dnshnzm

PRIVA BERSEDIA MEMANTUL

MYX:PRIVA   PRIVASIA TECHNOLOGY BERHAD
Sektor : Telekomunikasi & Media
Subsektor : Peralatan Telekomunikasi

Setelah 2 bulan daripada kenaikan bersama volume yang ketara, Priva telah berehat dan membentuk tapak yang agak lama. Di samping itu, sepanjang 2 minggu lepas, kaunter ini berjaya bertahan di EMA20. Lebih menarik, kaunter ini di sokong pula dengan teori Wyckoff spring dimana ia telah berlaku di EMA50. Secara teori dan teknikal yang dipelajari, Priva sudah bersedia untuk melonjak dengan lebih jauh.
Aras rintangan terdekat bagi kaunter ini adalah di 0.250 manakala aras sokongan terdekat pula adalah di 0.225 iaitu pada EMA20.
Mampukah Priva menyerlah? Mari kita saksikan.


Disclaimer - Carta yang dikongsikan ini untuk tujuan pendidikan berdasarkan kajian, teori, analisis dan pembelajaran. Trading plan yang lebih rapi boleh disediakan bagi sesiapa yang berminat dengan kaunter ini. Selalu ingat, Rational beats Emotional. Trade at your own risk :)

*Jika anda bersetuju dengan kajian yang dilakukan, sila Like, Share, dan Follow page ini bagi tujuan pembelajaran

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.