Fungsi main semula adalah fungsi dalam tradingivew yang paling saya gemari. Pertamanya, kita boleh menguji sendiri sebarang teknik pada carta tanpa dipengaruhi oleh data2 terbaru. Keduanya, kita boleh rasa sendiri bagaimana perasaan pada waktu itu. Ketiganya, ianya percuma ! Setakat yang saya tahu lah. Jadi, gunakan sebaik mungkin untuk mempertajamkan lagi...
Terlebih dahulu, mohon maaf sebab tak dapat nak tunjuk cara menerbitkan idea dari mula. Bila kita belajar sesuatu, membuat nota atau catatan amat digalakkan supaya mudah untuk kita buat rujukan di masa akan datang. Begitu juga ketika berdagang di bursa, membuat nota berkaitan jual beli sangat dituntut supaya kita boleh belajar yang mana baik dan tidak...
Dalam video ini saya terangkan secara ringkas persamaan antara MACD, STOCHASTIC dan RSI. Hanya pandangan umum dan tiada sebarang teknik atau taktik berkaitan ketiga2 indi di atas.
Skrin berpecah (split-screen) sangat membantu sekiranya kita hendak membuat perbandingan secara masa nyata. Samada stock yang berbeza, stock dengan indeks atau stock yang berlainan tempoh masa. Video ringkas di atas menunjukkan salah satu kegunaan yang mungkin sesuai untuk para pedagang membuat keputusan yang lebih baik.
Ada tambahan ciri baru pada tradingview di mana kita sudah boleh - memilih dan menggerakkan pelbagai objek pada carta secara serentak - pilihan untuk melihat carta secara songsang Semoga terhibur
Carta yang naik bukan saja disebabkan ada minat belian pada carta tersebut, tetapi juga dipengaruhi oleh faktor market secara keseluruhan. Bila market cantik, akan ada banyak carta turut ambil kesempatan naik bersama2. Video kali ini menerangkan serba ringkas, sifat2 atau ciri2 yang selalu kita nampak ketika carta sedang bergerak naik ke atas.
Video bukan menunjukkan cara guna atau nak buat skrip, tapi lebih kepada pengenalan saja. Yang bagusnya editor pine, sekiranya kita ada sistem berdagang sendiri,kita boleh terjemahkan dia dalam bentuk visual pada carta. Mungkin untuk tandakan kawasan beli, jual dan sebagainya. Pengetahuan asas bahasa pengaturcaraan amat diperlukan sekiranya kita ingin membuat...
Dalam tradingview, ada fungsi makluman yang kita boleh guna pakai mengikut apa saja yang kita nak, samada makluman di bahagian pengimbas atau berdasarkan pergerakan harga di carta. Untuk video ni, saya tunjukkan cara menggunakan garisan dengan kondisi sekiranya harga melepasi, melintasi atau apa saja pilihan yang ada di pilihan makluman. # maaf atas kesilapan...
Selalu kita rasa takut bila carta sudah mula melepasi harga tertinggi yang dia pernah buat. Memang sudah lumrah, lagi2 kalau kita sudah beli dari bawah. Bagi carta yang syarikatnya ada cerita, ada kisah yang baik, bila harga berjaya naik melepasi harga tertinggi menunjukkan ada suatu kuasa minat belian yang kuat. Sebagai trader, carta2 seperti inilah yang...
Dengan melihat indeks klci, kita boleh buat kesimpulan samada untuk lebih aktif berdagang dalam market atau tidak. Semoga terhibur..
Secara umumnya, dengan melihat kedudukan harga semasa dengan garis MA 200, kita boleh sesuaikan teknik berdagang kita samada untuk berdagang secara breakout, pullback, jangka pendek atau jangka panjang.. Harga di atas MA 200 - carta dikategorikan sebagai bullish. Harga di bawah MA 200 - carta dikategorikan sebagai bearish. Struktur asas carta seperti HIGH, LOW,...
Pengimbas dari tradingview ada banyak fungsi yang boleh kita gunapakai. Walaupun kesemuanya adalah preset, sekurang-kurangnya dapat juga membantu kita dalam mencari dan membuat pemilihan carta-carta yang dirasakan terbaik pada waktu tersebut. Semoga terhibur.
Menggunakan menu pintasan di carta tradingview untuk melihat tempoh masa carta pelbagai. Dapat membantu kita menganalisa pergerakan harga pada carta berdasarkan harga tertinggi dan terendah mengikut tempoh masa yang tertentu
Pada yang mengguna pakai alat penapis (screener) di tradingview, ada satu kolum tambahan yang kita boleh letak untuk melihat corak lilin (candlestick pattern). Ruangan kolum juga ada icon bagi menggambarkan corak yang sedang berlaku. Sangat membantu kita untuk membuat pemilihan carta dan melakukan analisis lanjut.
Ada beberapa contoh yang mempunyai pattern seakan sama..menunjukkan ada minat belian masuk dan harga mula ditolak ke atas..pattern mungkin tidak 100% sama.. Mungkin, di masa akan datang, sekiranya kita berjumpa lagi pattern begini dan kena pada musimnya, kita akan lebih bersedia untuk ambil peluang dan kesempatan yang market bagi.
Salah satu pattern cart yang ada di dalam mana2 instrumen kewangan yang didagangkan..bulatan atas menunjukkan kekuatan pembeli yang semakin lemah..ianya berlawanan dengan bulatan bawah (rounding bottom). Sentiasa perhatikan garis leher (neckline)..kerana disitu akan menunjukkan arah seterusnya pergerakan harga. Kadangkala, bulatan atas juga boleh bertukar...