3 tip untuk membina satu set minda profesional 🎯Hai Semua! 👋
Hari ini, kami akan bercakap mengenai pembinaan satu set minda profesional. Walaupun topik ini sudahpun menjadi subjek untuk pelbagai buku-buku dan sastera perdagangan selama bertahun-tahun, kami fikir ia adalah menarik untuk mengambil beberapa bahagian paling penting untuk komuniti TradingView. Mari kita bermula!
1.) Mula berfikir dalam Kebarangkalian 🔢
Mari kita lihat dengan pantas kepada satu daripada konsep-konsep paling penting di dalam Dagangan dan di dalam kehidupan: Nilai Jangkaan.
Nilai Jangkaan adalah hanya satu nombor yang menunjukkan, berdasarkan pada kebarangkalian, nilai apabila melakukan sesuatu tindakan. Ia boleh menjadi positif atau negatif. Bolehkah dagangan ini menghasilkan wang? Patutkah saya menukar kerjaya? Patutkan saya mengahwini pasangan saya? Semuanya akan pergi kepada Nilai Jangkaan. Sekarang - Apakah yang membuat Nilai Jangkaan? 2 perkara: %Nisbah Bat dan Menang/Kalah.
Nisbah Bat adalah peratusan kemenangan lawan hasil keseluruhan. Menang/Kalah adalah saiz kemenangan purata dibahagikan kepada saiz kekalahan purata. Apakah peluang perkara ini akan terjadi? Sebesar mana kemenangan? Sebesar mana kekalahan? Apabila anda menggabungkan nombor-nombor ini, anda akan dapat memahami dengan lebih jelas samada ia masuk akal atau tidak untuk melakukan sesuatu tindakan.
Katakan sebagai contoh, bahawa satu idea dagangan tertentu mempunyai 50% peluang untuk menjadi. Satu kemenangan akan memberikan anda $2, manakala satu kekalahan akan merugikan anda $1. Patutkah anda mengambil dagangan itu?
Jom kita cuba. Di dalam contoh ini, anda mengambil dagangan ini 100 kali. 50 kali, anda menang $2, dan 50 kali anda rugi $1. Anda akan berakhir dengan satu jumlah keuntungan sebanyak $50! ((50x2)-(50x1)). Sudah jelas bahawa dagangan ini mempunyai nilai dijangka yang positif! Jadi, walaupun jika anda mengambil dagangan dan berakhir dengan satu kekalahan, anda masih membuat satu keputusan yang tepat, jika anda melihat daripada satu pendirian Nilai Jangkaan .
Kesulitan dengan menggunakan Nilai Jangkaan adalah Nisbah Bat dan Menang/Kalah adalah bukan nombor tepat. Mereka adalah anggaran. Jadi, membina satu perasaan bahawa kemungkinan sesuatu akan terjadi, dan membina satu pemahaman untuk amplitud kemenangan dan kekalahan adalah satu kemahiran untuk dibina samada untuk berdagang dan kehidupan. Satu jalan mudah untuk menentukur antena anda untuk ini adalah hanya dengan membuat satu nota apa yang anda jangkakan akan terjadi di dalam jurnal dagangan anda. Selepas anda melakukan banyak pengulangan secara berterusan, keupayaan anda untuk meneka hasil yang akan terjadi akan bertambah baik.
2.) Kesedaran diri 😵💫
Di dalam dagangan, perlakuan semua peserta-peserta pasaran adalah didorong oleh 2 ketakutan: ketakutan terlepas peluang dan ketakutan kerugian . Dalam kata lain, ketakutan dan ketamakan. Bergantung kepada keadaan otak dan pengalaman hidup anda, berkemungkinan salah satu daripada ketakutan-ketakutan ini akan memberikan impak kepada anda lebih kuat dari yang lain.
Cuba fikirkan senario berikut: Anda membuat satu dagangan, dan posisi itu mula bergerak mengikut arah yang anda mahukan. Aset itu kemudiannya mula bergerak ke sisi. Mari kita meneliti dua jalan pergerakan ini boleh pergi:
a - anda menutup posisi anda. Kemudian aset itu mula bergerak sekali lagi ke arah yang anda mahukan, harga kemudian naik tiga kali ganda. Anda terlepas pergerakan ini, kerana sekarang anda telah keluar dari posisi anda untuk satu keuntungan yang kecil.
b - anda tidak keluar dari posisi, dan aset itu berundur semula kepada titik renti rugi anda, dan anda mengambil satu kerugian pada dagangan.
Yang manakah di antara senario-senario ini lebih menyakitkan kepada anda? Tiada jawapan yang *betul* atau *salah*, tetapi ia adalah penting untuk mengetahui ketakutan manakah yang lebih kuat memberikan kesan kepada keadaan membuat keputusan di dalam otak anda. Jika anda mendapati anda adalah lebih cenderung kepada FOMO, cuba cari satu strategi di mana anda boleh memeras sebanyak mungkin keuntungan untuk satu dagangan yang berjaya. Jika anda lebih cenderung kepada ketakutan mengalami kerugian, cuba cari satu strategi di mana kemungkinan untuk mengambil kerugian besar atau konsisten itu paling kurang terjadi.
3.) Kebolehgunaan strategi adalah sangat penting ✅
Tip ini merujuk kembali kepada tip terakhir mengenai kesedaran diri, dan ia benar-benar menekankan mengenai kepentingan konsistensi dalam berinteraksi dengan pasaran.
