PUNCAK , cari peluang dalam ruangKaunter yang berpotensi
1) Kaunter uptrend , keadaan sekarang kemungkinan membuat pullback
2) akan mencari support terdekat 0.515/0.455
3) Jika trendline tidak pecah and rebounce, swing longggg...TP 0.730
4)Volume, dilihat kemasukan volume ... ape yang penting volume in > volume out
Big fish masih dalam kaunter...
Kajian dan pembelajaran sahaja,bukan buycall..
mattop90
Di Luar Analisis Teknikal
PUMP AND DUMPpump and dump, P&D ni adalah kenaikan harga palsu yang melampau lampau yang bersifat sementara. Aktiviti p&d biasa berlaku kat kaunter2 small cap, kaunter rugi, kaunter tiada fundamental. Tapi kaunter2 mahal pun tak terkecuali. Asalkan boleh buat duit.
.
.
Kenapa p&d ni berlaku? Sebab duit lah.
.
Bayangkan dalam masa 2 3 bulan harga naik daripada bawah 10sen super penny ke harga puluh puluh sen. Dah berapa ribu persen untung? Bayangkan sindiket letak modal 5 juta, push kejap je boleh profit sampai 30juta. Ingat game p&d ni game cikai2 ka?
.
Jadi siapa yang menjadi dalang disebalik permainan kejam pump and dump ini?
- Boleh jadi game seseorang individu yang kaya, atau satu team sindiket, atau syarikat itu sendiri. Macam macam gelaran. Jerung, cik cindy, market maker,smart money. Niat depa satu je, gandakan duit depa kat market. Bukan gandakan duit anda. Bukan nak tolong anda mencari financial freedom. Kita semua ni hanya bidak dalam percaturan mereka.
.
-
.
Jadi macam mana modus operandi / SOP pum and dump ni?
Prelude-
Biasanya mereka akan kumpul dulu saham diam2 pada harga termurah dengan banyak. Fasa ni tiada siapa perasan sebab ia boleh berlaku dalam tempoh masa yang panjang. Mereka mengamalkan prinsip buy low sell high. Bila kapal tongkang dah penuh, baru boleh jalan.
.
fasa 1 - Sesi tabur dedak.
.
- Pada fasa ini, news dan rumours bersifat positif akan mula di kompang kat berita, blog saham, telegram, whatsapp, website sembang saham, surat khabar. Dalam fasa ini, anda boleh la dengar
- “syarikat XYZ MOU 1billiun dengan syarikat negara gohed gostan”
- “syarikat XYZ nak buat kilang buat sarung getah kaki”
- “siapa yang akan dapat tender kerajaan 2.6 billiun ini?”
- “stock ni undervalue kaw2, jangan cakap abang tak payung”
- “XYZ building up volume/stay tune/ huat huah limit up ni!/ panic buying now!! “
Fasa 2 – kenaikan harga saham
.
- Dalam fasa ini, harga akan meroket laju. Newbies yang dah dengar news/rumours tadi akan kelam kabut kejar harga. Geng yang follow teknikal analisis pun akan triggered juga pasal semua indicator akan memberi signal bullish. Fasa ni boleh bertahan sampai cik cindy dah kekenyangan. Anda yang baru masuk market tiba2 untung 100% seminggu, tak kan tak berkepak jalan kan? Mudahnya menyaham. Asal modal 1000 ringgit dah jadi ribu2. Letak 10k boleh jadi 100k macam ni. Money management takda dah time ni. Yang ada cerita “kalau”. Jual tanah teruslah. All in duit VSS. Pinjam duit mak bapak. Collect duit sedara mara sahabat handai.
Fasa 3 – penjualan
.
