naimmp98

KPOWER (Mengumpul Tenaga untuk Melawan Dua Rintangan Penting)

MYX:KPOWER   None
Sektor:
- Industrial Products, Personal Goods, Consumer Products & Services, Green Tech, Solar.

Idea analisis:
- Sudut Fundamental telah dikupas pada posting sebelum.
- Dari sudut Teknikal, KPOWER dilihat masih berada di bawah MA 50 menandakan masih dalam keadaan downtrend untuk mid term.
- KPOWER dilihat beberapa kali rebound di garisan fibo 0.5.
- Stochastic RSI juga cross up di paras oversold menguatkan lagi fibo 0.5 ini sebagai support baru terkuat bagi KPOWER.
- Jika mengikut teori descending triangle, harga kebiasaanya breakdown tetapi KPOWER dilihat telah berjaya BDTL tetapi dengan volume yang kurang memberangsangkan.
- Walaubagaimanapun, KPOWER berjaya mengekalkan harga di atas downtrend line untuk hari berikutnya.
- Terdapat dua lagi garis penting yang merupakan resistance bagi KPOWER yang perlu dilepasi:
1) MA 50 (Perhatikan sebelum ini, harga masih belum berjaya tutup di atas MA 50).
2) SBR dalam lingkungan harga RM 2.250 - RM 2.310.
- Jika harga mampu tutup di atas MA 50 dan SBR, harga berpotensi untuk meneruskan kenaikan yang pernah dicipta sebelum ini.

Nota kaki:
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
* Fibo / Fibonacci Retracement = 3 point penting yang perlu dilihat iaitu 0.618 (61.8%), 0.5 (50%) dan 0.382 (38.2%). Harga perlu bertahan di
atas mana-mana 3 point penting ini untuk menyambung kenaikan. Jika harga jatuh sehingga melebihi paras 0.382, kebiasaanya harga
akan bertukar arah kepada downtrend atau sideways.
* Oversold = Garisan stochastic RSI di bawah paras 20. Ia bermakna saham dalam keadaan terlebih jualan.
* BDTL = Break DownTrend Line. Harga memecahkan garis penurunan.
* Breakdown = Harga memecahkan support.
* SBR = Support Become Resistance. Keadaan di mana paras sokongan bertukar menjadi paras rintangan.
* Untuk maklumat tambahan mengenai descending triangle dan lain² 'triangle pattern', boleh klik pautan di bawah 👇

#TAYOR #BAYOR

---------------------------------

DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).

📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.