28-MAC-2019: PEMBELAJARAN 4 Istilah Penting Trader (BHGN-2)PENAFIAN: Perkongsian ini adalah untuk tujuan pembelajaran semata-mata dan bersifat pandangan individu. Bukan cadangan untuk mempengaruhi pembaca untuk membeli atau menjual dan tidak mewakili mana-mana kumpulan. Segala risiko kerugian adalah diatas tanggungjawab pembaca sendiri.
Dengan lafaz bismillah...
Assalamualaikum dan selamat sejahtera rakan-rakan sekalian
Hari ini saya ingin menyambung perkongsian istilah. Bahagian ini lebih tertumpu kepada teknikal. Saya senaraikan dulu sekurang-kurangnya rakan-rakan tahu apa yang dibincang dan diperkatakan di ruang sembang sosial.
Jadi pada BAHAGIAN 2 ini istilah yang akan dibincangkan dibahagikan kepada beberapa kategori seperti berikut;
E. Indicator
F. Jual/Beli
G. Chart (FUNDAMENTAL / PATTERN)
Tanpa membuang masa jom kita bincangkan
E. INDICATOR
Dalam membincangkan perihal berkaitan chart, tidak boleh tidak ada dikalangan trader akan mengeluarkan teringkas/short form bagi mewakili indicator tertentu. Pada bahagian ini saya tidak akan memasukkan kesemua Indicator tetapi hanya menumpukan kepada indi yang biasanya digunakan sahaja.
Jom kita lihat senarai dibawah;
MA (Moving Average)
- SMA - Simple Moving Average
- EMA - Exponential Moving Average
- WMA - Weighted Moving Average
STO / STOCH - Stochastic
BB - Bollinger band
Upper BB
Mid BB
Lower BB
RSI - Relative Strength Index
ATR - Average True Range
ADX - Average Directional Index
F. JUAL/BELI
Pada bahagian ini, kita akan membincangkan perkara berkaitan urusan jual beli dan tempahan (BUY,SELL & ORDER)
Ini merupakan perkara yang amat penting kerana walaupun kita pandai menganalisis, tetapi kita tak dapat memahami arahan jual beli yang betul, ini akan menyebabkan kita melakukan kesilapan memasukkan orderyang mungkin akan menyebabkan kerugian.
Sila rujuk senarai dibawah
EP – Entry Price (harga kita nak membeli atau menjual)
CP – Current Price (harga semasa bagi instrument yang kita pilih)
TP – Target Price (Ada juga yang menyebut TAKE PROFIT, sama sahaja dimana ianya tempat mengambil untung)
SL/CL – Stoploss/Cutloss ( harga dimana kita akan menghatkan kerugian kita dengan keluar dari pasaran)
BE – Breakeven (SL yang dianjakkan ke entry price, di setkan apabila berada dalam keadaan untung)
PO – Pending Order (harga dimana kita ingin membeli bukan pada harga semasa < senag cerita kita QUE nak beli atau jual>
MM – Money management (merujuk kepada pengurusan risiko berapa kita nak untung / rugi)
R:R ratio – Risk to Reward Ration (merujuk pada nisbah keuntungan dan kerugian yang kita ingin ambil semasa membuat keputusan untuk berdagang.
BOD – Buy on Deep (Proses membeli ketika harga berada dibawah dan kita menjangkakan harga akan naik.
BOB – Buy on Breakout (Proses membeli apabila sesuatu harga telah memecahkan halangan harga tertinggi)
MC – Margin Call (Berlaku dimana jumlah wang yang berada didalam akaun tidak dapat menampung kerugian yang dihadapi dan menyebabkan akaun tersebut BURN/LINGKUP )
G. CHART
Bahagian ini pula akan memerangkan perihal berkenaan instilah yang digunakan apabila berkaitan dengan analisis carta (Chart). Kawan-kawan, ni bahagian penting sbb selalunya ramai acah2 tau tapi tak tau dlm bahagian ni…lps tu abis kelaut dalam. Namun ini juga aka nada perbezaan diantara apa yang anda telah pelajari dengan cikgu lain, namun saya hanya berkongsi istilah yang saya ketahui sejak berkecimpung dengan dunia trading sejak lebih 11 tahun.
Disini saya akan bahagikan kepada 2 bahagian iaitu CHART FUNDAMENTAL dan CHART PATTERN
Jom semak senarai dibawah dan bandingkan la dalam group2 yang anda follow.
CHART FUNDAMENTAL
TF – Time frame (selang masa yang digunakan untuk paparan chart)
OHCL – Open High Low Close (menunjukkan harga buka, Tertinggi, Terendah dan Tutup sesebuah candle)
CS – Candlestick
CRS – Candlestick Reversal Signal
UT – Uptrend (merujuk kepada pergerakan harga yang menghala ke atas)
DT – Downtrend (merujuk kepada pergerakan harga yang menghala ke bawah)
TL – Trendline (garisan menunjukkan halatuju pasaran)
UTL – Upper Trendline (garisan trend yang dilukis apabila keadaan pasaran menurun)
LTL – Lower Trendline (garisan trend yang dilukis apabila keadaan pasaran sedang menaik)
SNR – Support & Resistant (Garisan yang terbentuk untuk menyokong harga semasa kenaikan dan penurunan.