- Biasa kalau dah naik pacak sangat, turun pun pacak juga. Tapi kita panggil manja sikit fasa ni, fasa “temporary profit taking”. Normal lah harga dah naik mesti turun. Dia selang seli naik turun katanya. Ini semua penjualan weak holders katanya. Dapat project berbillion takkan tak leh sampai TP singgit? Ini semua adalah part of the game. Cik cindy dia bukannya jual seketul kat atas. Sepanjang perjalanan ke puncak langit ke tujuh tu dia dah dispose sikit sikit pegangan mereka. Average price mereka jauh dibawah neraka ke tujuh dan entry korang kat langit ke tujuh. Sampai level ni, volume pun lemau dah takda sapa nak push. Retailers pi la push sendiri. Kejatuhan tajam ini biasa akan disusuli dengan apa yang kita kata Dead Cat Bounce. Ketika DCB ini berlaku, ramai dah mula pasang harapan harga akan recover balik. Ada yang average down. Jam jam kecemasan camni akan keluar lagi ayat2 manis seperti “ harga dah oversold ni tunggu masa” “harga diskaun ni”. Ini semua adalah sementara. Teknikal rebound.
Fasa 4 – tutup buku
.
- Dalam fasa ini, harga pun meleleh turun secara perlahan lahan tapi pasti. Tiada dah news rumours projek billiyun. Takde angin langsung dah. Senyap sunyi kaunter. Tengok market depth lemau habis. Geng2 cik cindy tengah berhura huray pi joli katak sementara pelabur runcit termenung jauh mengenangkan nasib dan menggunakan teknik analisis harapan. Kalau guna duit tepi ok lagi sangkut. Yang lain tu? Ini semua adalah cobaan..
Kesimpulan.
.
- Kewujudan sindiket adalah perkara yang tidak asing lagi dalam dunia saham. Nampak macam jahat, tapi market memerlukan mereka untuk mencipta volume. Mereka adalah sebahagian daripda ekosistem. Ada jerung baik, ada jerung ganas. Jadi pelabur runcit sekalian yang berada di bawah sekali dalam rantaian ekosistem ini kenalah jadi cerdik juga. Bila mereka jalan, kita ikut tepi. Kawal emosi dan money management. Sampai bila nak kena ngap. Jadikan pengalaman masing2 sebagai iktibar dan pengajaran.
Penat tulis panjang panjang ni, jadi tolong share n like post ini. Hehe😊
Renung renungkan.
Mohamad Ali Fudin (MSTA-UK, CFTe- US)
5 Petua Untuk Pencartaan Yang Lebih CepatBerikut merupakan 5 petua yang boleh mempercepatkan pencartaan anda. Setiap petua dalam idea ini mengandungi kekunci pintas yang mudah: tekan kunci command di Mac atau Ctrl di PC anda. Menguasai kekunci pintas ini akan memudahkan anda memilih beberapa lukisan , membuat edit secara pukal, and meningkatkan proses kajian anda.
1. Pilih beberapa lukisan di sesuatu kawasan dengan menekan kunci command di Mac atau Ctrl di PC, kemudian menarik tetikus di kawasan dipilih. Ini merupakan cara terpantas untuk memilih beberapa lukisan sekaligus. Tekan command/Ctrl dan tarik tetikus anda ke kawasan tertentu.
2. Anda juga boleh memilih beberapa lukisan pada masa yang sama. Untuk bermula, anda boleh menekan kunci command(Mac) atau Ctrl(PC) dan klik pada setiap lukisan satu per satu. Ini berguna jika anda perlu memilih lukisan-lukisan tertentu yang terletak jauh antara satu sama lain di carta.
3. Selepas mempelajari cara memilih beberapa lukisan di carta anda, tahukah anda boleh mengedit mereka secara pukal? Contohnya, anda boleh memilih beberapa lukisan di carta anda dan menukarkan warna setiap lukisan dengan hanya satu klik. Tekan command/Ctrl , pilih setiap lukisan , dan tukar warnanya dalam bar alat terapung yang muncul.
4.Anda boleh menukar lebih daripada warna… Anda juga boleh mengedit ketebalan garisan, sempadan, order visual , warna fon secara pukal. Pilih setiap lukisan menggunakan command/Ctrl dan gunakan bar alat terapung untuk membuat perubahan yang sewajarnya.
