Di Luar Analisis Teknikal
Pasaran CRASH - Krisis Kewangan Asia 1998Pernahkah anda terfikir, apakah kesan ketika da selepas Krisis Kewangan Asia 1998 yang menyebabkan market crash atau pasaran merudum dengan teruk pada tahun 1998.
- Berapakah lama durasi krisis kewangan asia?
- Berapakah lama kah Malaysia perlukan untuk memulihkan pasaran BSKL?
- Adakah betul yang diperkatakan menteri-menteri dapat memulihkan dan memberi impak dan sumbangan selepas pasaran crash?
Jika ya, berapa banyak ke BULLISH yang mereka dapat kembalikan, daripada kesan BEARISH sebelum itu?
Jika tidak, mengapa?
Krisis Kewangan Asia memberi impak yang sangat besar terutamanya negara2 di Asia
Mimpi buruk ini bermula pada pertengahan 1997, dengan Baht Thailand, diikuti Peso Filipina dan Ringgit Malaysia.
(Thailand merupakan antara negara EM-Emerging Market yang terbaik dan bangkit selepas kirsis kewangan ini)
Krisis Kewangan Asia berlarutan selama lebih kurang 546 hari atau 17 bulan (1 tahun 5 bulan)
Dan, kejatuhan sebanyak -982 mata ( -76% ) dari 1278 kepada 262
Setiap yang naik akan turun, dan setiap yang turun akan akan (kecuali, jika gagal dipulihkan)
Benarkah Malaysia mengalami zaman BULLISH selepas krisis kewangan 1998?
YA, kerana selepas kejatuhan -76%, market malaysia semakin pulih
tetapi, untuk mengatakan menteri-menteri pada zaman itu, terutama menteri kewangan yang berjaya membawa zaman BULLISH ini?
sukar untuk diperkatakan, terdapat pelbagai pendapat dan pandangan
saya cenderung untuk mengatakan Pasaran Malaysia tidaklah segah sebelum krisis kewangan asia, gagal untuk dipulihkan
YA, naik tetap naik, tetapi, pada kadar yang perlahan
Para pelabur lambat untuk kembali ke Malaysia, ambil masa lama untuk meyakinkan mereka semula
kerana beberapa dasar yang diambil ketika berlakunya krisis kewangan ini
Oleh itu, berapa lamakah masa yang diambil untuk pulih? Jika jatuh dalam 1 tahun 5 bulan , naik pula mengambil masa selama:
" 3132 hari atau 102 bulan ( 8 tahun 6 bulan ++) "
Bagi saya, Malaysia memerlukan masa yang lama untuk bangkit dan menarik pelabur-pelabur masuk semula
BSKL mengambil masa 5-6 x ganda masa untuk dipulihkan dari masa ia CRASH
BSKL mencapai aras terdahulu semula pada awal tahun 2007 (mac 2007), kemudian, mengalami CRASH semula pada akhir tahun 2007 (nov 2007)
Berikutan US Housing Bubble atau US Housing Market Crash yang menyebabkan jatuh semula sebanyak -40%
Kita akan kupas berkenaan krisis ini pada post yang lain
Terima Kasih
Weida rongak berisiWeida adalah salah satu carta bukan pilihan penerbit idea ini namun ingin berkongsi jika ada yang berminat.
Dia sekarang berada fasa uptrend.
Namun kenaikannya tanpa retrace perlu diletakkan perhatian seandainya dia return seperti mana MYEG pernah berbuat begitu ketika dulu.
Gap up yang dibuat juga agak tinggi.
Kemasukan volume tidak memberansangkan namun perhatikan jika keadaan sebaliknya.
Macd/rsi bullish.
Danco pembetulan harga27/9/18 satu kenaikan yang agak tinggi buat danco hampir mencapai 15%.
Harini 28/9/18 dia melakukan retrace ment.
Kenaikan semalam adalah valid diikuti dengan kemasukan volume.
Aras tumpuan sepwrti dalam carta jika dia turun beberapa hari berturut-turut.
Kita lihat dia akan tutup pada paras berapa.
