halimhamdan

FBMKLCI - WARNING MARKET NOT SUPPORTED

Panjang
FTSEMYX:FBMKLCI   Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI
As salam dan salam sejahtera traders semua

jarang untuk saya comment mengenai index KLCI kita, tetapi disebabkan market yang makin kurang ummpphh dan semakin menurun membuatkan saya ingin berkongsi kegusaran saya mengenai market kita

cara mudah untuk saya melihat health index kita adalah dengan menggunakan Moving average 50 yang mana ia boleh mengukur samada market di dalam Bull atau Bear market

jika di lihat past data ketika index di atas MA50, maret sangat bullish yang mana jika anda ingat ketika itu agak mudah untuk mencari kaunter berpotensi dan kemungkinan anda untuk profit di dalam trading adalah tinggi.

tetapi skrg market sudah pun berada bawah MA50 dan jarak index kita agak jauh dengan garisan MA50. Yes, akan ada pull back dan diharapkan ia akan break MA50 tersebut dan mula naik semula. jika ada rejection disitu, maka apa yang dikhuatiri ramai mengenai 10 year market cycle akan bermula.

I hope i'm Wrong!!!, kerana saya dapat melihat tahun 2017 dan 2018 ramai pelabur baru bermula trading. saya pasti ramai antara mereka skrg ini mengalami kerugian kerana kalau dilihat dari sejarah, bear market dah pun bermula sejak april. jika kejatuhan ini benar berlaku maka akan ramai pelabur baru ini akan give up dan keluar dari market.

kita perlukan pelabur baru ini kerana market kira terlalu bergantung pada big fund dan juga foreign fund. kira memerlukan volume retailer yang tinggi supaya market kita akan lebih stabil dan pergerakan harga akan jadi lebih mudah di baca. rujuk carta harga kaunter di NYSE London Stock Exchange. saya personally rasakan ia mudah di baca dan lebih stabil

stabil dari segi apa? jarang berlaku sudden jump up or down suka suka hati seperti di market malaysia. Kenapa? volatility market mereka mampu didukung oleh retailers meraka yang ramai dan sudahpun matured.

jika anda mempunyai byk posisi di dalam market ketika ini saya sarankna kecilkan sizenya. Dont be greedy biar market jatuh habis dulu, dah habis kita shopping semula. anda boleh lihat bermacam macam bad news keluar tiap tiap hari, maka trade lah hati hati.

Adakah anda sudah bersedia? tepuk dada tanya selera. saya sendiri sudah mulakan langkah berjimat dan trade ketika betul betul ada entry sahaja.

Halim Hamdan
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.