ida201

Aemulus yang tulus.

MYX:AEMULUS   AEMULUS HOLDINGS BERHAD
1. Aemulus dari sektor Teknologi bagaikan kecil-kecil cili padi.
2. Carta menunjukkan terdapat pembentukan corak segitiga sama yang berturutan dan telahpun mencapai harga sasaran.
3. Yang terkini kelihatan corak 'Falling Wedge' terbentuk dimana memberi petanda bullish pada carta.
4. Kita boleh buatkan garis sokongan dan rintangan pada 'candle' marubozu dan dapat mengenalpasti paras sokongan untuk candle berehat(pullback) sementara nanti.
5. Keuntungan dan hasil yang konsisten meningkat dari setiap kuarter menarik minat pedagang dan pelabur untuk berjual beli saham Aemulus.
6. Indeks Teknologi yang hampir mencapai paras tertinggi juga memberi kesan positif untuk Aemulus meneruskan kenaikan.
7. Ini hanya kebarangkalian. Mungkin juga tidak berlaku.

Penafian : Ini adalah kajian pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual kepada mana-mana pihak. Berdagang di atas risiko sendiri.
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.