5. Kunci command dan Ctrl juga boleh digunakan untuk menduplikasikan sebuah lukisan. Tekan command di Mac atau Ctrl di PC, kemudian menarik lukisan terplih tersebut. Klon yang baru akan muncul.
Kami berharap anda menikmati lima petua ini. Petua ini bertujuan untuk menguasai kekuatan kunci command dan Ctrl. Dengan kekunci pintas ini, anda boleh memilih beberapa lukisan, membuat perubahan pukal, dan menduplikasikan lukisan dengan cepat.
Sila hubungi kami jika anda mempunyai soalan tentang petua ini! Pasukan kami akan membaca komen dan akan cuba membantu anda sebaik boleh. Anda boleh menulis maklum balas dan cadangan anda.
P.S. Kami menggunakan hashtag #TradingViewTips untuk berkongsi petua-petua berguna yang lain tentang platform ini.
WIDAD bolehkah menyamai DATAPRP?Setelah DATAPRP mulai perlahan, WIDAD mulakan kenaikan seperti yang dijangka. Persoalannya bolehkan kenaikannya menyamai DATAPRP sebanyak 1000%. Jika benar maka masih awal kenaikannya. Jika ada peluang boleh naik kapal terbang bersama atau mungkin juga karam bersama. Jaga-jaga risiko tinggi. High risk, high return. Tak tengok dah FA TA, masuk sebab viral je.
DYNACIA kuanter pump & dump?Menurut perkembangan kuanter, kemungkinan akan berlaku spike dalam waktu terdekat. Cuma tak tahu bila. Pedagang harus berhati-hati kerana sejarah kuanter ini banyak berlaku pump and dump. Jika pandai ambil peluang atau kesempatan harus tahu masa untuk keluar.
Kesedihan satu kaunter bernama KANGERharap nye begini la ye..breaking triangle is so so important..kita cuba jadikan 0.08(RBS lama) sebagai super strong support..Qr berubah kepada Mac 2021..mungkin April 2021 merupakan timeframe untuk kaunter ini menyerlah..andai gagal makanya perlu melihat kepada prestasi kewangan selepas everything put in place..Property investment, construction, bamboo(main catalyst) dan foreseeable glove sector(tiada updated news)..
TAYOR
KAJIAN 4: Sektor Telekomunikasi dan Media Cuba Lengkapkan BentukKAJIAN 4:
- Sektor Telekomunikasi dan Media dilihat membentuk cup and handle pattern.
- Harga dilihat beberapa kali retest resistance RM 730.
- Harga berpotensi untuk naik lebih tinggi jika mampu melepasi paras harga yang penting ini iaitu RM 730 yang merupakan 'neckline' dan 'all time high' bagi sektor ini.
Saham berkaitan sektor telekomunikasi dan media di Bursa Malaysia:
- Maxis, Axiata, Digi, TM, Timecom, Astro, Media, OCK, Gpacket, XOX, Star, Redtone, Mediac, Amtel, Sridge, Nexgram, Binacom, Opcom, PUC, Priva, Innity, Sasbadi, Mtouche, MNC, SJC, M3Tech, Sedania, PPG, Ecohlds, Amedia, Rev.
* Cup and handle = Satu bentuk bullish. Kebiasaannya harga akan naik lebih tinggi jika mampu memecahkan neckline cup and handle ini.
* Neckline = Resistance bagi bentuk cup and handle.
* Retest = Harga menyentuh resistance.
------------------------------
DISCLAIMER:
Terma atau istilah 'KAJIAN' yang digunapakai ini merangkumi tentang info, pendidikan dan pembelajaran sahaja. Jadi, ia bukanlah saranan untuk jual dan beli (buycall dan sellcall) sesuatu saham.
KAJIAN 3: DATAPRP Mencatat Keuntungan BesarDATAPRP telah mencipta keuntungan sebanyak 1,015.15% dalam hanya 16 hari sahaja. Pada 15 Februari 2020, harga dibuka pada harga 19 sen dan ditutup pada harga RM 1.84 pada 3 Mac 2020.
