ichivergence_hunter

GLOTEC Sedang Menyiapkan Handle

MYX:GLOTEC   GLOBALTEC FORMATION BERHAD
GLOTEC telahpun menyiapkan Cup dimana aras neckline adalah di 0.800 dan kini sedang melengkapkan handle untuk chart pattern cup & handle. Atas sokongan adalah di 0.600 dan aras rintangan terdekat adalah di 0.650. Jika Glotec dapat memecahkan aras 0.650, maka aras target seterusnya adalah di 0.800. Jika dapat memecahkan aras 0.800, maka target seterusnya adalah target pattern cup & handle. Nanti dah pecah 0.800, sy akan kongsikan trading idea untuk kaunter Glotec beserta aras target. Indicator RSI juga nampak sudah mempunyai kekuatan untuk memulakan fasa mendaki. Glotec juga ada mencadangkan dividen sebanyak 3 sen tetapi masih belum ada tarikh. (Sekadar kajian dan pembelajaran).

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.