JHM Akan Bangun Pada Bulan Mac?JHM salah satu saham dalam sektor kuat pada ketika ini iaitu semikonduktor. JHM berada dalam semikonduktor LED. Namun sejak kebelakangan ini, JHM telah cuba mempelbagaikan lapangan bisnes mereka dan adakah ia merupakan satu perkembangan ke arah yang lebih baik?
ANALISA FUNDAMENTAL
1. JHM dalam sektor semikonduktor dan berfokuskan kepada sub sektor automotif. Walaubagaimanapun, pada 2019 dilaporkan bahawa JHM telah mula mempelbagaikan lapangan bisnes mereka dengan menyertai sektor Industrial dan Aerospace.
2. Pada 2019, JHM mula menceburkan diri dalam sektor Aerospace dan menandatangani perjanjian MoU bersama UACE, Universal Alloy Corp Europe, yang berpengkalan di eropah dalam metal machining dan sub assembling. Ini membuka era baru kepada JHM.
3. Dalam laporan tahunan kewangan 2019, sektor Aerospace telah menyumbang sebanyak 1% dalam perolehan mereka sebagai permulaan terbaik pada tahun pertama.
4. Sebagai langkah awal, mereka berjaya mendapatkan tugasan daripada UACE untuk membekal 72 bahagian mesin aerospace.
5. Walaubagaimanapun, dengan kehadiran pandemik Covid-19, ia agak memberi kesan kepada sektor Aerospace kepada seluruh dunia sepanjang tahun 2020 yang lepas. Namun, dikatakan tiada tempahan yang telah dibatalkan oleh klien mereka, tempahan yang ada hanya ditangguhkan dan bakal dianjak kebelakang.
6. Setelah menyambung semula operasi selepas daripada PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), tempahan yang ada semakin bertambah. Ini memberikan gambaran oleh beberapa Analisis Bank Pelaburan bahawa 'waktu sibuk' telah tiba kepada JHM. 'Sibuk' dalam bisnes memberi tanda positif bahawa kerja sedang rancak dan dikatakan bakal memberikan pulangan yang baik sepanjang 2021 ini.
7. Dilaporkan bahawa pada May 2020, dua pengeluar kapal terbang utama di dunia iaitu Airbus dan Boeing mempunyai tunggakan menyiapkan tempahan kapal terbang mereka sebanyak 7621 and 5301 unit masing-masing.
8. JHM juga dilihat mahu memperluaskan lapangan bisnes mereka ke lapangan semikonduktor Telekomunikasi 5G dan Electric Vehicles, yang mana bakal menjadi sektor yang panas dalam tahun 2021 ini.
9. Dalam lapangan Electric Vehicles, JHM sedang membangun sistem pengecas Kereta Elektrik dalam sistem yang dinamakan CDS, bukan akaun CDS saham anda, tetapi Charging Discovery System. Iaitu satu sistem yang direka untuk versetaliti dalam penyesuaian sistem pengecas antara Kereta Elektrik yang berlainan jenis dengan sistem pengecas yang berlainan jenis.
10. Pada 11 Dec 2020, JHM dilaporkan membeli sebidang tanah secara tunai di Pulau Pinang untuk memperluaskan kilang untuk sektor Telekomunikasi. Ini seolah-olah menunjukkan kesungguhan mereka dalam meneroka sektor semionduktor Telekomunikasi 5G.
11. Pada Nov yang lepas juga, JHM telah berjaya menaiktaraf saham mereka untuk tersenarai dalam Pasaran Bursa Utama daripada Pasaran Saham Ace sebelum ini. Untuk menaiktaraf ke pasaran saham utama, beberapa syarat ketat diperlukan termasuk berjaya mengekalkan keuntungan bersih setahun lebih daripada 30juta setahun selama 3 tahun berturut-turut, dan JHM telah berjaya melepasi syarat itu.
12. Pada minggu lalu, Presiden Amerika Syarikat telah menandatangani satu Arahan Eksekutif untuk memberi penekanan dan menilai semula kebimbangan terhadap kekurangan semikonduktor termasuk 100 sektor industri yang terjejas termasuk sektor automotif.
