PeterTing

KRONO - Peluang untuk mencatat harga pasaran yang lebih tinggi.

MYX:KRONO   KRONOLOGI ASIA BERHAD
Salam kepada semua.

Merujuk kepada ulasan teknikal analisis yang dibuat pada Nov 2, corak V-bottom yang dikesan dan sehubungan dengan keuntungan besar yang baru saja diumumkan telah memberikan saya sebab untuk percaya bahawa harga Krono akan capai momentum untuk menaik lebih tinggi. Indikator juga menunjukkan ada-nya "MACD bullish crossover" dan RSI juga mencapai paras mengatasi 50%.

Link (Nov2) -
Dalam ulasan Nov 2 juga menyatakan dengan jelas, paras sokongan diberi adalah pada 0.605 dan harga rintangan berada pada 0.66 dan 0.72-0.725.


Pada keesokan hari, harga menurun sedikit kepada 0.63 - 0.635, akan tapi ini memberi peluang untuk membeli dengan nisbah risiko yang rendah sebanyak 2.5 - 3 sen sahaja.

Pada hari ini, Nov 8, Krono telah mencatat harga tertinggi, iaitu pada 0.71, justeru mencatatkan kenaikan sebanyak 12% hanya dengan 3 hari urus-niaga saja.

Setakat ini, analisis teknikal untuk Krono telah menunjukkan;

1. Berdasarkan "KEY Fibonacci Levels", paras rintangan yang jelas adalah 0.71-0.72. Jika harga memecah paras ini dan kekal di atas, maka target
seterusnya adalah 0.765 dan 0.80 - 0.82
2. Harga Krono juga masih belum memecah "downtrend line" (rujuk carta di atas). Oleh itu, ada kemungkinan juga harganya akan kekal dalam fasa
"sideway"
3. Tambahan juga, candlestick telah pun beralih dan tidak lagi berwarna kuning, ini menunjukkan bahawa harganya ada potensi untuk menaik dalam
"uptrend"
4. Paras sokongan kini berada pada 0.66- 0.67 dan seterusnya 0.605.

Perkongsian ini hanyalah untuk tujuan pembelajaran dan informasi sahaja. Saya tidak mengesyorkan untuk sesiapa supaya membeli/menjual sebarang "counter" yang disebutkan di ruang ini. Sebarang keputusan untuk jual/beli haruslah diselidik dahulu ataupun meminta pendapat rakan professional dalam bidang pelaburan dan dagangan. Ini kerana ada risiko yang besar dalam dagangan and niaga saham dan saya tidak nasihatkan kawan-kawan supaya melabur lebih dari yang mampu. Sekian.

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.