Apabila anda berinteraksi dengan pasaran, mempunyai satu pelan dagangan yang ditulis dan difahami sepenuhnya adalah kunci kepada kejayaan. Dana lindung nilai terbesar dan paling elit di dunia mempunyai mandat pelaburan yang ditakrifkan dengan jelas, amalan terbaik dan pelan perniagaan. Kenapa anda fikir anda tidak memerlukan satu pelan?
Berkenaan itu, bukan semua pelan-pelan dagangan adalah dicipta serupa, dan walaupun pelan-pelan yang disusun rapi terbaik...dll.
Apabila mereka satu pelan dagangan, banyak pedagang-pedagang baru atau pertengahan menfokuskan sepenuhnya kepada aspek membuat duit. Seperti, 'strategi apakah yang boleh memberikan saya keuntungan paling tinggi pada satu jangka masa yang ditentukan.' Bagaimana saya mendapat kelebihan? Biasanya ujian belakang, penyelidikan asas, visi, dan lain-lain memainkan satu peranan di dalam membantu menjelaskan kriteria untuk satu strategi yang menguntungkan.
Akan tetapi, pedagang-pedagang mahir mengetahui bahawa ada sesuatu yang lebih penting daripada mentakrifkan kelebihan anda; memastikan konsistensi .
Sebagai contoh, katakan anda telah mendapat satu strategi dagangan yang sempurna yang sepatutnya, dalam teori, di masa hadapan, membenarkan anda berdagang dengan sangat efisyen. Pelan itu memaparkan satu set kriteria yang sempurna untuk membeli kawasan terendah dalam pasaran, dan menjual di kawasan tertinggi pasaran. Untuk orang-orang baru, ini adalah cawan suci. Akan tetapi, hanya kerana anda *memahami* satu strategi tidak bermaksud anda mampu *melaksanakan* strategi.
Anda boleh menguji strategi sempurna ini di dunia nyata, dan jika anda tidak mempu melaksanakan set peraturan yang anda telah bentangkan untuk diri anda di dalam masa kejadian disebabkan oleh keadaan psikologi anda, ia adalah tidak bermakna sebanyak mana pun kelebihan yang strategi itu ada. Anda tidak boleh melaksanakannya.
Jadi, mencari satu strategi yang anda boleh mendorong diri anda melakukannya dengan konsisten, tidak kira apa yang terjadi di dalam pasaran, ia adalah tersangat penting.
Di dalam terma nilai jangkaan dan kesedaran diri, mempunyai satu strategi yang 30% efisyen tetapi anda boleh melaksanakan dengan 100% kepastian adalah lebih berharga daripada satu strategi yang 70% efisyen yang anda hanya boleh laksanakan dengan tepat hanya 40% pada satu-satu masa.
Tidak menjadi tertekan daripada satu kerugian adalah satu kekuatan sebenar. Reka untuk mencegah kesilapan, bukan kerugian.
-
Apapun, terima kasih sekali lagi kerana membaca, dan selamat berhujung minggu! Beritahu kami dengan satu komen di bawah jika anda telah mempelajari apa-apa, dan kami akan mempertimbangkan untuk melakukan satu siri penuh mengenai psikologi dagangan gunaan.
Selamat!
- Pasukan TradingView
Di Luar Analisis Teknikal
HEXTAR: Lengkung ParabolikHextar Global Berhad dilihat bergerak dalam trend menaik sejak beberapa bulan dagangan yang lalu
Namun, beberapa minggu dagangan yang lalu pergerakan harga dilihat membentuk lengkung parabolik
Pembentukan lengkung ini kebiasaannya menunjukkan kesediaan harga untuk melakukan pembetulan
Jika diperhatikan RSI mingguan, momentum juga dilihat semakin berkurang daripada minggu ke minggu
Harga walaubagaimanapun dilihat masih lagi belum memecahkan sokongan saluran menaik
Sudahkah kaunter ini kehilangan momentum ataupun akan hadirnya pemangkin untuk menolak kenaikan harga?
Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima Kasih!
TSH: Mampukah Meneruskan Kenaikan?TSH Resources Bhd. dilihat baru sahaja memecahkan harga 52 minggu tertinggi pada dua hari dagangan yang lalu
Volum ketika harga membuat kenaikan melepasi rintangan dilihat tinggi berbanding volum purata dagangan harian
Walaubagaimanapun terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira sekiranya gambaran secara menyeluruh diambil kira
Petunjuk RSI harian dilihat semakin rendah berbanding tinggi yang terdahulu, menbentuk 'bearish divergence' yang kebiasaannya merupakan isyarat kelemahan dalam pergerakan harga
Volum secara amnya juga dilihat semakin berkurang jika dibandingkan dengan tinggi yang terdahulu. Satu lagi petanda kelemahan
Walaubagaimanapun, adalah menarik sekiranya harga dapat bertahan di kawasan RBS dengan volum rendah
Sekiranya terdapat minat belian yang kuat, juga tidak mustahil 'divergence' akan terbatal
Pergerakan secara jangka masa lebih panjang dilihat masih cenderung dalam trend menaik
Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima Kasih!
