lemylockhart

30/5/2022 GBP/USD MASIH LAGI TERBANG KE ATAS

Panjang
FOREXCOM:GBPUSD   Paun British / Dolar A.S.
Laporan Komiditi dan Masa Hadapan AS, menunjukkan pedagang dan peramal memotong posisi belian mereka di Dolar AS sebanyak $2 billion di penghujung minggu 24 May. Perdana Menteri UK, Boris Johnson masih lagi dalam tekanan selepas laporan parti minggu lalu. Pemilihan untuk undi tidak percaya pada PM diteruskan dengan lebih jelas dengan MP Tory dengan terbuka mempersoalkan jawatan PM UK itu.

GBP/USD yang disokong pada harga 1.2180 meneruskan kenaikan ke rintangan R1. Rintangan ini akan memberi arah sama ada kenaikan akan diteruskan atau penurunan kembali lagi. Walau bagaimanapun, GBP/USD yang didagangkan atas 1.2600 masih lagi memberi tanda kekuatan belian.

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.