BBMA_TRENDBAND

Pantech : BBMA+TRENBAND : Menunggu Di Kawasan 50% Fibo

Panjang
MYX:PANTECH   PANTECH GROUP HOLDINGS BHD
Kalau di ikutkan, sewaktu keadaan laporan kewangan, mak timbullah neraka dunia sementara bagi peniaga di luar sana. Sentimen luar negara sebanyak sedikit akan mempengaruhi pergerakan harga. Ditambah dengan keadaan politik negara yang tidak sihat. Pelabur luar mulai menjual pada minggu lepas dan minggu ini dan kita masih tertunggu-tunggu berita yang dapat memberangsangkan pergerakan harga. Namun sebagai peniaga, kita lihat dahulu keadaan semasa sebelum mula membeli.

Bagi kes pantech, saya mencadangkan kita menuggu di keadaan EMA 50 atau 50 % fibo (sebab market tak cantik), kerana ia akan memasuki area trenband dan juga WMA BBMA akan dapat "bertenang sedikit" sebelum pergerakan lebih baik akan menyusul. Kerana kalau ikutkan Cup and Handle telah melengkapkan pergerakan. Buy apabila garisan trendline telah pecah, di sokong dengan harga trendline serta BBMA. Boleh juga beli apabila harga telah pecah halangan. Kalau ikut kepada BBMA, Harga tidak pecah BL dan stoch tak melepasi CT.

Tambahan pula, FA pantech ini sangat menarik dan bagi saya, harganya adalah tidak menggambarkan nilai sebenar syarikat. Sejak tahun kewangan 2012, syarikat tidak pernah mencatatkan kerugian dan memberi dividen kepada pelabur

- Ini hanya sekadar pandangan peribadi penulis dan bukan cadangan belian.

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.