Disclaimer: Idea ini hanya bertujuan untuk penggunaan pendidikan sahaja, bukan saranan untuk jual dan beli (buycall & sellcall).
AIRASIA beli tiket awal dapat harga murahAIRASIA bakal menguji rintangan Fib Extension 0.618 disaat vaksin sudah mula diberi kepada rakyat Malaysia. Inilah masa yang sesuai untuk beli dan simpan kuanter AIRASIA kerana semestinya nilai syarikat adalah sangat diskaun seolah-olah beli barang bukan saja dapat barang malah tokei kedai bagi duit lagi, itulah perumpaan yang sesuai untuk AIRASIA. Sebelum Covid-19, harga AIRAISA pernah mencapai sekitar RM4.70 bersamaan lebih 300% keuntungan jika mencapai nilai tersebut. Begitulah bunyi ramai orang berkompang berkenaan kuanter ini. Perlu diingatkan sebelum Covid-19 lagi kuanter ini mengalami downtrend sehinggalah kebetulan terjadinya Covid-19. Tak perlu terburu-buru, kaji dulu masa yang sesuai nak masuk. Untuk jangkamasa panjang sekarang adalah masa yang sesuai. Beli, simpan.
Ada potensi kena goreng?Selamat Datang kepada semua Traders dan Pelabur. Ini ialah kajian atas kertas dan bukan buy call. Komen membina amatlah dialu-alukan.
Sentimen
-Kaunter saing-saing DNEX, Dataprp dan lain-lain.
-Kaunter lain satu per satu naik, boleh perhati rapat, masuk bila ada signal kuat.
Fundamental Analisis
-Kompeni buat digital sekuriti. Masuk pasaran di Indonesia, Singapore, Vietnam dan Philippines. Bisnes modal dia menarik, boleh buka website kompeni. Contoh, PKI, Crypto dan lain-lain.
-Quarter Report negatif (23 Feb), patutla graph turun
-Ada fund besar dalam ini, EPF, Syarikat dari Hongkong dan Singapore.
-FA tak berapa bagus.
Teknikal Analisis
-Tengah retrace atau memang nak downtrend. Sudah BO 2-3 hari lepas.
-MACD downtrend, nak beli tunggu cross-up.
-Sto. RSI tengah turun, in area 40-50%. Area ini selalu rebound, kalau tak rebound, dia akan terus jatuh. Tunggu dan perhati rapat kalau nak masuk.
-Candle pun atas awan Ichimoku , awan pun besar bermaksud support yang kuat.
-Jangka panjang, masih uptrend. Selagi tak break MA20, berkawan dan tunggang trend, jangan tunggang agama.
#TAYOR #Selamatberdagang #ideatrading #silabuatkajiansendiri
Euro,in shaa Allah akan meneruskan kenaikkan ke 52 weekAllahumma Solli ‘Ala Muhammadin Wa ‘Ala Aali Muhammad..Sila di amalkan setiap hari sehari semalam yer!!..
Alhamdulillah,terbuka untuk aku kongsikan sedikit pengalaman trading ini kat korang yer...Sekadar sembang-sembang kedai warong jerk!!!
Semalam aku baru masuk 1 kaunter ni...harga pun boleh tahan jugak ler!!!..
Seperti di dalam chart tersebut...
Telah aku setting chart(trading plan) di atas tu yer mengikut ilmu yang ada nih!!..
So korang tengok lah yer!!!...
Sebenarnya agak tinggi jugak harga yang aku beli ni kerana posisi cut loss aku sangatlah tinggi...
Sebelum aku nak entry memang aku dah ready untuk rugi...
''Dah nama pelabur kan ,memang ada rugi dan untung nya!!..
Yang menyakinkan aku untuk entry bukan di sebabkan chart pattern BO, indi Macd Cross and RSI momentum tu tau!!!
Tetapi yang menyakinkan aku asbab transaksi berlaku pagi itu..