MSC: Mampukah Meneruskan Kenaikan?Malaysia Smelting Corporation dilihat baharu sahaja memecahkan pangsi (pivot) beberapa hari dagangan lalu
Harga dilihat bergerak mendatar mematuhi sokongan dan rintangan membentuk 'VCP' corak carta segi tiga
Lilin ketika berlakunya 'breakout' dilihat membentuk marubozu dengan kehadiran volum
Walaubagaimanapun, volum pada hari berikutnya dilihat agak tinggi namun masih di bawah volum 'breakout'
Pergerakan harga dilihat disokong oleh MA20 dan MA50 sebagai sokongan dinamik terdekat
Ke mana halatuju sebenarnya? Sama-sama kita perhatikan
Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima Kasih!
FGV: Memecahkan Pangsi (Pivot)FGV Holdings Berhad dilihat bergerak mendatar sejak beberapa hari yang lalu mematuhi sokongan dan rintangan
Beberapa hari yang sebelum ini pergerakan harga dilihat kurang rancak (tight price action) dan membentuk pangsi
Volum penyertaan juga semakin berkurang tatkala harga mendekati sokongan menunjukkan kurangnya minat jualan
Terkini harga dilihat memecahkan rintangan dengan volum yang lebih tinggi daripada volum purata harian
Petunjuk RSI juga dilihat berada di atas tahap 50 menunjukkan kehadiran momentum
MA20 dan MA50 dilihat bertindak sebagai sokongan dinamik terdekat menyokong pergerakan harga
Menarik untuk diperhatikan
Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima Kasih!
Bagaimana mencari penganalisa yang tepat di TradingViewHai semua! 👋
Minggu lepas, kami telah menyiarkan satu siaran mengenai beberapa penulis-penulis yang semakin dikenali di platform kami, yang telah mencetuskan banyak maklum balas yang bagus daripada komuniti. Dan, sementara kami merancang untuk mengeluarkan senarai “kompilasi” itu secara bulanan pada masa hadapan, kami fikir ia adalah bagus untuk menonjolkan beberapa cara anda boleh mencari penulis-penulis yang berwawasan / berkemahiran yang berdagang perkara yang sama dengan anda.
Jom kita mula.
Langkah 1 : Buka satu carta apa-apa yang anda mahu dagangkan.
Ini boleh jadi mana-mana aset, pada mana-mana rangka masa lebih tinggi daripada 15 minit - kami tidak membenarkan sesiapa untuk menyiarkan apa-apa pada rangka masa lebih rendah daripada 15 minit.
Langkah 2 : Aktifkan Idea Terlihat Komuniti
Pergi ke rel kanan, dan pastikan anda telah memilih tab strim idea. Ini adalah ikon mentol lampu bergoncang. Dari menu ini, pilih mentol lampu di bahagian atas. Ini akan menjadikan semua idea-idea yang diterbitkan untuk simbol anda dan rangka masa untuk muncul pada carta anda! Jika anda tidak melihat apa-apa, cuba pergi kepada satu simbol yang lebih 'biasa' atau rangka masa. Periksa carta harian untuk AAPL atau BTCUSD.
Langkah 3 : Siapakah yang mendapat kedudukan atas atau bawah?
Dengan tafsiran visual untuk callouts idea panjang dan singkat, ia sepatutnya mudah untuk mencari siapakah yang telah melakukan kerja dengan baik dalam meramalkan apa yang akan terjadi seterusnya. Siapakah yang pertama ke larian besar? Siapakah yang betul dalam mengambil sedikit keuntungan?
Sebaik sahaja anda menjumpai seseorang yang kelihatan melakukan satu kerja yang bagus untuk ini, ia adalah sangat penting untuk melihat bagaimana idea-idea mereka yang lain telah terjadi! Pastikan anda pergi ke profil mereka dan lihat jika kebanyakan idea-idea mereka adalah tepat, atau jika mereka berjaya menjumpai satu juara yang sebenar.
Langkah 4 : Ikuti mereka!
Ini adalah satu cara yang mudah untuk membina satu aliran informasi berkualiti tinggi, dan menyangga proses penjanaan idea anda. Walaupun jika mereka tidak melakukan satu kerja yang bagus dalam mendagangkan idea mereka, masih ada kelebihan di dalamnya untuk seseorang yang mempunyai latihan dagangan yang bagus. Satu strim ikutan dipilih susun secara teliti boleh menjadi satu sumber alfa yang ketara!
Bonus Langkah 5 : Bersihkan strim idea anda.
Satu perkara yang anda juga boleh lakukan adalah menghadkan idea-idea terlihat pada carta anda kepada orang yang anda ikuti. Ini akan menjadikan keseluruhannya jelas jika seseorang yang anda ikuti adalah selalu melakukan kesalahan. Jika sebegini, anda boleh membuang mereka dengan mudah dari suapan janaan idea anda dengan tidak mengikuti mereka lagi. Jadikan suapan idea bekerja untuk anda, dan bukan menyerabutkan anda!
-Pasukan TradingView
Teknik Untuk Mendapatkan Harga Yang Lebih Baik 🎯Hai semua! 👋
Kami telah menerbitkan satu idea mengenai tiga jenis pesanan utama yang digunakan oleh peserta-peserta pasaran. Pesanan pasaran, Pesanan had dan Pesanan renti.
