Masih menggunakan syminfo.mintick, ada satu custom function yang membolehkan kita untuk dapatkan nilai yang tepat mengikut format di carta.
Masih lagi dalam mood membuat garisan. Kali ini kita gunakan built-in function highestbars() dan lowestbars() untuk dapatkan nilai tertinggi dan terendah sambil melukis garisan bermula dari nilai yang dapat tadi. Maaf, video tamat pada minit ke 11..lebihan minit tu boleh abaikan sebab terlupa nak tutup video.
Kita guna kiraan matematik mudah untuk dapatkan pecahan per 4 dari 52w high dan 52w low.
Saya guna pakai script yang sama dalam video (SIRI PINE SCRIPT - Label, garisan dan jarak dari harga semasa) untuk dapatkan harga tertinggi harian, mingguan dan bulanan.
Salah satu cara penggunaan syminfo.mintick untuk dapatkan minimum bid bagi setiap carta. Tak cukup sekadar syminfo.mintick. Jadi saya buat sedikit cerita untuk padankan dengan minimum bids yang bursa malaysia pakai.
Menggunakan fungsi plot() untuk kita plotkan garisan melintang selepas terjadinya breakout untuk sekian bar. Semoga terhibur.
Permintaan dari rakan kita untuk mewarnakan candle jika syarat pada stochrsi tercapai serta membuat simple alert berdasarkan syarat tadi. Semoga terhibur.
Kita gabungkan label dan lines dalam satu script untuk dapatkan jarak harga dari harga semasa ke 52w high dan 52w low. Konsep yang sama boleh diguna pakai untuk membuat support atau resistance dan mengira jarak harga sama ada dalam nombor atau peratus. Ikut kreativiti masing-masing. Note : Dulu dah pernah buat. Kali ini saya tambah garisan vertical.
Saya mudahkan sedikit cara untuk letakkan text dalam label guna pine script. Kalau ikutkan, ada banyak cara. Terpulang pada kita. Janji hasilnya tetap sama.
Walaupun tidak sempurna sepenuhnya, janji ada dan boleh dibuat . Kalau ada yang tahu macamana nak selesaikan masalah dalam video di atas, mohon kongsikan bersama.
Maaf, dalam video tersalah sebut. Bukan plot tarikh, tapi hari. Kita gunakan variable dayofweek untuk dapatkan nama hari.
Contoh untuk tambah tooltip pada label. Saya rasa macam tak pernah jumpa. Tak tau lah baru ada atau saya sendiri tak perasan.
Ada beberapa perkara yang boleh dan tak boleh jika kita cuba ambil data financial guna pinescript. Dan saya buatkan contoh untuk warnakan latar belakang label ikut nilai NET MARGIN.
Kalau tak pandai pinescript, masih boleh gunakan cara di atas untuk dapatkan nilai-nilai yang telah di plot pada carta mengikut indikator yang kita pilih.
Cara gunakan pinescript untuk paparkan maklumat kewangan pada label. Yang susahnya, nak guna maklumat kewangan mana satu? Ilmu carta pun tak habis khatam lagi...hahahahahaha
Kita guna fungsi alert pada Tradingview untuk hantar bukan saja alert, tapi termasuk nilai harga ENTRY, STOP LOSS dan TP sekali. Mudah kalau faham dan rajin buat. Akan jadi susah, kalau awal-awal lagi tak faham apa itu pinescript. Sekian
Kita cuba tandakan pula candle yang mempunyai range yang lebih besar berbanding sebelum2-sebelumnya.
Kita cuba gunakan kelebihan yang ada pada lebel.new untuk buat trading plan mudah berdasarkan kemunculan candle berbentuk doji.