TradingView

Cara menggunakan alat melukis Profil Volum Julat Tetap yang baru

Pendidikan
BITSTAMP:BTCUSD   Bitcoin
Profil volum penting untuk memahami bekalan, permintaan, dan kecairan keseluruhan. Alat profil volum membolehkan anda menganalisis trend volum pada aras harga tertentu dan masa yang tertentu. Alat melukis baru kami yang dipanggil Profil Volum Julat Tetap dicipta untuk membolehkan semua orang mengkaji trend volum pada carta mereka.

Berikut adalah cara anda boleh mula menggunakan alat melukis Profil Volum Julat Tetap yang baru:

1. Pergi ke bahagian kiri carta anda dan klik Alat Ramalan dan Ukuran. Ini merupakan tempat yang sama dengan alat Julat Harga atau Panjang/Singkat
2. Menatal ke bawah senarai ini dan pilih Profil Volum Julat Tetap.
3. Selepas memilih alat tersebut, cari dan klik kawasan carta yang hendak dikaji. Klik pada titik mula dan akhir. Dalam contoh ini, kami menunjukkan profil volum julat tetap untuk BTCUSD dari tinggi sepanjang masa sehingga hari ini.

Memahami cara membaca Profil Volum Julat Tetap amat penting. Apabila anda melukis Profil Volum Julat Tetap yang pertama, anda akan melihat yang berikut:

• Garis merah = titik kawalan/point of control atau aras harga dengan volum tertinggi.
• Bar kuning dan biru = volum naik dan turun untuk setiap aras harga.
• Kawasan berlorek biru = kawasan profil volum terpilih yang ditunjukkan.

Harap diingat bahawa anda boleh mengubah tetapan Profil Volum Julat Tetap. Ini bermakna anda boleh menukar gaya dan pengiraannya. Contohnya, anda boleh menambahkan titik kawalan yang berkembang, mengubah warna kawasan berlorek, dan menukar saiz barisan volum. Kemungkinan yang tidak terbatas dan terpulang kepada anda untuk membina penampilan terbaik untul Profil Volum Julat Tetap anda.

Kami berharap anda menyukai alat melukis baru ini dan kami berharap untuk melihat bagaimana ia digunakan. Kami mempunyai misi untuk membantu sebanyak mungkin pelabur dan pedagang dan kami percaya alat-alat sedemikian dapat membantu. Mereka adalah percuma dan tersedia untuk semua orang.

Jika anda mempunyai sebarang soalan dan maklum balas, sila tuliskan dalam ruang komen di bawah. Jika anda belum yakin untuk menggunakan alat ini, kami mencadangkan untuk mulai mencuba dan bereksperimen dengannya. Salah satu cara terbaik untuk belajar adalah dengan mencuba menggunakannya.

Get $15 worth of TradingView Coins for you and a friend: www.tradingview.com/share-your-love/

Read more about the new tools and features we're building for you: www.tradingview.com/blog/en/
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.