Tempohari kita sudah melihat kepentingan garis ma/ema 200 dan fokus membuat penyaring. Kali ini, kita lihat pula bagaimana cara berdagang dan bentuk yang selalu muncul selepas breakout ma/ema 200. Sebagai perbandingan, saya gunakan penyaring di tradingview untuk melihat carta-carta di negara lain dan melihat adakah mereka juga berkongsi bentuk yang sama selepas breakout.
Hampir kebanyakan stok berkaitan tenaga (energy) yang naik tinggi sehingga kini mula turun dan nampan tanda-tanda berhenti sebentar. Dengan beranggapan yang hentian ini sebagai pullback pertama selepas kenaikan, kita boleh perhatian ruang-ruang untuk berdagang, terutama sekali bila bentuk lilin sudah semakin mengecil.
Gunakan alat lukisan untuk membuat templat fasa carta dan letak pada carta yang kita minat. Dari situ, cuba perhatikan di manakah kedudukan carta sekarang berbanding templat yang telah kita buat tadi. Ringkasan : 1. Menentukan fasa semasa carta 2. Fokus pada bentuk lilin yang kecil molek yang berlonggok dan "think to buy" 3. "Think to sell" bila munculnya...
Kita sampai kepada bahagian terakhir cerita volum dan harga. Kalau ikutkan, masih banyak lagi yang boleh diterangkan. Tapi cukuplah. Yang lain mungkin boleh rujuk bahan bacaan berkaitan VSA (volume spread analysis) , VPA (volume price analysis). Atau, boleh rujuk terus kepada video dari Mr. Martin Wong yang memang fokus pada volum dan harga. Ada kat tradingview...
Sambung lagi pasal volum dan harga Hari ini kisahnya 1. Momentum harga selepas volum tinggi 2. Perbezaan ketara volum sekarang dengan volum sebelum-sebelumnya 3. Rupe bentuk lilin dan volum nya 4. Pullback perlukan volum untuk naik semula
Rupanya ada limit masa juga buat video. Tradingview limit kan pada 20 minit. Kira ok lah, dari dulu cuma 10 minit. Dalam video ini saya cuba sampaikan berkenaan volum yang bagi saya satu indikator yang sangat baik untuk di gunakan. Antaranya : 1. Kenaikan harga perlu lah seiring dengan pertambahan volum 2. Membezakan di antara volum nak bagi harga naik dengan...
Sebelum ini kita pernah melihat kepentingan garis MA/EMA 200 sebagai alat bantu yang memisahkan di antara carta bullish atau carta bearish. Kali ini, kita melihat pula kegunaan garis MA/EMA 50 sebagai penunjuk arah dan juga sokongan ketika harga sedang menaik. Kalau ada yang bertanya " berapa lama nak simpan ", antara jawapan mudah yang boleh kita berikan...
Bagi yang belum buat apa2, kita tunggu sampai munculnya lilin berbadan kecil atau range lilin yang kecil molek. Bagi yang sudah ada, sila ikut dan patuh pelan dagangan sendiri. Tungguuuuuuuu !
Ada dikalangan kita yang hanya berdagang dengan berpandukan kepada corak-corak carta yang selalunya muncul. Kemunculan corak ini dapat memberikan kita satu signal awal samada carta itu berkemungkinan untuk naik atau turun. Menghafal sebarang bentuk corak juga satu teknik dagangan yang baik. Tapi bagi saya, dengan memahami bagaimana corak itu terjadi dan melihat...
Ada satu geng anak beranak doji yang kalau jumpa, boleh beri kan lebih tumpuan, terutama sekali pada aras tertinggi doji tersebut. Kalau ikut bahasa buku, dipanggil doji batu nisan dan tukul terbalik. Bagi saya , asalkan ada tanduk dan ekor, saya kumpulkan mereka dalam golongan doji. Yang membezakan adalah saiz badan lilin dan juga jarak antara harga tertinggi...
Sambung lagi siri breakout..memang nak bagi habis, tapi tak habis2 pulak. Garisan melintang mungkin nampak mudah, tetapi ianya sangat berkuasa untuk menentukan samada harga hendak naik atau turun. Seperti alat bantu yang lain, garisan melintang bukanlah penentu naik atau turunnya sesuatu harga, tetapi ianya mampu memberikan kita gambaran awal sambil...
Tidak seperti carta-carta lain yang memang mesra pembeli, carta-carta melibatkan sarung tangan berjemaah bersama-sama turun. Tapi hari ini nampak seakan ada pertambahan minat belian untuk geng sarung tangan. Boleh dijadikan senarai lihat minggu hadapan.
Pemangkin cerita semasa atau katalis juga membantu kita dalam membuat pemilihan carta. Istilah yang biasa kita dengar "satu jalan, yang lain pun jalan". Semakin banyak berita positif berkaitan sektor terbabit, semakin aktiflah carta tu. Carta yang naik, pasti ada cerita menarik di belakangnya, kalau bukan sekarang, akan datang pasti muncul !
Bergantung pada minat dan kemahiran kita, mencari signal tidak semestinya ketika carta sedang naik sahaja. Setiap hari akan ada saja signal baru muncul. Kalau market turun, kita cari signal yang sesuai ketika market turun. Begitu juga kalau market secara keseluruhan naik, signal yang dicari sudah semestinya yang naik lah.
Hari ini kita berkongsi lihat bagaimana carta SUPERMAX memulakan trend menaik pada awal Jan 2018 sehinggalah trendnya tamat pda Jul 2018. Memang betul kata orang, berkahwin biar satu. Jaga lah dan belailah dengan peuh kasih sayang. # ade jugak yang berkahwin memang satu, bercinta biar ramai..terpulang..
Fungsi templat di dalam tradingview boleh membantu kita untuk membuat perancangan terbaik. Kita boleh dengan cepat menyesuaikan pelan dagangan mengikut keadaan semasa carta. Sebagai contoh, saya sendiri gunakan 3 jenis templat berbeza untuk carta-carta yang berbeza fasanya. Semoga terhibur.
Jika kita menghadapi kesukaran untuk membuat penyaring yang mantap, salah satu cara terbaik adalah dengan melihat setiap carta-carta yang ada pergerakan menarik. Gunakan bantuan penyaring dari tradingview untuk mempercepatkan senarai lihat. Dari situ, kita boleh lihat secara visual dan mula membuat pengasingan atau kategorikan mengikut teknik-teknik yang kita...
Pada 1 Mac 2019 lepas bersamaan hari jumaat, kita dikejutkan dengan kenaikan harga bagi kebanyakan carta. Pada ketika itu, muncul banyak corak lilin seperti engulfing dan marubozu. Bergantung pada keadaan semasa carta ketika itu, kemunculan 2 jenis corak ini menggambarkan seperti ada minat belian yang menyokong harga dari turun ke bawah lagi. Corak lilin ini...