Mybe dalam pukul 11.00 lebih kut aku lihat harga naik turun berlanjutan di dalam kaunter nih....
So aku buat kajian sepatas kilat untuk melihat posisi yang terbaik,,,
Biasanya time-time begini geng-geng Intradays and scalping tengah beraksi...Hit and run...
Sampai lah satu kemuncak dimana pelabur dan jerung2 besar masuk...
Mereka sanggup membeli harga yang diorang jualkan maka harga pun memecahkan resistant (Breakout) yang ada...
Harga terus naik kerana volume bid sell telah di makan oleh jerung-jerung besar...
Jerung mengangkat harga dengan belian yang banyak sehingga bid sell menjadi kurang bilangannya dan memudahkan volume yang kecil di masuki oleh pelabur kecil untuk membantu menaikkan harga tersebut...
Apabila demand pembelian kuat mengatasi penjualan maka harga akan spike terus menerus tanpa ada halangan kecuali ada penjualan yang besar berlaku,baru lah harga akan turun dengan begitu besar...
Untuk TP tu...Aku layan swinger and longterm bro...
Kalau nak shorterm tu korang TP di atas BO week 52 or ikut level masing-masing...
Ini bukan buy call taw!!!...Tapi sekadar berkongsi pengalaman strategi trading plan yang aku ada...
Di dalam chart telah aku spotkan trading plan aku untuk korang belajar dan ambil pengalaman yer!!!..
Apa yang kurang,aku minta maaf yer!!..
Apa yang baik korang ambik,apa yang kurang sesuai jangan kecam plak!!!....
Pesanan :
Sebelum trade buat kajian dulu,
Apabila sudah yakin tetapkan entry dan CL ...
Kira rugi dahulu dari harga entry itu ke CL ...
Dalam Apps adroid ada MYSTOCK..
Korang boleh kira dahulu kerugian yang bakal di terima,
Adakah sanggup atau tidak!!!...
Jika sanggup silakan!!!...
Jika tidak lebih baik jangan trade!!!..
Pilih lah jalan yang selamat bukan membabi buta yer!!!..
Bagi muslim baca doa perlindungan,bismillah dan selawat 3x...
Mohon petunjuk Allah SWT dari apa yang kita rancangkan itu...
Niatkan kerana Allah SWT
Sekiranya baik untukku maka permudahkan, sekiranya tidak maka tunjukkan lah...
Biar hati tenang dan redha dengan pemberian Allah SWT...
Baru tekan butang buy...Begitu juga nak sell biar dalam keadaan tenang jangan terburu-buru...
Semua urusan rezeki itu milik Allah SWT...
Kalau rugi redha,kalau untung syukur...
Wallahu'alam
INIX masih ramai yang menantiAntara kuanter dengan volume tinggi tapi tidak naik adalah INIX. Kuanter ini dikaitkan dengan pembangunan 5G Malaysia dalam sistem simpanan data cloud. Selain itu kuanter ini juga ada berkait tengan vaksin sebelum ini. Asalnya kuanter ini adalah kuanter teknologi fokus pada IT. Bila dah suatu kuanter tu buat macam-macam maka lebih kepada kuanter goreng. Kalau tengok grafnya memang nak plot elliot wave pon tak boleh. Selepas pecahkan segi tiga dengan volume yang tinggi tapi kenaikan yang sedikit INIX dilihat tarik balik sehingga lilin ketiga. Biasanya tarik balik pada lilin kedua dan lilin ketiga hijau dan terus meroket. Walaubagaimanapun volume tertinggi setakat graf yang dilihat menunjukkan pembelian mengtasi penjualan dengan point of control pada harga RM0.325. Masih ramai yang berharap dengan kuanter ini dan operator dilihat tidak mahu bocor sokongan. Pandangan saya jangan simpan lama, cepat naik maka cepatlah turun. Kalau dia naik tak turun-turun tu anggaplah tak ada rezeki, yang mana jarang-jarang berlaku.