Memandangkan saya dah mulakan, jadi kena update juga walaupun takda apa2 lagi perkembangan terbaru kecuali harga berhenti sebentar di aras lama.
Kalau tak sempat nak lihat setiap masa, kita boleh aktifkan alert untuk carta FIHB. Ada pelbagai cara, dan saya cuba tunjukkan seringkas yang mungkin.
Pergerakan harga masih perlahan walaupun sudah ada kemasukan volum yang baik. Jangkaan laporan kewangan bagi suku pertama 2020 pada 20hb Nov ke atas.
Dia masuk semula ke kawasan breakout. Mungkin boleh pasang alert untuk tunggu signal entri terbaru.
Menyambung sedikit cerita carta Kerjaya yang pada masa ini masih lagi mendiamkan diri. Aras RM1.30 sebagai signal penembusan terbaru.