AbangManuK

DNONCE - Sungguh Menawan Gerakannya...Mungkinkah??

Panjang
MYX:DNONCE   DNONCE TECHNOLOGY BHD
Kelihatan pergerakan DNONCE sangat cantik setelah berjaya memecahkan segitiga emas @ Short Downtrendline (SDTL) di paras harga 0.625 dan di sokong dengan Volume yang padu..
.
.
Namun begitu..
setiap perjalanan, pasti ada halangan..barulah perjalanan itu menjadi manis....cewahhhh!!

Antara halangan2 'keras' yang perlu diterobosi adalah di paras harga 0.675 (DTL), 0.680 (Strong R- Half Candle tuuu...Keras banget Yaw!!),
Haaa...lagi-lagi dengan 52 minggu paras tertinggi di harga 0.710..
Kalau pecah 0.710..insha Allah..jauh peginya...lagi-lagi Dnonce ni punyai potensi tinggi untuk terlibat dalam vaksin..ooppss....bukan buy call yerr...kang tak pasal-pasal..jadi 'sangkuters' pla..
Tapi, try buat kajian dulu tentang core business nya..pasti terfikir dan terpikat memukat ..aaumss!
.
.
.
Tahukah Anda??
haaa...Dnonce ni ada anak tunggal...juga dikenali sebagai cik Dnonce-Wa tapi dah tuaa...tak lama lagi nak kembali ke negeri cacing dah...
premium (-9.77), gearing 1.9 maturity 25 Nov, 2020, Exercise Value 0.25..(Tak Rekemen la..baik cari lain yeer)

Seperti biasa...
paling penting anda perlukan adalah TRADING PLAN dan kenalpasti RISK & REWARD Ratio sebaik mungkin bagi mengelakkan anda tergolong dalam geng-geng 'SANGKUTERS'

DISCLAIMER
:
Apa-apa pun, market bukan kita punya..sediakan Trading Plan mengikut Risk appetite masing-masing dan Trade What You See...
Segala kajian adalah untuk proses pembelajaran dan halatuju kaunter tersebut. Till then, happy trading, TAYOR, BAYOR & SAYOR

**Sekiranya anda bersetuju dengan idea ini, mohon untuk LIKE , SHARE & FOLLOW page ini bagi tujuan pembelajaran

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.