FauziSaham

Sasbadi menunjukkan Bullish Divergence. Apakah?

MYX:SASBADI   SASBADI HOLDINGS BHD
Sebelum kita lihat pada skala kecil, adalah idea yang baik untuk kita lihat gambaran keseluruhan terlebih dahulu iaitu di timeframe yang lebih besar.

Jika dilihat pada carta mingguan, kita dapat lihat MACD menunjukkan isyarat Bullish Divergence.

Isyarat Bullish Divergence terbentuk bilamana Price membuat penurunan dan higher low, tetapi MACD membuat higher high berlawanan dengan pergerakan Price.

Sebenarnya ianya menunjukkan bearish itu mengalami kelemahan dari segi momentum, dan ini menjadi petanda ada kemungkinan price akan membuat penukaran trend. Ingat hanya kemungkinan, bukan semestinya.

Maka dari situ baru kita zoom in pada timeframe yang lebih kecil iaitu carta harian untuk mencari isyarat entry.

Pada situasi ini, kita boleh gunakan Ichimoku untuk membantu kita. Ichimoku amat berkesan dalam mengesan perubahan trend dan untuk mengesan strong trend. Namun amat lemah dan tidak boleh diharapkan jika price bergerak mendatar atau sideways.

Melalui awan ichimoku, kita dapat mengesan paras halangan untuk dia lepas bagi membuat mark up atau kenaikan. Untuk kes ini, paras awan iaitu di 0.240 boleh dijadikan paras untuk kita membuat entry dan seterusnya sebagai sokongan samaada untuk hold atau jual posisi.

Seandainya Price melepasi awan tapi kemudian jatuh balik di bawah awan, itu menunjukkan price masih lagi consolidate, jadi adalah idea yang baik untuk kita elakkan dan tunggu isyarat jelas berikutnya.
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.