Sherhaniza1

Pasaran Kewangan Perlu Petunjuk Baru

Panjang
DJ:DJI   Indeks Dow Jones Industrial Average
Pasaran saham adalah jenis aset terbaik untuk memberitahu kita keadaan ekonomi dunia sudah stabil ataupun belum. Analisa teknikal menunjukkan pasaran saham Dow Jones sedang mencari "bottom", kita sudah ada pattern 1, 2 dan 3 atau Head and Shoulders atau QM. Pattern ini tidak sama tapi ia menunjukkan yang trend menurun Dow Jones mungkin sedang hendak berakhir.

Tetapi analisa Fundamental, kita masih menunggu apakah trade war akan menjadi lebih buruk. Pada 6 Julai nanti, Tariff akan dikenakan keatas barang China yang hendak masuk ke Amerika bernilai $34 billion. Trump sedang mengkaji untuk mengenakan Tariff keatas $430 billion jumlah keseluruhan barangan China.

Jika perkara ini tidak diselesaikan, paras sokongan di nombor 2 dalam carta akan pecah kebawah.
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.