13. Dari segi 3 QR terakhir, JHM mencatat 3 peningkatan QR berturut-turut iaitu:
Q2 20, mencatat keuntungan 2.7juta, 5.7% daripada 48.1juta pendapatan
Q3 20, mencatat keuntungan 5.3juta, 6.8% daripada 78.1juta pendapatan
Q4 20, mencatat keuntungan 8.0juta, 10.5% daripada 76.2juta pendapatan
14. Setelah sektor semikonduktor berehat panjang sepanjang Febuari yang lepas, adakah kaunter saham semikonduktor akan bangun semula pada bulan Mac ini?
ANALISA TEKNIKAL
1. Daripada carta, harga kini berada pada 2.32, sebanyak -7.6% daripada paras support, dan berjarak +14.2% pada paras rintangan tertinggi ATH di 2.67
2. Harga juga telah kelihatan membuat lonjakan setelah mencecah MA 50 beberapa hari yang lalu.
3. RSI berada pada paras 50 sekiranya pergerkan harga bersedia membuat momentum larian harga.
4. RSI Stoch juga baru sahaja membuat persilangan pada bahagian Lebihan Jualan beberapa hari yang lepas, seperti bersedia membuat momentum larian.
5. Dari segi Price Earning Ratio, kini JHM mencatat PE 60.48, sedikit melebihi PE median sektor semikonduktor iaitu 56.11 boleh dikatakan pada kedudukan purata.
Adakah sektor semikonduktor berjaya bangun untuk bulan Mac ini dan menolak JHM untuk turut serta dalam larian, dan adakah JHM berjaya menarik pelabur setelah menunjukkan peningkatan yang baik dalam QR terbaru mereka?
Khairul Hafiz
Nasihat dari guru-guru saham saya yang mungkin boleh dikongsikan:
- "Pasaran saham adalah tempat memberi pulangan kepada yang sabar, dan menghukum kepada yang gelojoh"
- "Bila berdagang hanya dengan TA, ia seperti bertarung dengan sebelah tangan. Berdagang dengan TA dan FA, ia seperti bertarung dengan kedua belah tangan."
Bursamalaysiaresearch
UWC Akan Bangkit Minggu ini?UWC adalah salah satu kaunter saham dari sektor yang kuat dan trending iaitu semikonduktor. Walaubagaimanapun, sektor semikonduktor agak perlahan sejak awal Febuari berbanding ketika bullish yang kuat pada Januari yang lepas.
UWC dikategorikan sebagai kaunter Diva. Saham yang cantik dan konsisten kenaikannya, malah mencatat 100% kenaikan sejak 4 bulan yang lepas. Peningkatan harganya sejajar dengan peningkatan keuntungannya sejak ia tersenarai dalam Bursa Malaysia daripada IPO pada Julai 2017. Saya menganggap pihak pengurusan UWC adalah antara contoh pengurusan yang terbaik dalam sesebuah syarikat. Kenapa? Saya cuba huraikan.
ANALISA FUNDAMENTAL
1. UWC hanya bermula sebagai syarikat yang melakukan bisnes menjual mesin pemotongan wayar dalam pelbagai industri pada 1990 dengan syarikat bernama Unique Wire Cut Sdn Bhd.
2. Mereka mula memasuki industri pemotongan metal dan acuan logam dan mula mendapat pelanggan dalam bidang fabrikasi metal pada 1992.
3. Sehinggalah pada tahun 2000, mereka memasuki bidang Precision Machine (Mesin Ketepatan) untuk bidang komponen yang lebih detail dan dapat meluaskan lingkungan bisnes yang lebih luas.
4. Pada 2005 mereka telah memasuki bidang fabrikasi metal semikonduktor untuk memperluaskan lingkugan bisnes mereka.
5. Pada 2006 mereka memasuki bidang bisnes Teknologi kesihatan untuk fabrikasi metal peralatan kesihatan seperti incubutor dan produk sains.
