Widget Carta Masa Nyata Lanjutan

Berikut ialah carta percuma dan berkuasa untuk anda menampal dengan mudah pada mana-mana laman sesawang. Jadikan ia milik anda dengan banyak pilihan penyesuaian yang berbeza.

Benamkan kod

HTML
React

Tetapan

Latar belakang carta
Grid
x
Tetapkan Semula Gunakan

Contoh Langsung

Beberapa contoh cara carta kami digunakan di laman web kewangan:

Demo

Analisis Teknikal
Kawasan Asas Carta
Senarai Amatan
Platform analitik

Jika anda ingin memuaskan hati pencarta yang mahir, berikan mereka kesemua lukisan yang ada - terdapat lebih 100 daripadanya! Anda juga boleh menambah penunjuk yang akan kelihatan pada widget secara lalai. Sememangnya, anda juga boleh membiarkan pencarta anda menggunakan 80+ penunjuk yang disertakan. Kemungkinannya tak terbatas - anda boleh menambah perkara seperti skala harga kedua di sebelah kiri, dan mengubahnya menjadi skala Peratus dan Log. Anda juga boleh membanding beberapa simbol secara bertindih, atau di atas sub-carta berlainan satu di atas yang lain.

Benamkan kod

HTML
React

Jika anda cuma mahu memberikan carta kewangan asas kepada pengguna umum, widget sepatutnya tidak dibebankan dengan fungsi pilihan tambahan. Anda mungkin juga mahu menjadikannya carta keluasan yang merupakan jenis carta yang paling asas dan kelihatan bagus tanpa mengambil terlalu banyak ruang. Sekiranya ia masih mengambil terlampau banyak ruang , anda boleh merujuk kepada kesimpulan pasaran dan kesimpulan symbol widget.

Benamkan kod

HTML
React

Anda boleh menambah satu senarai amatan dimana ia disambung ke carta. Apabila anda klik pada symbol di dalam senarai amatan, ia akan berubah pada carta. Anda boleh menambah satu senarai yang telah ditetapkan atau menukarnya secara dinamik bergantung kepada apa yang anda mahu tunjukkan kepada pengguna anda.

Benamkan kod

HTML
React

Anda boleh menambah lebih banyak panel, seperti senarai hangat saham rugi dan saham untung, butiran untuk setiap simbol, dan kalendar ekonomi- menukar carta yang mudah kepada platform analitik yang lengkap.

Benamkan kod

HTML
React

Soalan Lazim

Bursa mahu setiap laman web membayar fi untuk data masa nyata. Mengikut keperluannya, kita hanya dibenarkan untuk menstrim data tertunda. Di sini ialah senarai perkara yang tersedia. Data Forex dan kripto ialah data masa nyata.

Kami mendapat data dari banyak bursa seluruh dunia dan terus menambahkan yang baharu. Beberapa bursa masih belum disokong. Pasaran tersedia adalah disenaraikan di sini. Tidak jumpa data yang anda mahu paparkan? Sila nyatakan menggunakan borang ini.

Sekarang anda tidak boleh menambah skrip pine kepada widget. Anda boleh menyiarkan ide bersama skrip anda dan melakukan proses embed kepadanya.

Sekarang anda tidak boleh menambah strategi kepada widget. Anda boleh menyiarkan ide bersama strategi anda dan melakukan proses embed kepadanya.

Ini bermakna kita tidak dibenarkan menunjukkan simbol itu dalam mana-mana jangka masa dalam widget.

Tidak. Pelan berbayar yang dinaik taraf tidak menukarkan data dalam widget. Apa-apa pelan yang dinaik taraf hanya memberi kesan pada profil TradingView anda. Untuk mendapatkan data masa nyata di laman web anda, sila hubungi bursa secara langsung.

Kami tidak mempunyai API yang memberikan akses kepada data. REST API kami diberikan kepada broker yang mahu disokong pada platform dagangan kami.

Sekarang anda tidak boleh memuat turun atau mengeksport data dari TradingView.

Kami menyediakan widget sebagai satu alat teknologi secara PERCUMA dengan penjenamaan TradingView asal. Akan tetapi, kami mempunyai pilihan lain, sila hubungi kami di sini.

Ada beberapa pilihan, anda boleh menghubungi kami menggunakan borang ini.

Gunakan tetapan Autosaiz. Apabila autosaiz diaktifkan, widget akan menggunakan 100% keluasan dan ketinggian elemen yang dilampirkan. Ia sangat penting untuk menetapkan ketinggian elemen induk widget supaya ia berfungsi dengan betul.

Semua tetapan widget yang tersedia dibentangkan dalam bentuk pembina titik-dan-klik. Jika perkara yang anda mahu ubah tiada di situ, sila maklumkan kepada kami menggunakan borang ini.

Ya. Di sini terdapat beberapa penunjuk:

  1. Salin dan tampal skrip widget di mana-mana pada halaman ini:
    <script type="text/javascript" src="https://s3.tradingview.com/tv.js"></script>
  2. Cipta elemen bekas dengan set atribut ID.
  3. Panggil new TradingView.widget() fungsi tersebut apabila anda mahukan widget dipaparkan. Selain tetapan itu, sepatutnya terdapat juga opsyen container_id dalam senarai parameter. Ia sepatutnya mempunyai nilai atribut ID yang dicipta sebelum ini.

Masalah berpotensi akan timbul daripada cubaan untuk memasukkan kod mentah secara dinamik, yang memaksa pelayar menyekat pelaksanaan skrip terbenam. Ini mungkin terjadi apabila suntikan melalui innerHTML berlaku sebagai contoh. Cubaan untuk menyuntik kod secara dinamik dengan penggunaan beberapa perpustakaan tertentu (misalnya, JQuery) juga boleh mengganggu pempemulaan widget yang sepatutnya. Jika anda membenamkan kod pada satu tapak lokasi yang dipacu oleh infrastruktur pihak ke-3, sila pastikan anda mengikuti arahan mereka atau meminta pembangun platform memberikan bantuan.

Hubungi kami menggunakan borang ini.