TrendTradesX

MYEG - Hampir mengatasi rintangan kuat, untuk diperhatikan

Panjang
MYX:MYEG   MY E.G. SERVICES BHD
MYEG kini masih lagi berada pada kawasan rintangan kuat, dan volume menunjukkan minat pembelian tinggi kembali untuk membawa harga terus trending tinggi

-Masih lagi berada pada mode uptrend, kini trading pada atas EMA50 dan SMA200. Kekuatan uptrend juga boleh dikesan melalui garisan uptrend pada carta (respecting the uptrendline)
-Harga sedikit gap up, selepas berjaya melepasi trendline/triangle pattern namun masih mendapat tekanan daripada penjual.
-Aras 1.53 merupakan kawasan sokongan menjadi rintangan. Untuk sejarah carta, ini merupakan kali ke-6 untuk harga retest pada harga tersebut.
-Jika berjaya melepasi kawasan rintangan kuat ini, maka dijangkakan harga akan terus rally dan akan retest pada rintangan seterusnya pada 1.61 dan 1.75.
-Melalui analisis queue dagangan unit juga nampak harga cuba ditahan daripada harga terus jatuh (big fund)
-Sokongan pada aras EMA50 iaitu pada 1.46.
Monitor untuk momentum pembelian untuk harga keluar daripada rintangan.

FA Rating - 6.1/10
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.