ida201

EPMB berpotensi berubah trend.

MYX:EPMB   EP MANUFACTURING BHD
1. EPMB adalah dari sektor Industri Produk & Perkhidmatan serta Sub sektor Bahagian Auto.
2. Dalam TF 4jam, apa yang kurang menarik adalah harga masih lagi berada di bawah EMA 200 iaitu fasa menurun. Namun, terdapat corak carta segitiga menurun telahpun terbentuk dan harga sokongan dilihat berada pada RM 0.440
3. Kelihatan juga Bullish Regular Divergence (RD) yang memberi petanda untuk harga melonjak naik selepas ini. Apabila harga kekal berada di atas EMA 200 maka kita boleh katakan yang carta akan berubah fasa ke fasa menaik.

Tapi mungkin juga berlaku sebaliknya kerana corak segitiga dikatakan bersifat neutral atau dua alam. Jika garisan rintangan pecah, carta akan bergerak ke atas. Jika garisan sokongan yang pecah maka carta akan ke bawah. Kita monitor rapat.

4. Dari segi fundamental, EPMB dilihat kurang menarik berdasarkan :
Market Cap : 83M
Share : 172M
EPS : -2.84
ROE -1.88
P/E : -16.9

5. Keuntungan dan Hasil dari QR yang lepas juga ada sedikit penurunan.
6. Para pedagang dan pelabur sebaiknya melakukan kajian sendiri untuk memilih sesuatu konter mengikut teknikal analisis ataupun fundamental analisis atau kedua-duanya sekali.

Penafian : Ini adalah kajian pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual kepada mana-mana pihak. Berdagang di atas risiko sendiri.
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.