aihafizal.fx

5-MAC-2020: JNJ kembali ?

NYSE:JNJ   Johnson & Johnson
Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,

Tools Kajian;
1. Trendline – Harga telah rebound daripada weekly TL
2. Volume – masih banyak tekanan jualan untuk 5 hari
3. MA - cross kebawah (daily)

Ulasan;

Sekiranya dilihat daripada pergerakan harga, ianya menunjukkan ada kebangkitan dalam saham2 healthcare. Kenaikan begini bukan sahaja dapat dilihat pada JnJ namun boleh dilihat pada Pfizer dan Merk & Co. Namun ianya bukanlah petanda untuk merumuskan virus sudah semakin reda.

Tradeplan sebelum ini musnah walaupun pada peringkata awal dah profit, mujur ada kawalan risiko yang ketat kita berjaya cutloss awal. Ini bukanlah benda diduga sebab selapas kita kaji minggu sebelumnya… mgu lepas kena pulak penularan di korea dan itali, lepas tu sebelum penutup bulan Feb kena pulak kononnya 1 kes dah ada kat US… mmg sentimen yang mengganggu la.

Rumusan;
So sama seperti minggu lepas kita perlu memerhatikan pasaran. Tambahan pula ada NFP esok, kemungkinan aka nada volatility yang mungkin menggangu momentum kenaikan ini. Walaupun demikian sekiranya minggu ini berakhir dengan cantik, inshaallah kita akan mula mengatur strategi minggu depan. Namun kalau market still huru hara, kita lepak tepi dulu.

Masuk bila ada setup sahaja ya.

semoga bermanafaat

PENAFIAN: Perkongsian ini adalah untuk tujuan pembelajaran semata-mata dan bersifat pandangan individu. Bukan cadangan untuk mempengaruhi pembaca/penonton untuk membeli atau menjual dan tidak mewakili mana-mana kumpulan. Segala risiko kerugian adalah diatas tanggungjawab pembaca sendiri.
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.