Kalau berminat untuk gabungkan indikator yang berlainan.
Memandangkan video ini JELAS dalam kategori TUTORIAL isi kandungannya juga untuk tutorial sahaja. Saya gunakan screener di time frame 4H, dan jumpa 3 stock yang nampak sesuai untuk trading jangka pendek. Video sambungan akan saya buat selepas market tutup nanti.
Sambungan kepada signal candle 4H tempohari. Saya berikan idea untuk buat persediaan mencari stock yang sesuai intraday pada sesi petang. Cuba ubah dan tambahkan lagi filter-filter yang lebih power.
Closing price atau harga tutup penting sebab mengesahkan apa saja yang kita tunggu. Saya cuba terangkan secara ringkas dalam video ini.
Saya gabungkan kiraan narrow range dengan signal candlestick yang pernah kita buat menjadi satu script.
Dalam tradingview, carta 4H ada 2 batang candle saja, sesi pagi dan sesi petang. Kita tandakan candle sesi pagi untuk persediaan pada sesi petang.
Susah nak terangkan secara menulis. Saya harap, boleh tengok dulu sampai habis.
Kami membuat carta Apple ini untuk menunjukkan kemas kini yang dibuat untuk Corak Candlestick, kaedah baru untuk mengenalpasti corak candle tertentu secara automatik. Ia mudah dan cepat. Dengan satu klik, ia boleh mengenalpasti hampir semua corak candlestick daripada candle Bearish Engulfing sehingga Shooting Star. Untuk bermula, buka menu Penunjuk dan Strategi....
Setiap kali kita buat support atau resistance samada jenis melintang, mengereng, perhatikan sekali volume sebagai pengesahan breakout ke atas atau ke bawah.
Boleh tweak lagi bagi cantik dan masukkan dalam trading plan.
Jadikan senarai amatan (watchlist). Kena rajin buat.
Video terakhir dalam siri candlestick yang sesuai guna di bursa malaysia. Kemunculan mereka tidak bermakna tanpa bantuan analisis-analisis yang lain.
Sambungan kepada kisah doji. Kali ni kita buat spinning top pulak. Kalau tak ikut buku 100% pun takpelah. Janji saya tau apa nak di tengokkan.
Walaupun tradingview sudah ada indicator untuk doji, tapi tidak memenuhi kehendak saya. Jadi, saya kongsikan cara saya menandakan doji di carta menggunakan pine script. Boleh tambah lagi indicator untuk filter kemunculuan doji, kalau nak lah.
Ada penambahan baru pada input khusus untuk warna. Lepas ni dah boleh buat input warna untuk label.
Saya guna macd dan tetapkan nilai macd level dan macd signal untuk filter carta yang tidak ada mometum. Boleh cuba pelbagai nilai yang diinginkan. Semoga terhibur.
Kalau dulu kita guna plotshape untuk dapatkan bentuk kotak. Kali ini saya gunakan fungsi plot dengan penggunaan column dan hist untuk bentuk kotak. Manakala warna berdasarkan 3 kriteria yang di pilih.