SND – Supply and Demand (Kawasan dimana proses pemintaan dan penawaran sedang aktif, disini kebiasaannya pasaran menjadi sideways)
SBR – Support become Resistant (garisan yang berubah fungsi apabila pergerakan harga menurun dan memecahkan support menjadi penghalang untuk harga naik ke atas)
RBS – Resistant become Support (garisan yang berubah fungsi dari apabila harga menaik dan memecahkan resistant. Ianya akan menjadi garis penghalang untuk harga turun)
HH – Higher High
HL – Higher Low
LH – Lower High
LL – Lower Low HH,HL,LH,LL adalah merujuk kepada puncak2 harga yang terbentuk apabila harga bergerak. Ke atas(HH,HL) atau kebawah(LH,LL)
CHART PATTERN
DT – Double Top (keadaan carta membentuk dua puncak candle dan merupakan isyarat menurun)
DB – Double Bottom (keadaan carta membentuk dua puncak candle dan merupakan isyarat menaik)
EW - Elliot Wave
EDW – Ending Diagonal Wave
HNS – Head And Sholder (potensi turun)
IHNS – Inverted head and sholder (Potensi naik)
CNH – Cup and Handle
CL – Chart Line
CP – Chart pattern
RW – Rising Wedges
FW – Falling Wedges
Mac19
Melihat volum hari ini yang melebihi volum purataVol hari ini yang melebihi atau lebih banyak dari purata, kebiasaannya memberikan kita satu petunjuk baru, samada terdapat lebih minat belian atau terlebih minat jualan.
Kalau dah bosan melilhat carta, kali ni kita layan lihat nombor pula di penyaring tradingview.
Boleh cuba dan ubah mengikut kesesuaian atau ikut selera masing-masing.
Anggaran tempoh masa trend menaikDengan berpandukan garis 200 dan 50 , tak kisah samada MA atau EMA, kita boleh membuat anggaran tempoh masa pergerakan harga dari permulaan kenaikan sehinggalah dia mula kepenatan.
Sebagai panduan, harga yang bergerak naik dalam sudut 45 darjah mengambil tempoh masa di antara 3 sehingga 6 bulan dan lebih.
Saya tidak ada data lengkap untuk mengesahkan maklumat ini. Tapi, silalah cuba dan lihat carta-carta lama dan buat perbandingan sendiri.
Semoga terhibur.
Melihat peluang selepas breakout ke atas garis MA/EMA 200Tempohari kita sudah melihat kepentingan garis ma/ema 200 dan fokus membuat penyaring.
Kali ini, kita lihat pula bagaimana cara berdagang dan bentuk yang selalu muncul selepas breakout ma/ema 200.
Sebagai perbandingan, saya gunakan penyaring di tradingview untuk melihat carta-carta di negara lain dan melihat adakah mereka juga berkongsi bentuk yang sama selepas breakout.
[NOTA] Pergerakkan hargaKajian pergerakan harga untuk AMD bermula tarikh 4/3 sehinggi hari ini.
Paras sokongan dan rintangan mingguan ditentukan pada hari pertama trading.
Sekiranya harga melebihi paras rintangan atau sebaliknya, keputusan untuk membelinya boleh dibuat berdasarkan pergerakan harga semasa.
Kemaskini sektor tenaga (energy )- mencari peluangHampir kebanyakan stok berkaitan tenaga (energy) yang naik tinggi sehingga kini mula turun dan nampan tanda-tanda berhenti sebentar.
Dengan beranggapan yang hentian ini sebagai pullback pertama selepas kenaikan, kita boleh perhatian ruang-ruang untuk berdagang, terutama sekali bila bentuk lilin sudah semakin mengecil.
[Nota] CPO bulan MacMasih lagi mencari rentak untuk trade CPO?
Ini hanya sekadar kajian, bukan buy call. Mari kita lihat carta cpo bermula dari 4-3-2019 hingga 25-3-2019.
Secara asasnya, kita boleh mempertimbangkan hari isnin adalah hari untuk menentukan aras sokongan dan aras rintangan yang terkuat bagi minggu itu. Sekiranya salah satu aras ini pecah, kita boleh membuat keputusan untuk entri samaada short atau long.
Idea trade untuk minggu ini - AEOSalah satu indikator yang menjadi pilihan saya kali ini adalah heikin ashi.
Sebagai kajian kes untuk minggu ini, mari kita perhatikan pergerakan saham AEO ini. AEO adalah sebuah retailer untuk pakaian di Amerika dan saham ini berstatus shariah berdasarkan idealrating.com
Nota ringkas.
Lihat contoh carta harian AEO ini. Hijau bermakna beli, dan merah bermakna jual.
Kalau kita lihat pada carta harian, AEO menunjukkan candle merah. Dan saya cuba kecik kan lagi time frame kepada 4 jam dan 1 jam.
Carta 4 jam
Carta 1 jam
Cuba perhatikan pada time frame 4 jam, candle masih lagi berstatus merah, tetapi pada time frame 1 jam menunjukkan candle berwarna hijau.
Bagi yang berminat untuk trade, anda dah boleh trade berdasar beberapa perkara yang perlu di perhatikan pada market malam ini.
1. Harga sekarang sedang bermain-main di fibo 23.6% untuk time frame daily. Sekiranya dia berjaya melepasi harga fibo ini, AEO berkemungkinan akan meneruskan kenaikannya ke 21.93, 23.46. Teknik ini sesuai untuk swing trade.
2. Kalau dilihat pula pada time frame 1 jam, harga dibawah fibo 23.6%, sekiranya dalam minggu ini, AEO berjaya meneruskan kenaikan nya iaitu melepasi harga 20.17, ia akan meneruskan kenaikan 20.44, 20.67.
3. Nota sampingan, stocastic RSI menunjukkan keadaan semasa dalam keadaan oversold.