Userie

SASBADI: Kitaran Kejatuhan yang telah tamat?

MYX:SASBADI   SASBADI HOLDINGS BHD
Setelah setahun, kaunter SASBADI jatuh dari puncak kegemilangannya 1.080 ke lowest pada 0.315.
Kalau tengok pada Fibo retracement, bagi saya kejatuhan bearish trendnya telah mencapai kitaran penuh dan mula reversal ke bullish trend.
Ini dapat dilihat melalui Fibo retracement yg paras terndahnya telah menyentuh paras Fibo 2.618.
Setelah menyentuh, harga melantun dan sekarang membentuk HH-HL yg mengesahkan reversal dari bearish trend ke bullish trend.

Melihat kepada lenkungan dan sudut Gann, kejatuhan retracementnya melantun bila menyentuh lengkungan dan juga menlantun bila menyentuh paras mendatar Gann Square. Ini memberi alamat yg kenaikan bullish trendnya positif dan yg terkini, harga telah melepasi downtrend line Gann, buat kali kedua.

Perhatikan pada 18 May'18 dimana Vol tinggi melepasi Vol MA tetapi kenaikan harga sedikit bagi saya. Ini menandakan belian demand yg ghairah pada resisntacenya yg kuat. Dan boom pada 21 May'18, harga gap up dan pengejaran harga berlaku dan dalam hari yg sama juga, selling yg kuat juga berlaku namun masih tidak menembusi paras sokongannya di 0.425.

CP: 0.425
EP: 0.420 (entry ni sebenarnya dah tinggi dah bagi saya tapi boleh lagi la kalau nak masuk...terpulang pada ilmu masing2)
Cutloss: 0.400
TP1: 0.470
TP2: 0.540

Analisa ni simple jer. Yg penting kena bersabar bila dah sauk dari bawah, org putih cakap 'buy on dip'. Biasala analisa ni analisa jalanan saja, nilai 2 sen jer pun. Anyway TAYORA, trade at your own risk assessment.
Selamat berdagang.
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.