Semangat juang HEXIND dilihat masih belum pudar. Berlaku breakout downtrendline pada 21 Julai dan harga melonjak semula pada hari ini (30 Julai). Ke mana arah tuju seterusnya harus kita sama-sama saksikan. Disclaimer: Segala analisis di sini hanyalah kajian peribadi penulis dan bukan saranan beli atau jual.
Corak pergerakan secara kasar masih dalam keadaan menaik dan kemungkinan harga sedang berehat sebentar (membuat higher low). Dengan minat pembelian yang masih utuh, harga munkin akan berulang-alik di paras yang bertanda. Disclaimer: Segala analisis di sini hanyalah kajian peribadi penulis dan bukan saranan beli atau jual.
Usah kita pelik jika harga ini meloncat ke atas/menjunam ke bawah. Apa yang harus kita pelik adalah jika kita tidak bertindak dengan perkembangan dari carta ini. Ada pembentukan chart pattern di sini yang di mana arah tuju harga bergantung kepada pergerakan di paras yang bertanda. Disclaimer: Segala analisis di sini hanyalah kajian peribadi penulis dan bukan...
Sambungan analisa 19 Jun. Harga telah memasuki trendline dan masih kukuh bertahan di garisan trendline yang baru. Pergerakan seterusnya perlu diperhatikan di kawasan yang bertanda. Disclaimer: Segala analisis di sini hanyalah kajian peribadi penulis dan bukan saranan beli atau jual.
Secara kasar pergerakan harga masih mendatar. Namun dilihat ada sedikit peningkatan minat terhadap saham ini, dan momentum kecil telah terbentuk. Menarik untuk diperhatikan sekiranya momentum ini kekal utuh. Disclaimer: Segala analisis di sini hanyalah kajian peribadi penulis dan bukan saranan beli atau jual.
Sambungan dari analisis 19 Jun (alhamdulillah hit TP2) Dari sudut teknikal, momentum dilihat masih wujud dengan pembentukan breakout downtrendline. Kemungkinan harga akan berlegar-legar sebentar membentuk aras sokongan sebelum meneruskan perjalanan. Disclaimer: Segala analisis di sini hanyalah kajian peribadi penulis dan bukan saranan beli atau jual.
Harga sedang berlegar di kawasan sokongan. Dari segi sektor, ada peningkatan permintaan yang mungkin disokong oleh kenaikan indeks global. Dari sudut teknikal, corak harmonik menunjukkan perkembangan yang positif. Disclaimer: Segala analisis di sini hanyalah kajian peribadi penulis dan bukan saranan beli atau jual.
Saham-saham dari sektor teknologi mempunyai momentum yang tersendiri pada akhir bulan ini. Bagi PENTA, harga semasa dilihat berada paras SBR (support become resistance). Andai kata ada peningkatan berterusan untuk sektor ini, mungkin boleh diperhatikan paras sokongan dan rintangan yang bertanda. Disclaimer: Segala analisis di sini hanyalah kajian peribadi...
Berdasarkan pemerhatian mata kasar, pergerakan harga baru menunjukkan bibit kenaikan selepas sesi penurunan untuk beberapa bulan. Bagi mengekalkan momentum, harga saham perlu menutup ruang jatuh (gap down) yang dicipta sebelum ini. Disclaimer: Segala analisis di sini hanyalah kajian peribadi penulis dan bukan saranan beli atau jual.
Arah tujuan UWC sebelum ini kelihatan samar-samar dengan beberapa sesi penurunan. Namun, lewat ini dilihat ada sedikit peningkatan dan harga telah melantun sedikit di paras sokongan sebelum ini. Perlu diperhati adakah momentum ini mampu terus bertahan. Disclaimer: Segala analisis di sini hanyalah kajian peribadi penulis dan bukan saranan beli atau jual.
Harga dilihat telah berjaya membuat breakout downtrendline pada awal Julai dan sekarang terhenti di paras SBR (support become resistance). Ada kemungkinan momentum ini akan berehat sebentar dan mencari paras sokongan sebelum ini. Disclaimer: Segala analisis di sini hanyalah kajian peribadi penulis dan bukan saranan beli atau jual.
Syarikat ini terlibat dalam pembuatan LED, di mana ada peningkatan permintaan dari sektor automotif. Dari sudut teknikal, pergerakan harga masih dalam fasa uptrend dan harga terus menerus membuat kenaikan tertinggi (all time high). Perlu diperhatikan adakah momentum ini mampu terus bertahan dan memecahkan upper trendline. Disclaimer: Segala analisis di sini...
Perkembangan terkini selepas sebulan (analisa sebelum ini pada 22 Jun). Harga sebelum ini telah membuat breakout downtrendline dan kemudiannya berehat di paras sokongan (sekitar 0.43). Dapat dilihat momentum telah bermula semula, dan paras rintangan yang harus ditembusi adalah seperti yang tertera. Disclaimer: Segala analisis di sini hanyalah kajian peribadi...
Harga telah membuat lantunan di laluan trendline. Dengan mengambil kira laporan kewangan seterusnya tidak jauh di persimpangan (just around the corner), perlu diperhati adakah sokongan trendline ini dapat bertahan. Disclaimer: Segala analisis di sini hanyalah kajian peribadi penulis dan bukan saranan beli atau jual.
Sekuel dari peredaran tempoh hari. Harga telah beredar dengan berjaya dan kemudiannya berpatah balik untuk mengisi bekalan. Dari segi corak harmoni (serius sikit), ada kemungkinan harga boleh menuju ke aras 1.30 (poin D). Namun, tiada siapa yang mampu meramal berapa pantas atau berapa tepat andaian ini semua. Izinkan hamba beradu sebentar.. Disclaimer: Segala...
Corak harmoni ABCD menunjukkan ada potensi untuk BIG to get BIGGER. Destinasi seterusnya (point D) diunjurkan berada di paras 1.33. Namun, kita hendaklah bersedia dengan risiko dahulu kerana harga baru sahaja membuat breakout dan hukum alam - setiap yang bergerak haruslah berehat sebelum menyambung perjalanan. Disclaimer: Segala analisis di sini hanyalah kajian...
Dari segi fundamental, bisnes boleh dikatakan stabil (jualan yang konsisten walaupun margin keuntungan agak kecil). Dari segi teknikal, ada pembentukan kepala naga. Perlu diperhati adakah naga ini akan mengaum atau menjunam menyembah bumi. Disclaimer: Segala analisis di sini hanyalah kajian peribadi penulis dan bukan saranan beli atau jual.
Harga membuat breakout dengan volume. Resistance terdekat berada di paras 0.36. Ada kebarangkalian harga akan berehat sebentar, membuat pullback dia area RBS (0.32). Disclaimer: Segala analisis di sini hanyalah kajian peribadi penulis dan bukan saranan beli atau jual.