tariqrahmalan

TIBA #35 : D&O, Melantun Di Atas MA20 Membentuk Piercing Line

MYX:D&O   D & O GREEN TECHNOLOGIES BERHAD

=================
ANALISIS TEKNIKAL
=================
1.0 TREND
Kaunter D&O secara umum menunjukkan telah memasuki Fasa MARKUP.
Ini boleh dilihat dengan Higher High pada harga RM 0.975 dan Higher Low pada harga RM 0.755.
Selain itu,candlestik telah berjaya memecahkan paras resistence pada harga RM 0.910.
Trend UPTREND kelihatan di carta.
Paras resistence terkini dilihat sekitar RM 1.10 dan support pada harga RM 0.910.
Support dilihat telah bertahan dengan Candlestick Merah gagal menujah Support pada tarikh 10 Sept 2020
Selain itu, volume dilihat mengalami penurunan yang kecil menunjukkan minat jualan yang semakin menurun.

2.0 CANDLESTICK PATTERN
MinorBullish reversal patterns dilihat dengan candlestick sedang Piercing Line pada tarikh 11 Sept 2020 menunjukkan harga bakal kembali melonjak.

3.0 CHART PATTERN
Continuation pattern turut dikesan dengan pattern Price Channel dilihat terbentuk seperti di carta.

4.0 INDICATORS
Moving Average 20 (MA20) dilihat berada di bawah candlestick menunjukkan "Hold / Buying" Signal.
Namun, pedagang dan pelabur dinasihatkan agar berhati hati kerana Stochastic RSI dilihat sedang menuju ke paras "Oversold" menunjukkan momentum jualan semakin menguat.
Sementara itu, Fibonaci Rectracement juga menunjukkan harga kini melantun di sekitar ratio 61.8 menandakan kaunter mengalami pullback yang sihat.

=========================
JANGKAAN PERGERAKAN HARGA
=========================
Kaunter ini dijangka akan menguji paras resistance yang dinyatakan. Sekiranya ia mampu memecahkan resistance, ia bakal meneruskan kenaikan namun sekiranya ia gagal, ia bakal menuju ke support yang dinyatakan.

====================
STATUS PATUH SHARIAH
====================
Setakat tarikh posting ini dibuat, kaunter ini didapati "PATUH SHARIAH". Pedagang Muslim "tiada masalah untuk" membeli kaunter ini.

=============
TRADING PLAN
=============

STRATEGY : BUY ON BREAKOUT / BUY ON DEEP / BUY ON REVERSAL / BUY ON SUPPORT
Entry Price : RM 1.00
Cut Loss : RM 0.970
Risk : 3%

Target Price 1 : RM 1.06
Reward : 6%

Target Price 2 : RM 1.15
Reward : 15%

Target Price 3 : RM 1.27
Reward : 27%

==========
DISCLAIMER
==========
Coretan Trading Idea ini hanyalah kajian sesuatu kaunter saham yang disenaraikan dipasaran bursa dan antarabangsa sahaja.
Ini BUKAN merupakan satu bentuk BUYING CALL kepada mana - mana pihak.
Mana - mana pelabur dan pedagang adalah bertanggungjawab terhadap tindakan dan pelaburan masing - masing.
Kajian ini tidak boleh mengikat penulis dengan apa jua kerugian mana - mana individu hasil pembacaan kajian ini.
Trade At Your Own Risk (TAYOR)

#RoadToFinancialFreedom
#BilaAkaunMulaBerbicara
#AkuDanSaham
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.