Carta semakin popular - minat pembeli.
ASTRO semakin merosotAstro semakin hilang pasaran penonton dan nampaknya jika keadaan berterusan, saham ini bakal turun lagi ke paras yang lebih rendah. Syarikat ini cuma akan naik jika strategi perniagaannya berubah & target pasaran yang baru. Bagi mereka yang masih memegang saham Astro. Dinasihatkan untuk tukar portfolio ke saham yang lain
Bagaimanakah prestasi MYR (Ringgit Malaysia) pada tahun 2018?Pernahkah anda terfikir, bagaimanakan prestasi MYR (Ringgit Malayia) pada tahun 2018?
Apakah keadaan ekonomi di Malaysia memberangsangkan? Bagaimana perubahan MYR sebelum dan selepas PRU?
Kita akan kupas MYR pada tahun 2018 (sehingga artikel ini dikeluarkan 17/9/2018)
Pertama, dalam forex, currency akan dibandingkan dengan currency negara yang lain
Malaysia tidak mempunyai Index seperti USD, iaitu DXY - U.S. Dollar Index, oleh itu, kita perlu melihat kekuatan MYR dengan semua jenis currency lain yang stable
Dalam perbincangan kali ini, kita akan membandingkan dengan:
1) USD - US Dollar
2) JPY - Japanese Yen (dikenali sebagai safe-haven)
3) SGD - Singapore Dollar
4) THB - Thai Baht
5) IDR - Indonesia Rupiah
* SGD, THB, IDR - sebagai perbandingan mewakili negara jiran kita yang terdekat
Kedua, kita perlu mengetahui bahawa, dalam pair, terdapat pecahan, iaitu numerator (atas) dan denominator (bawah)
xxx/MYR ataupun MYR/xxx
xxx/MYR - menurun menandakan ringgit kuat atau xxx lemah, dan, menaik menandakan ringgit lemah atau xxx kuat
dan sebaliknya
MYR/xxx - menurun menandakan ringgit lemah atau xxx kuat, dan, menaik menandakan ringgit kuat atau xxx lemah
maka, nilai MYR/USD dan USD/MYR juga akan berlainan
contoh pada 17/9/2018, ketika artikel ini ditulis:
MYR/USD = 0.2412
USD/MYR = 4.1360
Ketiga, anda sudah faham point 1 dan 2 di atas?
ok, persoalannya, apabila USD/MYR (4.1360), jatuh, Adakah ini menandakan MYR menguat? Tidak, kita juga perlu memerhatikan USD, kadangkala USD/MYR jatuh kerana USD yang melemah
Sama juga keadaan apabila USD/MYR menaik, tidak menandakan MYR melemah, mungkin USD sendiri yang sedang menguat
Oleh itu, bagaimanakah untuk memastikan dan mengetahui bagaimana keadaan MYR?
(tanpa dipengaruhi oleh media yang berat sebelah, ahli politik yang mementingakan diri dan parti)
Anda boleh sendiri membuat perbandingan itu tanpa dipengaruhi or diperkaburi mata anda
Pertama sekali, dalam membandingkan kekuatan MYR,
kita boleh melihat pada correlation pair MYR, atau, membandingkan pair MYR dengan Pair MYR yang lain
Correlation ialah membandingan matawang berkenaan dengan beberapa matawang yang lain untuk mengukur kekuatan matawang itu sendiri
"Pair Correlation"
Kita akan membandingkan pair berikut: (MYR sebagai numerator untuk memudahkan perbandingan, jika anda mahir, tidak kisah untuk lemah sebagai numberator atau denominator. untuk permulaan, kita letakkan semua disebelah numrator atau atas/kiri)
1) MYR/USD - US (Biru)
2) MYR/JPY - Japan (Oren)
3) MYR/SGD - Singapor (Hijau)
4) MYR/THB - Thai (Ungu)
5) MYR/IDR - Indonesia (Pink)
* Indonesia mengalami masalah kejatuhan matawangyang teruk, matawang jatuh sehingga menghampiri paras seperti kegawatan pada masa dulu. Terdapat juga rumour disebabkan tahun depan adalah tahun election, dan janji-janji yang perlu ditunaikan, atau, keputusan bank pusat, dan lain-lain. Anda perlu mengikuti lebih lanjut berita-berit semasa untuk ekonomi, politik dan perniagaan di indonesia.