Minggu ini, kami merasakan kami perlu menambahkannya lagi, dan berbincang mengenai teknik-teknik yang pedagang-pedagang profesional gunakan untuk mendapatkan harga yang lebih baik, menggunakan tiga jenis pesanan. 🎯
Teknik 1: Gunakan pesanan Limit-Thru selain dari pesanan Pasaran 📈
Ini adalah satu teknik popular dikalangan pedagang-pedagang di dalam hampir semua keadaan. Jika anda melihat kepada "ambil” kecairan (anda adalah pihak agresif di dalam dagangan), menggunakan satu pesanan Limit-thru adalah sentiasa menjadi pilihan yang lebih baik daripada menggunakan pesanan Pasaran. Pesanan Limit-thru adalah dinamakan sebegitu kerana mereka adalah pesanan Had - “Saya mahu membeli saham pada harga ini dan bukan di bawah” - tetapi harga yang dinyatakan adalah di atas tawaran terbaik.
Sebagai contoh, mari kita lihat kepada AAPL sekali lagi. Katakan saham adalah dibida pada harga $175.01 dah ditawarkan pada harga $175.03. Satu pesanan belian Limit-thru boleh diletakkan pada harga $175.05. Satu pesanan Had seperti ini adalah “menerusi” harga tawaran terbaik, dan adalah “boleh dipasarkan”.
Sebab kenapa pesanan Limit-thru adalah lebih baik daripada pesanan pasaran adalah kerana struktur mikro pasaran.
Jika anda meletakkan pesanan Limit-thru seperti yang dijelaskan di atas, kemudian pesanan anda mungkin tidak dapat diisi semuanya, tetapi anda tidak perlu membayar terlebih banyak dari apa yang anda jangkakan. Dengan satu pesanan pasaran, pembuat pasaran mungkin akan mengisikan 100 saham pertama anda, dan kemudiannya menaikkan tawaran pada pertukaran lain di mana anda akan mendapat semua saham yang anda mahukan.
Pertukaran BATS adalah lebih dekat kepada Manhattan daripada pusat data NY4, yang menempatkan banyak pelayan-pelayan pertukaran yang lebih besar. Ini bermakna pesanan anda mungkin mengenai BATS sebelum pertukaran-pertukaran lain. Jika satu pembuat pasaran mengetahui adanya minat belian di dalam sesuatu, mereka akan mengambil 100 saham pertama untuk sesuatu, kemudian menghantar pesanan anda yang lain kepada pertukaran-pertukaran lain yang mempunyai lebih kecairan dan berpotensi untuk menaikkan tawaran mereka, menyebabkan anda mendapat harga yang lebih buruk.
Ini tidak selalunya terjadi, tetapi keadaan pasaran ditetapkan untuk membenarkan kejadian seperti ini berlaku. Professional akan menggunakan pesanan Limit-thru (dimana harga pesanan adalah tawaran+-0.02c, sebagai contoh) untuk mengetepikan isu-isu ini. Perkara yang sama terjadi apabila menyongsangkan untuk menjual aset.
Teknik 2: Jalankan pesanan anda. 💪
Fakta Menarik: Buku Pesanan yang anda lihat mungkin bukannya Buku Pesanan sebenar. Ianya benar!
Apabila bercakap mengenai pasaran untuk mana-mana ekuiti, ada dua jenis pesanan had: pesanan "Lit" dan pesanan "Dark". Apabila melihat kepada kedalaman pasaran, anda hanya melihat sebahagian sahaja daripada keseluruhan!
Kadang-kadang, akan ada pesanan tersembunyi di antara harga yang anda mahukan dan harga yang ditunjukkan. Dengan meletakkan pesanan anda di antara spread, ia adalah boleh untuk anda mendapat harga yang lebih baik daripada yang anda mungkin dapat daripada pesanan dark / pegs / dll.
Tambahan kepada ini, jika anda meletakkan pesanan anda di antara spread, pesanan anda menjadi harga terbaik yang baru pada bahagian anda. Ini akan menggalakkan seseorang untuk mengambil bahagian berlawanan pada dagangan untuk datang dan menjumpai anda di mana anda berada. Ini adalah benar di dalam pasaran opsyen di mana spread selalunya lebar dan bergerak perlahan. Menjalankan pesanan anda (meletakkannya, dan menggerakkannya ke sana sini) akan hampir pasti mendapatkan pesanan anda untuk terisi daripada menekan harga terbaik dipaparkan pada dagangan sebaliknya.
Pastikan anda tidak terlepas aksi semasa menunggu pesanan diisi!
Teknik 3: Mengambil peluang pada Buku Pesanan. 🧾
Ia adalah jarang terjadi, tetapi kadang-kadang pemain pasaran yang kurang terlatih akan "menunjukkan tangan mereka" di dalam pasaran. Ini selalunya melibatkan satu pesanan had lit yang besar yang terjojol keluar seperti tunggul di dalam buku pesanan. Jika orang ini memulakan isyarat agresif, anda mungkin mampu mendapatkan satu harga yang menarik pada aset yang anda mahukan.
