Saya tukar skrip dari versi 3 kepada versi 4 dan ada tambahan alertcondition untuk pemberitahuan jika muncul signal potensi bullish / bearish.
Dah lama tak cerita pasal penyaring. Walaupun penyaring tradingview sangat simple, tapi ianya sangat mudah digunakan. Yang penting, kita tau apa nak dicari.
Sambungan video pertama tadi dan saya fokus pada fungsi ALERT sahaja.
Sila lihat video untuk penerangan. AUDUSD +100pips NZDUSD + 100pips AUDJPY + 150pips.
Sambung semula siri godek-godek pinescript.. Hari ni kita cuba gabungkan strategi mudah dan diterjemahkan ke bentuk visual seolah-olah lampu isyarat.. Selamat mencuba..
Sambil-sambil menunggu, kita buat sedikit latihan mata. Dengan menggunakan konsep, 'satu jalan, yang lain jalan' , hari ini kita mencari carta-carta yang nampak pergerakan seakan sama dalam sektor yang sama. Semoga terhibur..
Bahagian terakhir penerangan ringkas kemaskini terbaru trendband guide. Antara perkara yang perlu diberikan perhatian : - candle breakout dan pullback breakout hanya muncul pada carta yang tradingview sertakan volume sahaja. - label hanya muncul sekali mengikut bentuk candle - input untuk candle breakout yang boleh diubah Semoga terhibur.
Saya ada buat beberapa perubahan dan penambahbaikan pada penunjuk Trendband Guide. Penerangan ringkas seperti di dalam video.
Dengan bantuan simbol bendera berwarna yang ada di setiap nama carta, kita boleh gunakan dia sebagai penapis untuk senarai lihat yang sudah dibuat. Sangat mudah dan mampu menjimatkan masa. Harap maklum, alert berdasarkan simbol bendera belum ada.
Proses menyaring baru langkah pertama. Langkah kedua, perlu tunggu signal yang menunjukkan ada potensi minat belian. Bila muncul signal, barulah buat pelan dagangan yang sesuai ikut rupa bentuk carta ketika itu. Ulang proses yang sama. Semoga terhibur.
Dah penat2 buat sendiri tapi masih kena hadap juga chart. Adalah sangat baik jika kita boleh mengarahkankan tradingview alert secara automatik jika indikator yang kita buat, sudah memberikan signal. Semoga terhibur.
Contoh penggunaan penyaring tradingview untuk mencari carta yang moving average cantik tetapi harga sedang menurun.
Contoh bila market kurang meriah. Misi mencari carta yang sudah naik berhari-hari dan tunggu semula jika ada penurunan harga untuk mencari peluang entri.
Menyambung cerita pagi tadi. Saya tukar dari 5 minit kepada 15 minit untuk lebih ketenangan. Melihat carta yang lebih rendah tempoh masa akan memberikan kita idea bilakah waktunya market akan bergerak aktif dan tidak aktif. Tapi, bukanlah perkara wajib tengok. Yang penting, adalah harga tutupnya di mana.
Contoh penggunaan penyaring data masa nyata bagi carta 5 minit. Hasil saringan bergantung pada setting yang kita buat. Karektor 5 minit takkan sama dengan carta harian walaupun cara membaca lilin tetap sama.
Sambungan yang pagi tadi
Melihat data masa nyata di tradingview.
Tengok contoh sebelah petang pula. Sudah ada penambahan walaupun masih kurang meriah. Langganan masa nyata bukanlah wajib - hanya perlu jika kita tau macamana nak gunakan dengan baik.