam sedang mencari 7.045 dimana ianya adalah harga paras sokongan, sedia
mr diy ni dalam fasa pembetulan harga, dan sedang dalam fasa mencari pembetulan harga. Dekat dekat nak jumpa dah. Sedia dengan peluru
axiata berkemungkinan telah menemui paras sokongannya. Buat masa ini axiata sedang cuba memecahkan paras rintangan. Peluang untuk beli akan datang apabila berlakunya pembentukan struktur pasaran sempurna.
eurusd nampak menarik. Cubaan untuk melepasi paras sedollar nampaknya makin jauh. Lebih cenderung untuk berada di bawah paras sedollar
Kaunter JAKS ni memang menarik. Kita tunggu di RM0.455 untuk melepaskan pegangan. Selamat maju jaya JAKS
kaunter ini nampaknya sudah membuat cubaan kedua memecahkan paras rintangan. Nampaknya belum berjaya, dan dipercayai kaunter ini akan membuat penurunan mencari paras sokongan sebelumnya. untuk kita masuk kaunter ini, sepertinya lambat lagi, sebab kita menunggu di harga pembetulan sekitar RM1.15. Lambat lagi tu.
jika di lihat bitcoin adalah dalam fasa menurun. Dalam proses penurunan ini nampaknya beberapa struktur pasaran tidak lengkap. Adakah bitcoin akan naik semula mencari beberapa zon permintaan yang tertinggal. Kita tunggu
Emas masih dalam fasa penurunan. Setelah berjaya mencari harga pada paras rintangan, nampaknya akan meneruskan penurunan
Emas sedang menghabiskan fasa pembetulan harga. Mungkin lukisan ini dapat menjelaskan fasa-fasa pergerakan emas dalam jangka pendek. Harap terjun.
Nampaknya DNEX telah mencapai paras harga sokongan untuk aliran menaik. Ngam ngam dia tiba untuk melengkapkan fasa pembetulan harga. Harap dia terbang mencari paras rintangan pada harga tertinggi terakhir
Berdasarkan graf CORAZA sedang dalam aliran meningkat. Setelah mencapai harga tertinggi pada 0.885, dan buat masa ini ianya sedang dalam fasa pembetulan harga. Ada 2 tempat untuk kita buat serangan, pada harga 0.695 dan 0.65. Siap-siapkan peluru
Adakah MYEG sudan menunjukkan pembalikkan arah. Seakan sudah menemui paras sokongan terbaik meskipun kurang satu tick sahaja.
Adakah JAKS akan terbang. Dia dah jumpa paras sokongan yang sesuai.