6. Pada 2010, mereka telah menerima tempahan pemasangan dalam teknologi semikontor yang dinamakan SMT surface mount technology.
7. Kini, semikonduktor menjadi sesuatu yang hangat dalam industri global dalam usaha dunia melangkah ke arah teknologi maklumat dan pembangunan Pusat Data (Data Centre).
8. Dari segi prestasi kewangan, UWC pada setakat artikel ini ditulis, masih lagi mengekalkan rekod kenaikan 100% sejak ia di IPO kan pada Julai 2019.
9. Suka saya menyenaraikan prestasi QR UWC sejak ia tersenarai dalam Bursa Malaysia seperti di bawah:
Q3 19 mencatat keuntungan 8.8juta, 2.3% daripada pendapatan 38.3juta
Q4 19 mencatat keuntungan 10.1juta, 21.5% daripada pendapatan 46.9juta
Q1 20 mencatat keuntungan 11.2juta, 23.9% daripada pendapatan 46.9juta
Q2 20 mencatat keuntungan 13.3juta, 24.2% daripada pendapatan 54.9juta
Q3 20 mencatat keuntungan 14.6juta, 26.2% daripada pendapatan 55.8juta
Q4 20 mencatat keuntungan 18.6juta, 30.4% daripada pendapatan 61.4juta
Q1 21 mencatat keuntungan 21.7juta, 30.4% daripada pendapatan 71.5juta
10. Daripada rekod QR sejak tersenarai dalam Bursa Malaysia, UWC sentiasa mencatatkan peningkatan keuntungan dari suku ke suku laporan.
ANALISA TEKNIKAL
1. Candlestick ditutup merah 4 hari berturut-turut sejak hari ex-date 16 Feb setelah Bonus issue, berikutan ketidak stabilan antara penjualan panik pedagang intraday dan juga sektor semikonduktor sendiri yang agak perlahan dalam bulan ini berikutan kitaran kenaikan diambil alih oleh sektor tenaga dan minyak serta metal.
2. Candlestick dilihat mampu turun sehingga ke paras klassikal support pada harga 6.24 atau menyentuh MA20 sebelum membuat lonjakan.
3. Dari segi volume, terdapat sedikit tekanan jualan pada hari khamis yang lepas, dilihat volum jualan agak tinggi kemungkinan Profit Taking dilakukan oleh pedagang contra serta jualan panik pdagang intraday.
4. Namun pada hari berikutnya, tekanan jualan dapat diserap dan volume jualan telah berkurangan. Jika volume berterusan pada kadar rendah, kemungkinan Pembeli akan datang kembali menguasai saham ini untuk menolak harga je atas untuk hari-hari yang berikutnya.
5. Dari segi RSI, masih di atas 50, kemungkinan harga akan tertarik kebawah sehingga RSI masuk ke paras 50 sebelum memulakan momentum larian bullish.
6. RSI Stoch walaubagaimanapun, telah memasuki zone oversold, menunggu masa persilangan berlaku dan seterusnya mengembalikan momentum kenaikan harga.
Khairul Hafiz
- "Market saham adalah tempat memberi pulangan kepada yang sabar, dan menghukum kepada yang gelojoh"
- "Bila berdagang hanya dengan TA, ia seperti bertarung dengan sebelah tangan. Berdagang dengan TA dan FA, ia seperti bertarung dengan kedua belah tangan."
Kpower Terus Memberikan Tekanan Esok?Kpower hari ini menurun pada paras harga terendah sejak sebulan yang lalu pada RM2.15. Sebulan yang lalu, Kpower mencecah ATH pada harga 2.90. Adakah ia akan terus memberikan tekanan kepada pemegang saham Kpower esok?
Fundamental Analisis
1. Kejayaan Kpower mendapatkan beberapa projek besar dalam sektor Renewable Energy, menarik minat pelabur untuk mendapatkan saham Kpower. Ini terbukti dengan peningkatan QR yang cantik sejak Q3 19.
2. Perubahan mendadak ini setelah kemasukan Datuk Mohd Abdul Karim yang mengubah landskap bisnes Kpower membawa bersama reputasi sebagai pengasas Serba Dinamik yang berprestasi cemerlang.
