izzizul

Index 18 April 2019 | test support ke-2

Panjang
FTSEMYX:FBMKLCI   Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI
Salam semua,
.

1. Dengan munculnya news tentang betapa tidak performnya ekonomi negara dan hala tuju pemerintahan negara, ianya memberikan kesan lansung kepada mata index.
2. Pelabur2 asing keluar dari pasaran kerana tidak ada pemangkin positif yg boleh dijadikan sandaran.
3. Berdasarkan kajian teknikal index saya mendapati bahawa, index memang masih lagi berada di dalam bearish zone, belum ada tanda2 terdekat akan keluar dari bearish zone ini.
4. Mata index dah drop menguji kekuatan support kedua pada mata 1612 pada daily candle, tetapi tidak muncul pula signal reversal (ini merisaukan).
5. Disebabkan tidak ada signal reversal, oversold dan sebagainya manakala momentum masih lagi menunjukkan penurunan ke bawah, boleh dikatakan mata index akan meneruskan kejatuhan lagi bawah.
6. Support seterusnya berada di bawah pada kawasan mata 1590 barulah support seterusnya 1551 dan ini amat tidak menggembirakan.
7. Weekly candle pula belum ada tanda2 reversal yang kuat juga.
8. Momentum weekly masih menurun ke bawah dan tiada tanda2 oversold yang kuat juga (ada sedikit oversold tapi belum kuat)
9. Seperti juga daily candle, weekly candle juga masih di dalam bearish zone yang kelihatan amat jauh lagi utk keluar dari bearish zone, bukan dalam masa terdekat.
10. Tetapi berdasarkan pergerakan mata indeks sebelum ini, dengan kejatuhan yang kuat akan ada pula rebound yang kuat... cuma tidak tahu bila akan berlaku, dah saya kangka bukan dalam masa terdekat (tapi apa sahaja boleh berlaku).
11. Mata index perlu bergerak dalam fasa sideway dahulu untuk kumpul kekuatan sebelum membuat kenaikan kembali.

.

Selamat berdagang saya ucapkan.
.

DrZul Izzi nordin (DDSUSM).

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.