MuhammadAlTrader

K1: Sila beri perhatian

MYX:K1   K-ONE TECHNOLOGY BHD
1) Kemeriahan kemasukan volume membeli pada 12, 14 dan 18 Mac lepas, seharusnya kita sebagai traders tidak harus diabaikan.
2) Diingatkan harga juga tidak banyak bergerak sejak itu. Malah penjualan yang berlaku selepas itu masih dikira sedikit jumlahnya dibandingkan dengan kemasukan volume.
3) Bagi pengamal chart pattern, dapat dilihat kaunter ini seperti membuat bullish flag dari 12 Mac lepas sehingga kini.
4) Dilihat pada indikator Stoch RSI seperti bakal bersilang tidak lama lagi.
5) Lebih menarik indikator ini bakal bersilang di atas paras 30.
6) Dilihat pada sejarah kaunter ini, jika garisan bersilang diantara 30-70 (diluar overbought/oversold region) semestinya kaunter ini akan melakukan kenaikan yang banyak. Dapat dilihat pada bulan Oktober tahun lepas.
7) Pembelian pada harga sekarang boleh dianngap risiko rendah, selagi harga tidak pecah 0.230 dan 0.225
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.