AmmarAbdSamat

NGGB : Laporan Kewangan Suku Tahunan Pertama

Panjang
AmmarAbdSamat Telah dikemas kini   
MYX:NGGB   NEXTGREEN GLOBAL BERHAD

Nextgreen Global Berhad adalah syarikat yg terlibat dalam lima segmen utama, iaitu percetakan dan penerbitan, pembangunan hartanah dan pengurusan, perkilangan menggunakan teknologi hijau, pembinaan am dan pegangan pelaburan.

1. Pada hari ini, laporan kewangan Q1 telah dikeluarkan. NGGB telah mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM52000, 101% lebih tinggi daripada Q1 tahun sebelumnya tetapi lebih rendah berbanding keuntungan RM1 093 000 dicatatkan pada suku sebelumnya.

2. Harga juga berjaya untuk kekal di atas garisan trend dan menunjukkan masih di dalam trend menaik.

3. Terdapat corak segi tiga yg terbentuk pada carta harian di mana garisan trend di atas bertindak sebagai paras rintangan dan garisan trend di bawah sebagai paras sokongan.

4. Kita boleh melihat bagaimana reaksi pasaran terhadap laporan kewangan yg dikeluarkan pada sesi dagangan esok. Jika sentimen bullish masih tinggi dan harga berjaya melepasi garisan trend di atas, NGGB berpotensi utk meneruskan kenaikkan.

5. Jika pasaran menganggap berita yg dikeluarkan sebagai sentimen negatif, garisan trend di bawah adalah paras sokongan. Jika harga turun menembusi garisan trend, NGGB cenderung utk jatuh lagi rendah.

Penafian: Pelaburan melibatkan risiko, termasuk kemungkinan kehilangan modal dan kerugian yang lain. Artikel dan carta ini disediakan untuk maklumat sahaja dan tidak boleh ditafsirkan sebagai suatu nasihat untuk membeli atau menjual mana-mana instrumen yang disebutkan di sini.
Komen:
Harga turun ke paras RM0.575 tetapi berjaya untuk tutup pada paras RM0.585. Ini menunjukkan masih ada sedikit minat belian pada sesi akhir dagangan.

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.