TradingView

Profil Volum: Semua Yang Anda Perlu Tahu

Pendidikan
NASDAQ:AAPL   Apple
Hai Semua! 👋

Jika anda telah berada di dalam pasaran agak lama, anda mungkin pernah mendengar satu alat dipanggil "Profil Volum". Hari ini, kami akan membincangkan dengan lebih mendalam mengenainya, menerangkan bagaimana ia berfungsi dan memberikan anda beberapa cadangan yang anda boleh gunakan untuk meningkatkan keupayaan analisa anda.



Apakah Profil Volum? 🤔

Profil Volum ialah satu alat pencartaan termaju yang memaparkan aktiviti dagangan pada kedudukan harga tertentu sepanjang satu jangka masa yang ditetapkan. Pada carta, ia akan memplotkan satu histogram mendatar yang menunjukkan kawasan dimana volum dagangan yang penting terbentuk.



Perbezaan dengan Volum Tradisi 👀

Perbezaan utama di antara Volum Tradisi dan Profil Volum ialah bagaimana mereka menggunakan volum kepada masa dan harga.

Dalam maksud lain, Volum Tradisi memberitahu anda bila volum terjadi dan Profil Volum memberitahu anda dimana ia terjadi.




Peristilahan Profil Volum 🔤

Alat Profil Volum mempunyai beberapa komponen unik & peristilahan yang anda patut ketahui:

Point of Control (POC) – Kedudukan harga tunggal dalam satu jangka masa diberikan dimana volum terbanyak didagangkan.

Profile High – Kedudukan harga tertinggi yang dicapai dalam jangka masa ditentukan.

Profile Low – Kedudukan harga terendah yang dicapai dalam jangka masa ditentukan.

Value Area (VA) – Julat dimana satu peratusan ditentukan untuk semua volum didagangkan dalam suatu jangka masa. Selalunya peratusan ini ditetapkan pada 70%.

Value Area High (VAH) – Kedudukan harga tertinggi dalam kawasan nilai.

Value Area Low (VAL) – Kedudukan harga terendah dalam kawasan nilai.



Petua & Tipu Helah 😎

Seperti juga alatan dan pembelajaran lain, Profil Volum mempunyai beberapa penggunaan.

Satu strategi biasa ialah menganalisa dimana kawasan nilai jangka masa sebelumnya berada lawan harga semasa. Jika harga semasa berada di luar satu kawasan nilai untuk jangka masa sebelumnya, boleh dijangkakan bahawa aset itu sedang menaik. Jika harga masih berada di dalam kawasan nilai untuk jangka masa sebelumnya, ia mungkin boleh dilabelkan bahawa aset itu berada dalam keadaan penyatuan. Menentukan arah aliran dan penyatuan selalunya digunakan bersama-sama dengan ikutan arah aliran dan pelaksanaan strategi balikan purata.

Satu lagi strategi biasa yang digunakan ialah menggunakan "Virgin" Point of Control (VPOC's) sebagai kedudukan utama dalam satu aset. VPOC ialah kedudukan yang masih belum diuji dan kekal tidak pernah disentuh oleh pergerakan harga semasa dari semenjak mereka dibentuk. Ideanya ialah jika ada banyak pergerakan pada satu harga tertentu, berkemungkinan besar pemain-pemain pasaran yang terbesar mempunyai posisi dari kedudukan itu. Ini boleh menjadikan kelakuan boleh diramalkan yang boleh digunakan sebagai peluang kepada pedagang-pedagang yang bermata tajam.


Terima kasih kerana membaca!

Salam mesra!
- Pasukan TradingView ❤️

Get $15 worth of TradingView Coins for you and a friend: www.tradingview.com/share-your-love/

Read more about the new tools and features we're building for you: www.tradingview.com/blog/en/
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.