Sapura Energy kaunter tragedi bulan Ogos yang amat menyayat hati apabila pengumuman tentang saham terbitan hak mendapat reaksi negatif. Penjualan berlaku sehingga sekarang dan belum ada tanda untuk berpusing. Kaunter dijangka akan menghadapi tren menurun.
Supermax mengalami tekanan jualan yang tinggi dan dijangkakan akan terus turun sehingga pembeli mula mengawal keadaan kembali. Kaunter telah masuk fasa downtrend.
Hibiscs telah mengalami penurunan dan tekanan jualan yang sangat kuat. Menurut pengiraan saya jika ia terus mengalami kejatuhan, harga akan turun ke 0.73 sen. Buat sementara ini harga masih diatas purata harga 50 hari yang menjadi sokongan harga.
Pentamaster adalah suatu kaunter yang saya kategorikan sebagai kaunter uptrend dan sedang mengalami kenaikan yang berterusan
Luster adalah saham penny yang mempunyai pendapatan yang ositif tetapi tidak memberikan sebarang dividen. Ini selari dengan saham penny yang mementing kenaikan modal berbanding dengan dividen. Corak carta dengan lilin Marobozu mengambarkan potensi kenaikan pada esok hari.
Elsoft membuat kejutan dengan break out BB. Kenaikan sangat tinggi untukmasuk. Tunggu retrace.
Karyon adalah kauter yang saya kategorikan dalam strategi Mallard (Dr Adli). Jika ia dapat tinggi dari 0.22 maka kita akan lihat kenaikan yang seterusnya.
EuroUSD telah memecahkan garisan leher kepala dan bahu dan berkemungkinan akan terus mengalami kejatuhan..
Leesk ni macam tak nak berhenti-henti mencipta 52 mingu tertinggi....Tahniah
Thriven saham yang mendapat perhatian selepas PRU14.
Malton pernah menjadi saham pilihan saya pada 2017 sebelum mengalami penurunan. Adakh ia akan menjdai perhatian kembali?
Ajiya dalam proses retrace dan boleh meneruskan uptrend dan TP seterusnya ialah Fibo 71.