Mari kita lihat 3 perbandingan untuk sebelum PRU, selepas PRU, dan keseluruhan tahun 2018 (sehingga 17/9):
1) Sebelum PRU (1/1-8/5)
- MYR/USD = +1.79%
- MYR/JPY = -0.79%
- MYR/SGD = +2.77%
- MYR/THB = +0.78%
- MYR/IDR = +6.02%
*Kesimpulan sebelum PRU, matawang MYR KUAT kerana melemah untuk 1 pair dan menguat untuk 4 pair.
2) Selepas PRU 14 (9/5-17/9)
- MYR/USD = -4.52%
- MYR/JPY = -2.33%
- MYR/SGD = -2.23%
- MYR/THB = -2.92%
- MYR/IDR = +0.94%
* Kesimpulan selepas PRU, matawang MYR LEMAH kerana melemah untuk 4 pair dan menguat untuk 1 pair sahaja.
3) Tahun 2018 (sehingga 17/9/2018)
- MYR/USD = -2.82%
- MYR/JPY = -3.12%
- MYR/SGD = +0.51%
- MYR/THB = -2.11%
- MYR/IDR = +6.99%
* Kesimpulannya, matawang MYR LEMAH kerana melemah untuk 3 pair dan menguat untuk 2 pair.
Boleh dikatakan MYR melemah untuk tahun 2018 kerana Indonesia mengalami masalah dengan matawang mereka pada tahun 2018
Prestasi semasa FBM KLCI pada tahun 2018 (sehingga 14 September)Soalan yang sering tertanya oleh para investor dan trader,
Bagaimanakah prestasi FBM KLCI pada tahun 2018?
Sebelum ini, kita da membincangkan idea mengenai prestasi Bursa Malaysia selepas PRU
kali ini, kita akan membincangkan mengenai prestasi bagi tahun 2018
Oleh kerana Malaysia cuti selepas PRU, maka,kita tandakan perbandingan dan analisis selepas BURSA dibuka semula pada 14 Mei 2018 (Isnin)
* Perbandingan ini bukanlah bersifat dan berunsurkan politik, hanya untuk melihat keadaan pasaran Malaysia selepas PRU sahaja
Pertama, kita akan membandingkan dengan 2 pasaran yang mempunyai correlation terdekat dengan KLCI
DJI (US) dan Nikkei (Jepun)
Menagapa?
1) correlation berbanding pasaran lain
2) leader bagi Dunia dan Asia-Pacific
Berdasarkan pemerhatian, kita dapat lihat:
- Kenaikan tertinggi +6.33%
- Kejatuhan terendah -6.73%
- Peratusan semasa +1.18% (menghampiri atau hampir dengan Nikkei)
Apakah pendakat anda, adakah bursa mampu memecahkan paras tertinggi?
Prestasi FBM KLCI selepas PRU 14Pernahkah anda terfikir, bagaimanakah prestasi FBM KLCI selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Malaysia ke-14 pada 9 Mei 2018 (Rabu)?
