AmmarAbdSamat

NGGB : Kebetulan yg menarik?

MYX:NGGB   NEXTGREEN GLOBAL BERHAD
Nextgreen Global Berhad adalah syarikat yg terlibat dalam lima segmen utama, iaitu percetakan dan penerbitan, pembangunan hartanah dan pengurusan, perkilangan menggunakan teknologi hijau, pembinaan am dan pegangan pelaburan.

1. Merujuk post sebelum ini (rujuk pada pautan idea di bawah), pasaran memberi reaksi negatif terhadap laporan kewangan yg dikeluarkan tetapi harga berjaya ditutup di atas garisan trend.

2. Saya ingin berkongsi bahawa terdapat satu kebetulan yg menarik pada carta mingguan. Seolah-olah kenaikan dan penurunan NGGB berselang-seli pada beberapa minggu.

3. Jika diikutkan urutan pada carta mingguan, dijangka minggu hadapan harga akan naik. (saya ingatkan sekali lagi, ini adalah berdasarkan kebetulan, bukan dari analisa teknikal)

4. TETAPI, jika dilihat pada indikator RSI, harga NGGB sudah berada di paras overbought/terlebih belian. Oleh itu, NGGB dilihat lebih cenderung untuk melakukan pembetulan/correction apabila harga turun melepasi garisan trend di bawah.

Penafian: Pelaburan melibatkan risiko, termasuk kemungkinan kehilangan modal dan kerugian yang lain. Artikel dan carta ini disediakan untuk maklumat sahaja dan tidak boleh ditafsirkan sebagai suatu nasihat untuk membeli atau menjual mana-mana instrumen yang disebutkan di sini.

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.