Sebagai contoh: Katakan anda mahu membeli beberapa saham AAPL, dan anda melihat buku pesanan (kedalaman pasaran). Dari sini, anda boleh melihat satu pesanan had yang besar yang menggerakkan harganya turun dan turun di dalam usaha untuk menjadikannya diisi. Tekanan jualan yang ketara ini boleh membawa kepada satu pergerakan harga ketara disebabkan penggerak pasaran menjalankan semua kecairan yang paus ini sedang mencari. Ini akan berterusan untuk beberapa ketika sehinggalah paus ini dapat menjual. Apabila ini berlaku, saham ini besar kemungkinan telah menjumpai satu kawasan permintaan, yang mungkin satu harga yang lebih bagus daripada yang anda jangkakan apabila anda melihat kepada buku pesanan. Kesimpulannya, ia adalah berbaloi untuk mengambil kesempatan ke atas situasi ini jika anda melihat mereka sebelum menghantar pesanan.
Itu sahaja! Beberapa petua dan helah untuk mendapatkan harga yang lebih baik menggunakan pesanan dan buku pesanan.
-Pasukan TradingView 💘
Jika anda terlepas, ini adalah idea permulaannya:
Selamat Datang FFBFarm Fresh merupakan kaunter yang dinantikan para pelabur di Malaysia.
Gaduh pendapat sana sini memeriahkan lagi suasana penyenaraian FFB. Pelbagai teori dan pendapat diutarakan berkaitan syarikat ini.
Apapun, harini buka 1.70. Jadikan sebagai aras sokongan.
Tak tahu nak lukis apa untuk FFN ni, nanti la aku update.
HAHA.
TAYOR.
Bagaimana Untuk Mencari Saham Baru Untuk DidagangkanHai Semua! 👋
Pernahkah anda merasa penat melihat pada ticker yang sama? Berminat untuk mempelajari sektor-sektor berlainan di dalam ekonomi? Mahu membesarkan bilangan aset yang anda dagangkan?
Periksa Sparks kami.
Kami mencipta Sparks untuk memberi inspirasi dengan cepat kepada anda untuk menggali lebih dalam, untuk mencari peluang-peluang baru dan menarik di dalam pasaran. Sparks adalah senarai amatan yang dibina sepanjang tema-tema menarik.
Di sini ada beberapa contoh:
Saham AI : Apabila anda mahu bertaruh kepada kebangkitan mesin 🤖
Saham Legasi : Syarikat-syarikat yang telah dipegang oleh satu keluarga yang sama untuk beberapa generasi ⌛
Industri Mati : Seseorang harus membuat duit pada keranda, kan? 💀
Saham Angkasa Lepas : Apabila anda mahu portfolio anda berlepas ke kosong G. 🚀
-Pasukan TradingView
Penarafan Penganalisa - paparan terbaruTerperasan sebentar tadi. Tiada sebarang link menunjukkan dari mana data diambil. Mungkin masih baru dan selalunya tradingview akan buat lagi penambahbaikan.
Saya juga terangkan sedikit kemaskini terbaru script PRICEVOLUME. Cuma dalam video ini, saya lupa nak terangkan yang maklumat kewangan hanya muncul pada chart kategori stock sahaja.
Cheetah - 3 askar putihHarga telah lepasi fasa oversold dan sekarang minat belian mula rancak
Macd telah bersilang ke atas
harga telah cuba mencari dan memorong harga-harga sebelumnya.HL.
Jangkaan harga akan cuba tutup gap-gap yang ada diatas.
Resistance yang cuba dipecahkan 0.165/0.170.Setan banyak disini.
consumer produkcovid 19 dah nak berakhir tau x apa jadi selepas ni bila satu2 pandemik yang terjadi berakhir dan bencana alam pulak yang datang seperti banjir gempa bumi dan lain2..bila terjadi nye fenomena alam ni..keprluan makanan akan terjejas..akan ramai pulak rakyat yang miskin akan kelaparan..kenapa miskin kelaparan? sbb yg miskin dah xde duit nak beli makann..kerana supply makann terjejas oleh sebab bencana alam ni. jadi bila supply makann terjejas menyebabkan demand naik..dan harga brg makann akan naik. sbb tu yang miskin x mmpu nak beli makanan..akan terjadi ramai org akan mati kebuluran..semue bnda spply chain..brg2 komiditi akan jadi mahal..nampak tak tanda2 tu skg,,
teknologi pnyimpanan data dan elektronik konsumerKumpulan kekal positif terhadap prospek bagi Tahun 2022 walaupun menghadapi cabaran berterusan secara keseluruhan
ekonomi makro, seperti ancaman Covid-19 varian Omicron, gangguan rantaian bekalan, turun naik AS
Dolar berbanding Ringgit Malaysia dan perang perdagangan A.S. - China yang sedang berlangsung.
Dengan kebangkitan kes jangkitan Covid-19 Omicron di seluruh negara baru-baru ini, kami terus mematuhi
dengan Prosedur Operasi Standard Covid-19 kami dan melaksanakan langkah berjaga-jaga yang diperlukan dalam
kilang pembuatan kami untuk memastikan keselamatan semua pekerja dan untuk mengurangkan sebarang gangguan operasi selanjutnya.
