Pendidikan dan Kajian

Analisis Candlestick

Analisis Candlestick berfokus pada setiap satu lilin, sepasang lilin atau triplet lilin untuk membaca tanda pergerakan pasaran. Andaian asasnya adalah semua maklumat sudah dicerminkan pada harga. Teknik ini biasanya digunakan serentak dengan sokongan & rintangan. Setiap lilin mengandungi 4 maklumat berkaitan harga: tinggi, rendah, buka, dan tutup. Badan lilin menggambarkan pergerakan harga antara buka dan tutup manakala sumbunya akan menunjukkan pembalikan yang berlaku dalam tempoh masa lilin tersebut.

Oleh itu setiap candlestick akan menunjukkan gambaran yang senang diolah berkaitan dengan tindakan harga. Panjang sumbu dibandingkan dengan panjang badan dan disertakan maklumat sama ada lilin itu bullish atau bearish dapat digunakan untuk menentukan isyarat tindakan harga yang akan datang. Candlestick yang biasa digunakan dalam analisis adalah doji, spinning top, hammer, engulfing candle, pinbar dan inside bar.
Paparkan lebih lanjut
1
2
1
2