naimmp98

EPMB (Baru Bermula atau Sudah di Hujung Permainan)

naimmp98 Telah dikemas kini   
MYX:EPMB   EP MANUFACTURING BHD
Sektor:
- Industrial Products, Auto Parts, Industrial Products & Services (Sumber: iSaham)

Analisis Teknikal:
------------Umum------------
- Setelah jatuh di bawah MA 200 (lihat garisan berwarna hijau), EPMB kembali rebound dan berjaya naik semula di atas MA 200 dan BDTL.
- Rebound ini didorong oleh signal strong bullish divergence yang ditunjukkan oleh empat oscillator:
1⃣ Histogram MACD
2⃣ Line MACD
3⃣ Stochastic RSI
4⃣ Awesome Oscillator (AO)
- Kenaikan ini dilihat tidak disokong oleh volume yang besar seperti sebelum ini tetapi melebihi purata volume untuk 20 hari sebelumnya (MA 20 volume) selama empat hari berturut².
- EPMB dijangka akan meneruskan kenaikan sehingga ke tiga paras ini sebelum membuat penurunan yang drastik:
1⃣ RM 0.700 yang merupakan horizontal resistance EPMB dan juga merupakan psychological price.
2⃣ Garisan putus² yang merupakan garisan tengah bagi garisan selari berwarna kelabu.
3⃣ RM 0.830 yang merupakan paras fibonacci 61.8%.
- Berkemungkinan juga harga tidak naik ke atas tiga paras harga yang dinyatakan ini.
- Jadi, berhati²lah dan pekalah dengan segala price action yang ditunjukkan EPMB.

------------Elliott Wave------------
- EPMB berkemungkinan berada dalam 'risk of failure' major wave 5 kerana kenaikan major wave 3 yang sangat tinggi dan penurunan major wave 4 yang sangat rendah:
1⃣ Major wave 3 naik 400% (4 kali ganda) major wave 1.
2⃣ Major wave 4 turun melebihi 61.8% (0.618 kali ganda) major wave 3 iaitu sebanyak 78.6% (0.786 kali ganda) major wave 3.
- 'Risk of failure' major wave 5 bermaksud kenaikan major wave 5 yang tidak melebihi puncak wave 3. Ia adalah kecacatan yang berkemungkinan akan berlaku apabila major wave 3 naik terlalu tinggi dan major wave 4 turun terlalu rendah.
- Kawasan risk of failure adalah daripada 38.2% (0.382 kali ganda) sehingga 100% (1 kali ganda) major wave 4.
- Jika EPMB berjaya naik melebihi 100% (1 kali ganda) major wave 4 atau melebihi puncak major wave 3, harga berpotensi untuk naik lebih tinggi.
- Untuk masa sekarang, harga berkemungkinan akan meneruskan kenaikan dan menuju ke:
1⃣ RM 700,
2⃣ Garisan putus² yang merupakan garisan tengah bagi garisan selari berwarna kelabu,
3⃣ RM 0.830 yang merupakan 61.8% (0.618 kali ganda) major wave 1 - major wave 3.
- Setelah berjaya menuju ke salah satu paras harga ini, EPMB berkemungkinan akan membuat kejatuhan atau correction yang besar.

Analisis Fundamental:
- Dalam 10 quarters terkini, EPMB lebih banyak membuat kerugian berbanding keuntungan. Walaubagaimanapun, keuntungan EPMB meningkat YoY sebanyak 77.37%.
- Perolehan EPMB juga menurun untuk tiga quarters terkini berturut². Walaubagaimanapun, perolehan EPMB QoQ dan YoY meningkat masing² sebanyak 34.66% dan 6.43%.
- EPMB dikategorikan sebagai 'negative earnings-' oleh iSaham menandakan saham syarikat ini tidak sesuai dibeli oleh newbie yang belum mahir dalam cutloss.

Nota Kaki:
------------Umum------------
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
* BDTL = Break DownTrend Line. Harga memecahkan garis penurunan (downtrend line).
* Strong Bullish Divergence = Keadaan dimana harga menurun (lower low) tetapi oscillator menaik (higher low).
* Lower low = 'Paras terendah terbaru' yang lebih rendah daripada 'paras terendah sebelumnya'.
* Higher low = 'Paras terendah terbaru' yang lebih tinggi daripada 'paras terendah sebelumnya'.

------------Elliott Wave------------
(istilah² ini akan digunakan oleh penulis / penganalisis dalam setiap idea analisis bagi memudahkan penerangan)
* Cycle wave = Nombor besar dan huruf besar berwarna kelabu yang 'tidak dibulatkan dan tidak dalam kurungan'.
* Major wave = Nombor dan huruf berwarna kelabu yang 'dibulatkan'.
* Minor wave = Nombor roman hitam dan huruf merah 'dalam kurungan'.
* Sub minor wave = Nombor hitam dan huruf merah yang 'dibulatkan'.
* Super sub minor wave = Nombor hitam dan huruf merah yang 'tidak dibulatkan dan tidak dalam kurungan'.
* Mega super sub minor wave = Nombor kecil kelabu dan huruf kecil merah yang 'tidak dibulatkan dan tidak dalam kurungan'.

#DYOR #TAYOR #BAYOR #SAYOR

---------------------------------

PENAFIAN / DISCLAIMER:
1️⃣ Penulis / penganalisis bukan penasihat kewangan (financial advisor) atau perancang kewangan (financial planner) dan tiada sebarang autoriti dalam menasihati sebarang aktiviti berkaitan kewangan dan pelaburan. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan hanya berdasarkan pengalaman dan ilmu yang sangat terhad. Idea² analisis ini juga hanya bertujuan untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukan saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
2️⃣ Penulis / penganalisis menggunakan teori 'Elliott Wave' dalam kebanyakan idea analisis. Oleh itu, idea analisis ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu 'Umum' dan 'Elliott Wave' bertujuan untuk meraikan semua pembaca yang terdiri daripada elliottician dan non-elliottician. Non-elliottician boleh memilih samada untuk membaca atau mengabaikan bahagian 'Elliott Wave' ini.

🎈 Semoga Bermanfaat 🎈

📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
Komen:
'Failure wave 5' ini juga selalunya disebut sebagai 'truncated wave 5' iaitu pemotongan wave 5.

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.