Di samping mengambil semua langkah yang perlu untuk meningkatkan kecekapan pengeluaran, Kumpulan meneruskannya
pendirian berhemat dalam memantau dan mengurus kos dalaman dengan cara yang ketat. Pada masa yang sama, Kumpulan
kekal didorong untuk mencapai pertumbuhan yang menguntungkan dengan meneruskan penerokaan peluang perniagaan baharu, termasuk
menerokai pengeluaran produk berkaitan 5G, daripada pelanggan sedia ada dan baharu di seluruh dunia.
magMemandangkan kumpulan NCUBE juga merupakan aset yang menjana hasil matang, cadangan pemerolehan dijangka
untuk mengukuhkan lagi kedudukan Kumpulan sebagai peneraju pemain akuakultur udang dalam industri dengan
gabungan kekuatan 235 kolam penanaman dan loji pemprosesannya sendiri untuk memproses hasil daripada
kedua-dua NCUBE dan Wakuba Farm menjadi produk siap.
Kekuatan gabungan dijangka akan tercipta
skala ekonomi dan sinergi, dan oleh itu mengharapkan untuk menyumbang secara bermakna kepada kewangan Kumpulan
prestasi ke hadapan. Ini berdasarkan fakta bahawa permintaan global akan semakin meningkat
dan pasaran tempatan di tengah-tengah penurunan tahap perikanan yang ditangkap, populasi yang semakin meningkat dan kesihatan pengguna
kesedaran yang melihat udang sebagai alternatif yang lebih sihat kepada daging lain.
Namun begitu, memandangkan pandemik Covid-19 sedang berlangsung, Kumpulan tetap mengambil kira potensi kesannya.
akan terus dimiliki dalam operasi Kumpulan.
jademKami menjangkakan jualan hartanah di Malaysia akan berkurangan disebabkan oleh prospek ekonomi global yang mencabar pada tahun ini
2022. Kenaikan kos pembinaan dan pematuhan serta dasar pemberian pinjaman yang ketat dijangka akan
menjejaskan pasaran hartanah ditambah dengan sentimen perniagaan yang berhati-hati di negara ini. Kumpulan akan memberi tumpuan kepada
membangunkan baki SA65 di Simpang Ampat pada tahun kewangan semasa. Pihak pengurusan akan meneruskannya
usaha dalam meningkatkan kecekapan dan mengekalkan daya saingnya dalam pasaran walaupun sengit
persaingan dalam industri hartanah.
Tanpa sebarang keadaan yang tidak dijangka, Lembaga Pengarah yakin dengan berhati-hati bahawa Kumpulan akan
kekal berdaya tahan untuk tahun kewangan berakhir 31 Mac 2022.
faundamental/teknikalkalau kita pernah baca buku pasal pelabur pelabur hebat. ramai yang dikeluarkan oleh investor yang mementingkan FA. dulu saya pun x faham kenapa sifu2 saham bagitau nak beli saham ni macam kita nak pilih awek@ isteri. bukan main beli je. seblum kawin kita mesti lah usha dulu kan. x kan terus kawin . mcm tu jgak dengan saham kena usha dulu..da usha ngorat dia slow2..jgn trus agresif..
faundamental ni dorg meletakkan duit no 2..no 1 adalah perniagaan disebalik harga saham. mereka mementingkan nilain sesebuah syarikat. ade bnyak lagi tips saham lain masa sy kongsi lagi
aeonaeon yang mencatatkan lonjakan 161% dalam keuntungan bersih kepada RM70.98 juta pada suku keempat berakhir 31 Dis, 2021 (4S21), telah mencadangkan dividen akhir tiga sen sesaham.
Aeon berkata dividen itu bersamaan dengan nisbah pembayaran RM42.1 juta atau 49%. Dividen adalah tertakluk kepada kelulusan pemegang saham.
Ia menambah bahawa kelayakan dan tarikh pembayaran yang dicadangkan untuk dividen akhir akan ditentukan kemudian dan diumumkan sewajarnya.
Pada 4Q21, peruncit itu mencatatkan hasil sebanyak RM992.1 juta, meningkat 8.25% daripada RM916.49 juta setahun lalu.
Untuk setahun penuh, keuntungan bersih Aeon meningkat dua kali ganda kepada RM85.29 juta berbanding RM41.42 juta pada tahun sebelumnya, didorong oleh margin lebih baik yang diperoleh melalui strategi pembelian yang dipertingkatkan dan rundingan yang dipertingkatkan serta pengurusan kos yang berdisiplin.
Hasil, bagaimanapun, turun 10.4% kepada RM3.63bil daripada RM4.05bil setahun lalu.
“Aeon komited untuk menyampaikan tawaran menarik merentasi operasi runcit baharu dalam memenuhi keperluan pelanggan yang berubah dan gelagat pembelian.
“Bagaimanapun, kami tetap berhati-hati kerana imbangan risiko condong ke arah bawah, terutamanya daripada ketidaktentuan yang mengelilingi varian Covid-19, di dalam dan di peringkat global,” kata pengarah urusan/ketua pegawai eksekutif Shafie Shamsuddin dalam satu kenyataan.
Beliau berkata kumpulan itu akan meneruskan perjalanan transformasi digitalnya yang telah menghasilkan hasil yang ketara dan meningkatkan lagi kebolehan platform e-dagangnya, myAEON2go untuk menambah baik penggunaan pengguna pada masa hadapan.
“Berpandukan pendekatan perniagaan kami Agile, Genba dan Keusahawanan (AGE), kami telah melaksanakan struktur kos yang dipertingkatkan dengan organisasi yang lebih ramping yang dijangka terus menyumbang ke arah keuntungan yang lebih mampan,” tambahnya.
wzsatuwzsatu telah kembali kepada keuntungan pada asas setahun penuh pada tahun kewangan berakhir 31 Dis 2021 (FY21) - kali pertama sejak 2018.
