Meem

CRM: Mampukah Membuat Kenaikan?

NYSE:CRM   Salesforce
Saham syarikat Salesforce dilihat membuat kejatuhan sejak beberapa minggu dagangan yang lalu

Terkini, pergerakan harga dilihat membuat lantunan teknikal setelah harga memasuki kawasan 'oversold' petunjuk RSI harian
Hari terakhir dagangan memperlihatkan harga dibuka dengan jurang dan tutup lebih tinggi daripada hari sebelumnya
Candle pada carta mingguan pula dilihat membentuk 'piercing' yang kebiasaannya merupakan isyarat perubahan arah
Walaubagaimanapun, volum dagangan pula dilihat rendah daripada paras volum dagangan minggu sebelumnya menimbulkan tanda tanya
Harga dilihat masih perlu melepasi rintangan sekitar paras harga 190 usd dan juga rintangan dinamik MA50 mingguan untuk kembali menaik

Adakah harga mampu membuat kenaikan ataupun sebaliknya? Sama-sama kita perhatikan

Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima kasih!
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.