Oleh kerana Malaysia cuti selepas PRU, maka,kita mulakan perbandingan dan analisis selepas BURSA dibuka semula pada 14 Mei 2018 (Isnin)
* Perbandingan ini bukanlah bersifat politik, hanya untuk melihat kekuatan pasaran Malaysia selepas PRU
Kita akan membuat beberapa perbandingan,
mencari persamaan dan correlation diantara KLCI dan Indeks-indeks utama yang lain
1) KLCI (Kuala Lumpur COmposite Index, Malaysia) - Biru
2) DJI (Dow Jones Index, US) - Merah
3) NI225 (Nikkei 225, Jepun) - Oren
4) HSI (Hang Seng Index, Hong Kong) - Hijau
5) XLY0 (Shanghai Composite, China) - Pink
DJI atau pasaran US mewakili indeks utama dan rujukan bagi Market seluruh dunia
Manakala, yang lain pula akan mewakili leader Market di Asia-Pacific, iaitu pasaran Jepun, Hong Kong dan China
Jika dilihat dengan lebih lanjut:
- KLCI lebih cenderung untuk mengikuti atau correlation dengan DJI dan Nikkei
- Pasaran kita sentiasa melemah dan tidak pulih selepas dari PRU, hanya meningkat naik pada minggu pertama (+0.49%) dan peningkatan ini adalah paling tinggi sejak bulan Mei. Ini adalah kerana aliran keluar duit oleh investor/trader dari luar negara selama beberapa minggu dan bulan (boleh dikatakan sehingga sekarang masih belum stabil dan pulih sepenuhnya)
- Pasaran menglami kejatuhan teruk sehingga -10.09%, dan cuba untuk pulih dan mendaki sehingga kini
- Kini, pasaran kita masih berada pada -2.52%. Semoga KLCI akan mengikuti Nikkei (+1.00%) dan DJI (+5.04%), atau dengan memecahkan paras tertinggi KLCI
Myeg menunggu tempat sasaranMyeg terbaik setakat ini dengan melakukan kenaikan yang valid dengan kemasukan volume.
Bersedia menunggu jika ia terus melakukan sedikit lagi retrcement untuk sauk berjemaah.
Myeg antara syarikat yang mantap dari segi urus tadbir perniagaan.
Selamat mengkaji dan berdagang.
Weida kenaikan drastikDengan volume yang agak tinggi boleh dikatakan kenaikan yang normally setelah berlakunya distribution di atas carta.Apa yang menarik historynya ia telah melakukan tripple bottom yang amat dalam bagi traders mencuba nasib.Garisan moving average 50 kemungkinan akan brsilang kembali dengan 100.Nantikan.Tiada cadangan entri disebabkn permulaan gap up yang menyebabkan buyer berhati-hati lagi.
Silver bertukar jadi SuasaDengan kemasukan volume yang tinggi sebelum ni dapat kita meramalkan kaunter ini telah mula mnunjukkan minat belian dari pedagang.Sedikit cadangan untuk pembelian.Cloud menunjukkan penurunan namun pembentukan lilin doji dapat disimpulkan minat masih teragak- agak lebih-lebih lagi bila bursa cuti am.
Amerika Sekat Beli Minyak Iran, Sejarah 2012 berulangPentadbiran Trump mengumumkan sesiapa yang membeli minyak dari Iran bermula awal November nanti akan dikenakan sekatan ekonomi. Ini bermaksud akan berlaku kekurangan supply dan beri tekanan kearah kenaikan harga. Harga minyak US mungkin sampai ke paras 80 atau 90 USD setong.Ini analisa jangka pendek.
Pembeli minyak terbesar Iran menurut data pada 2011 ialah China, European Union, Jepun dan India. Sekatan dikenakan kepada sesiapa yang membeli minyak Iran ketika itu kerana Iran dikatakan sedang membuat senjata Nuklear. Kemudian Amerika memberi kelonggaran kepada EU, Jepun dan India, kecuali China. Selepas kelonggaran atau waiver diberikan, harga minyak yang dijangka naik ke paras 150 ketika itu, mula turun.
Kami jangkakan perkara serupa akan berulang, kelonggaran akan diberikan kepada negra-negara besar tersebut kecuali China. Jika ini berlaku, maka bersedialah untuk menjual Oil.
Kami berpendapat Amerika sedang menggunakan kuasa politiknya untuk menekan negara-negara pengguna minyak ini membeli minyak dari Amerika. Pengeluaran Minyak Amerika dijangka meningkat di masa hadapan. Sekiranya ada berita tentang China atau eropah membeli minyak dari Amerika, maka harga minyak boleh turun.
Faham kan betul-betul, untuk jangka singkat, harga minyak boleh naik lebih tinggi lagi tapi untuk jangkapanjang, kami jangkakan harga minyak akan turun.
Kami akan berada di Traders Fair Hotel Intercontinental pada Sabtu ini. Jumpa disana.