Dalam satu kenyataan, WZ Satu berkata ia melaporkan lonjakan 65.3% suku ke suku dalam keuntungan bersih bagi suku keempat berakhir 31 Dis, 2021 (4S21), apabila pemulihan pasca wabaknya semakin pantas.
Kumpulan kejuruteraan awam dan pembinaan mencatatkan keuntungan bersih RM3.56 juta pada 4Q21 pada pendapatan RM56.9 juta. Intinya berjaya dicapai di atas sumbangan positif daripada ketiga-tiga segmen teras, iaitu, kejuruteraan awam dan pembinaan, minyak dan gas serta pembuatan.
Tiada maklumat perbandingan pada asas tahun ke tahun kerana kumpulan itu pada 22 Julai 2020 menukar akhir tahun kewangannya kepada 31 Dis daripada 31 Ogos.
Pada TK21, WZ Satu mencatatkan keuntungan bersih RM3.69 juta berbanding perolehan RM247.4 juta.
Pengerusi eksekutif dan presiden Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata: "Prestasi kewangan terkini WZ Satu adalah bukti kejayaan pelaksanaan strategi perniagaan kami."
“Kami sedang mempercepatkan pelaksanaan strategi pertumbuhan kami pada masa hadapan, dan kami juga sedang membida secara aktif untuk beberapa tender, baik daripada sektor awam dan swasta,” katanya dalam satu kenyataan.
Buku pesanan WZ Satu berjumlah RM578 juta pada 31 Dis 2021 dan ini memberikan keterlihatan pendapatan sehingga 2023.
“Kami bekerja keras dan pantas untuk meningkatkan saiz buku pesanan. Dalam beberapa tahun akan datang, salah satu pemacu utama untuk WZ Satu ialah pelancaran rangkaian 5G Malaysia.
“Sebaik sahaja kami melengkapkan pemerolehan Citaglobal Engineering Services Sdn Bhd (CESSB), kumpulan itu menjangkakan akan menjadi penerima manfaat pembangunan menara telekomunikasi 5G di seluruh negara,” katanya.
Mohamad Norza berkata usaha baharu Kerajaan dalam membina rumah mampu milik melalui projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) juga merupakan pemangkin positif WZ Satu.
Kumpulan itu akan memulakan semula projek PR1MA D’Marina Residency di Kuantan, yang mempunyai anggaran nilai pembangunan kasar RM219 juta dalam tempoh empat hingga lima tahun.
“Yang terbaik masih akan datang dan FY22 semasa dijangka menjadi tahun yang lebih kukuh, kecuali keadaan yang tidak dijangka. Saya berharap untuk mengembangkan WZ Satu untuk menjadi pemain yang serius dalam sektor pengurusan kemudahan, telekomunikasi, tenaga, infrastruktur dan teknologi,” katanya.
maybulk(Maybulk) kembali kepada keuntungan pada tahun kewangan berakhir 31 Dis 2021 (FY21) dengan keuntungan bersih RM192.53 juta berbanding kerugian bersih RM20.78 juta setahun lalu.
“Keputusan positif untuk TK21 adalah disebabkan terutamanya oleh peningkatan dalam keuntungan operasi, serta item keuntungan tidak berulang atas pelupusan hartanah, loji dan peralatan, pembalikan kerosakan kapal, dan keuntungan daripada penyahiktirafan usaha sama,” Maybulk berkata dalam nota yang mengiringi keputusan kewangannya.
Perolehannya pada TK21 berjumlah RM207.04 juta, meningkat 17.65% daripada RM175.99 juta yang dicatatkan pada tahun sebelumnya.
Pada suku keempat berakhir 31 Dis 2021 (4S21), Maybulk mencatatkan keuntungan bersih RM31.9 juta berbanding kerugian bersih RM49.78 juta didorong peningkatan 14.6% dalam hasil kepada RM48.13 juta daripada RM42 juta setahun sebelumnya.
Maybulk berkata pada 4Q21 pasaran perkapalan pukal kering meningkat daripada kemuncaknya pada Oktober.
Ia berkata masalah tenaga China mula berkurangan dengan peningkatan pengeluaran arang batu domestik dan kelembapan aktiviti perindustrian juga mengurangkan import bijih besi dan arang kok.
Oleh itu, pasaran kargo mengalami penurunan yang ketara pada suku keempat.
“Walaupun pembetulan dan kelembutan bermusim pada 1Q22 setakat ini, tinjauan keseluruhan bagi pasaran kargo dan kapal terpakai secara amnya kekal positif. Dengan pertumbuhan bekalan armada yang terhad dan faktor jangka pendek seperti kesesakan pelabuhan, kapasiti armada dijangka kekal agak ketat.
"Keseimbangan bekalan-permintaan keseluruhan dalam sektor pembawa pukal kekal menyokong dengan permintaan satu batu tan diunjurkan berkembang sebanyak 2.2% pada 2022 berbanding pertumbuhan armada sebanyak 2.0%," kata Maybulk.
Bagaimanapun, ia menyatakan terdapat faktor lain seperti ketidakstabilan geopolitik, konflik serantau, perang perdagangan dan pergolakan awam yang mungkin memberi kesan kepada pasaran perkapalan tahun ini.