3. Sebagai rekod peningkatan QR Kpower terus meningkat seperti di bawah,
Q2 20 mencatatkan keuntungan +1.9juta, 13.6% dariada 13.6juta perolehan.
Q3 20 mencatatkan keuntungan +2.7juta, 8.4% daripada 31.7juta perolehan.
Q4 20 mencatatkan keuntungan +7.3 juta, 18.6% daripada 39.4juta perolehan
Q1 21 mencatatkan keuntungan +8.1juta, 14.3% daripada 57.1juta perolehan.
4. Peningkatan ini adalah konsisten dari suku ke suku QR, dan dilihat bahawa Datuk Karim adalah De facto kepada prestasi baik ini sebagaimana yang berlaku ke atas Serbadinamik dan juga SCIB.
5. Dengan prestasi kewangan yang baik, ini akan menjadi Catalyst, untuk mengapa pelabur tidak bimbang untuk terus mengekalkan pegangan saham Kpower.
Teknikal Analisis
1. Sejak mencecah harga tertinggi pada 18hb Januari yang lalu di 2.9, Kpower dilihat mengalami penurunan. Pada hari ini, ia mennurun pada aras terendah pada 2.15, iaitu bersamaan harga minima pada indikator Fibinachi Retracement 0.618 pada harga 2.05. Adakah ia akan membuat lonjakan setelah mencapai lantai Fibonachi retracemenet 0.618?
2. Penurunan ini juga dilihat menghampiri MA50. Adakah ia akan berjaya membuat lonjakan sekiranya ia mencecah MA50 esok?
3. Dari segi volume, dapat dilihat Pembeli masih menguasi pasaran saham Kpower. Kenaikan terakahir pada 8hb Feb, dilihat disokong dengan volum yang baik.
4. Pada hari berikutnya, penurunan beberapa hari sehingga hari ini hanya mempunyai volum yang sedikit. Ini menjadi faktor sokongan bahawa harga dijangka mampu membuat kenaikan semula. (lihat pada carta volum anak panah hijau)
5. Dari segi RSI, kini sudah jatuh bawah paras 50, di mana kebiasaannya harga akan sudah bersedia untuk membuat kenaikan setelah turun agak banyak ke paras 50.
6. Dari RSI Stoch pula, ia sudah dilihat mahu memulangan persilangan, sebagai tanda permulaan untuk harga membuat balikan (reversal)
Jadi, adakah Kpower akan terus menekan pemegang saham Kpower ini esok atau akan mula membuat balikan harga ke atas?
Atau mungkin Kpower mahu menunggu minggu hadapan untuk membuat pemegang shaam Kpower rasa sedikit lagi tekanan perasaan sebagai penutup minggu ini keeskan hari?
Khairul Hafiz
4/6/2020 . Bursa Malaysia . MGRC menunjukkan potensinyaBerpotensi untuk short swing dan mid swing
Dari segi FA
- PE masih rendah
- Market volatile kerana hanya mempunyai 103.51 juta jumlah share
- Sektor Health Care Equipment & Services
- Ada director buy back
Dari segi TA (menggunakan indikator sendiri)
- Candle masih dalam keadaan hijau untuk daily chart
- Entry 0.385
- CL 0.36
- TP1 0.475 , TP2 0.575
- RRR = 1:3.6 , 1:7.6
Dibawah merupakan buy-price triggered untuk harga 0.385
(Untuk menggunakan indikator yang saya cipta, boleh private chat saya di Trading View)
Penafian : Ini adalah tujuan pembelajaran, bukan buycall. Sebarang kerugian adalah diatas tanggungjawab pedagang sendiri
4/6/2020 . Bursa Malaysia . RGTBHD berpotensi untuk naikBerpotensi untuk short swing dan mid swing
Dari segi FA
- Market volatile kerana hanya mempunyai 576.93 juta jumlah share
- Sektor Industrial Products & Services (Chemical)
Dari segi TA (menggunakan indikator sendiri)
