TradingView

Anugerah Broker Kembali Semula!

Pendidikan
BITSTAMP:BTCUSD   Bitcoin
Hai semua 👋👋

Sekarang masanya telah tiba lagi: Anugerah Broker!

Pada tahun lepas, kami telah memberikan 8 anugerah khusus kepada broker-broker terbaik yang disepadukan pada platform kami; diundi oleh anda!

Akan tetapi, sejak anugerah tahun lepas, kami telah hampir menggandakan bilangan broker-broker bersepadu, di mana undian anda lebih bermakna dari sebelum ini! Pertandingan adalah sengit untuk siapa yang akan mengambil kedudukan teratas, jadi sekiranya anda telah menggunakan mana-mana rakan kongsi bersepadu kami, pastikan anda meninggalkan maklum balas anda pada laman-laman mereka! Ulasan anda akan menentukan anugerah, dan ia boleh membantu pengguna-pengguna lain untuk membuat keputusan yang lebij termaklum berkenaan wang mereka. Pergi sekarang!

Pada tahun ini, kategori-kategori adalah:

Broker Tahun Ini
Broker Pelbagai Aset Terbaik
Broker Paling Popular
Broker Hadapan Terbaik
Juara Sosial
Broker Forex & CFD Terbaik
Teknologi Paling Inovatif
Broker/Pertukaran Kripto Terbaik


Pemenang-pemenang akan diumumkan pada 20 Januari, jadi pastikan anda mengikuti kami untuk pengumuman berkenaan.

Secara serius: jika anda masih lagi tidak memberikan ulasan untuk broker kegemaran anda, pergi ke laman ini, dan klik pada ikon mereka untuk dibawa terus ke profil mereka.

Kami tidak sabar untuk melihat siapa yang akan mengambil tempat teratas tahun ini!

Ingat: Anda boleh berdagang terus dari TradingView apabila anda menyambungkan akaun anda dengan satu daripada pembrokeran bersepadu terbaik kami. Untuk bermula, klik butang yang menyatakan "Panel Dagangan" yang terletak pada bahagian bawah carta anda.

Get $15 worth of TradingView Coins for you and a friend: www.tradingview.com/share-your-love/

Read more about the new tools and features we're building for you: www.tradingview.com/blog/en/
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.