Bagaimana Jenis Pesanan Berbeza BerfungsiHai semua! 👋
Hari ini kami mahu membawa anda melihat 3 jenis pesanan utama yang wujud apabila anda berinteraksi dengan pasaran, dan menjelaskan lebih lagi mengenai apa yang mereka lakukan, dan bila mereka adalah berguna.
Ok tak? Jom teruskan! 🚀
Sebelum kami membincangkan mengenai jenis-jenis pesanan berbeza yang anda boleh lihat apabila anda meletakkan satu dagangan menerusi platform TradingView, ia adalah penting untuk memahami bagaimana hampir semua pasaran berfungsi dahulu.
Bila ia datang kepada mana-mana pasaran, pada bila-bila masa, akan ada satu “BIDA TERBAIK”, dan satu “MINTA TERBAIK”. 🔢
BIDA TERBAIK adalah harga tertinggi dimana seseorang sanggup membayar untuk satu aset yang diberikan, dan MINTA TERBAIK adalah harga paling rendah dimana seseorang sanggup menjual untuk satu aset yang diberikan,
Cuba kita fikir sekali lagi. Apabila ianya mengenai saham, sebagai contoh, broker anda akan memberikan anda dengan satu pesanan pasaran yang disatukan (buku pesanan) untuk satu-satu saham. Katakan anda di dalam pasaran untuk beberapa saham Apple. Anda dapat melihat saham adalah "didagangkan pada" $175.50. Apakah maksud itu?
Ia bermaksud bahawa harga terendah yang seseorang sanggup menjual saham Apple mereka adalah mungkin pada harga $175.52, dan harga tertinggi yang seseorang sanggup membayar untuk saham Apple adalah mungkin pada harga $175.49. 💹
Bagaimanakah peserta-peserta pasaran membuat niat mereka diketahui? Dengan meletakkan PESANAN HAD. ⌛
1.) Satu PESANAN HAD adalah satu jenis pesanan yang anda hantar kepada tempat dagangan apabila anda mahu membeli atau menjual pada sesuatu harga.
Di dalam contoh Apple di atas, katakan anda mahu membeli beberapa Apple, tetapi anda tidak mahu membayar satu sen lebih dari $175.25. Apabila anda menghantar pesanan ini dan klik “hantar”, pesanan anda pergi ke tempat dagangan, dan MENYERTAI buku pesanan, pada harga $175.25. Anda sekarang adalah “LANSUNG” dan di dalam pasaran. Broker akan menolak tunai yang ia perlukan untuk memenuhi pesanan dari kuasa belian anda semasa pesanan anda adalah secara langsung.
Soalan seterusnya: Jika individu mempunyai had pesanan keluar di dalam buku pesanan, bagaimanakah harga akan sampai kepada anda? 🔽
Ada beberapa cara, tetapi salah satu cara yang paling biasa adalah: PESANAN PASARAN ⌚
2.) Satu PESANAN PASARAN adalah satu pesanan yang dihantar ke pasaran dan terus dilaksanakan untuk membeli atau menjual satu aset pada apa-apa harga yang tersedia.
Ramai orang menggunakan pesanan pasaran kerana mereka secara virtual menjamin bahawa anda akan mendapat posisi yang anda inginkan secara terus. Keburukannya pula. sebaik sahaja anda menghantar satu pesanan pasaran, anda tidak dapat mengawal apakah harga yang anda akan dapat. Harga boleh berubah sekelip mata, dan anda boleh berada pada satu kedudukan pada harga yang anda tidak lagi mahukan.
Kembali kepada contoh kami: jika anda menunggu untuk mengisi pesanan anda untuk AAPL, membeli saham pada $175.25, kemudian sesiapa yang membayar anda akan merentasi spread, mungkin dengan satu pesanan pasaran. 💵
Mari kita andaikan pesanan anda dipenuhi untuk pembelian saham APPL pada $175.25, dan anda mahu keluar dari posisi anda jika saham itu didagangkan di bawah $175. Dalam kes ini, anda hendaklah menggunakan satu PESANAN RENTI. 🛑
3.) PESANAN RENTI adalah pesanan-pesanan yang anda hantar kepada pasaran yang berjalan secara langsung pada pelayan Nasdaq/NYSE. Mereka mempunyai satu harga cetusan, dan sebaik sahaja harga cetusan terkena, mereka melaksanakan satu Pesanan Had atau satu Pesanan Pasaran bergantung kepada input anda. Ini semua adalah PESANAN HAD RENTI, dan PESANAN PASARAN RENTI.
Ia kedengaran agak rumit tetapi ia adalah lebih mudah daripada apa yang disangka.
Sekali lagi; balik kepada contoh kami. Katakan pesanan anda dipenuhi untuk pembelian AAPL pada 175.25, tetapi apabila pesanan renti anda terkena pada 174.99 (anda mahu keluar jika saham itu turun di bawah 175).
Jika pesanan renti adalah satu pesanan pasaran, anda akan terkeluar dari posisi anda, tidak kira berapa harga. Ia adalah semudah itu! ✅
Minggu hadapan, kami akan membincangkan beberapa teknik pesanan yang digunakan oleh pedagang-pedagang profesional untuk mendapatkan harga yang lebih baik. 🦾
Jaga diri anda!
-Pasukan TradingView 👀