ida201

Ctos berehat dahulu atau meneruskan kenaikan?

MYX:CTOS   CTOS DIGITAL BERHAD
1. Ctos dari sektor Teknologi dan Perkhidmatan Digital dilihat begitu cemerlang walau baru sahaja didagangkan di papan utama Bursa pada 19 Julai 2021.
2. Dengan menggunakan TF 4jam, Ctos dilihat bergerak dalam saluran selari dan agak mudah untuk kita menjangkakan pergerakan harga seterusnya berdasarkan garisan sokongan dan rintangan dalam saluran tersebut.
3. Pembentukan Bullish Hidden Divergence sebelum ini pada carta juga telah memberi petunjuk kepada pedagang yang harga saham akan bergerak naik.
4. Walaubagaimanapun harini 24 Sep 2021 kelihatan garis macd telah membentuk ular tedung dan bersilang ke bawah serta histo merah yang menunjukkan bahawa penjual mendominasi sebelum pasaran ditutup petang tadi.
5. Berdasarkan macd dan histo berkemungkinan akan berlaku pullback dahulu. Mungkin juga ia tak berlaku.
6. Perhati rapat untuk signal pembelian seterusnya.

Penafian : Ini adalah kajian pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual kepada mana-mana pihak. Berdagang di atas risiko sendiri.
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.