- Candle masih dalam keadaan hijau untuk daily chart
- Entry 0.315
- CL 0.295
- TP1 0.345 , TP2 0.375
- RRR = 1:1.5 , 1: 3
(Untuk menggunakan indikator yang saya cipta, boleh private chat saya di Trading View)
Penafian : Ini adalah tujuan pembelajaran, bukan buycall. Sebarang kerugian adalah diatas tanggungjawab pedagang sendiri
3/6/2020 . Bursa Malaysia . GADANG berpontensi untuk naikBerpotensi untuk short swing dan mid swing
Dari segi FA
- PE > ROE
- Market volatile kerana hanya mempunyai 728.06 juta jumlah share
- Sektor construction
Dari segi TA (menggunakan indikator sendiri)
- Candle masih dalam keadaan hijau untuk daily chart
- Entry 0.490
- CL 0.475
- TP1 0.515 , TP2 0.545
- RRR = 1:1.67 , 1: 3.67
(Untuk menggunakan indikator yang saya cipta, boleh private chat saya di Trading View)
Penafian : Ini adalah tujuan pembelajaran, bukan buycall. Sebarang kerugian adalah diatas tanggungjawab pedagang sendiri
Kajian Struktur Pasaran Kaunter CARIMIN (2017-2019)ANALISIS KEADAAN PASARAN SEKARANG UNTUK KAUNTER CARIMIN BERADA DI HUJUNG POST
Post ini adalah sebahagian dari siri kajian saya pada struktur pasaran kaunter-kaunter Bursa Malaysia. Klik sini untuk maklumat lanjut berkenaan kajian ini.
Pergerakan harga buat masa ini adalah tidak menentu.
Kita sangka mod akan berubah menjadi downtrend apabila lower low dan lower high terbentuk.
Tetapi selepas itu higher low dan higher high pula terbentuk menjadikan uptrend.
Tiada kepastian, tetapi besar kemungkinan mod uptrend akan berterusan kerana harga telah break beberapa rintangan sebelum ini dan telah berada di atas paras RM1.
Rujukan:
How To Read Structure (Charts) Tutorial oleh Alec40
ASAS TEKNIKAL ANALISIS PALING PENTING: MARKET STRUCTURE & KAITAN DENGAN VOLUME oleh DiariSaham.com
Screener SAT iSaham
Kajian Struktur Pasaran Kaunter UZMA (2017-2019)ANALISIS KEADAAN PASARAN SEKARANG UNTUK KAUNTER UZMA BERADA DI HUJUNG POST
KLIK SINI untuk penerangan tentang kajian ini
Selepas mengkaji beberapa carta, saya berpendapat bahawa point TP yang paling selamat sekiranya kita enter pada paras HL ialah beberapa bid dibawah HH terakhir.
Kebiasaannya, walaupun ketika di penghujung trend, sekiranya HL berjaya terbentuk, harga akan mencuba paras HH terakhir sebelum trend patah menjadi downtrend.
Bentuk kebiasaan struktur pasaran yang kita belajar adalah seperti dalam kotak hijau, tapi hakikatnya sangat jarang berlaku struktur yang teratur sebegitu.
Paras New Low yang berada diatas LL5 dan harga kini yang berada diatas LH6 telah berjaya mematahkan downtrend.
Tak lama lagi kaunter ini akan retrace, seperti biasa:
- Jika retrace diatas New Low, boleh entry kerana besar kemungkinan uptrend akan bersambung.
- Jika retrace dibawah New Low atau dibawah LH6 sekalipun, boleh elakkan terlebih dahulu.
Kajian Struktur Pasaran Kaunter CCK (2018-2019)Alhamdulillah, saya dah boleh letak beberapa gambar carta dalam satu post yang sama. Selepas ini, setiap post akan memuatkan kajian struktur pasaran selama 2 tahun terakhir bagi satu-satu kaunter.
Target saya ialah untuk mengkaji sekurang-kurangnya 5 kaunter bagi mengenalpasti:
1) Struktur pasaran Bursa Malaysia
2) Durasi trend kaunter Bursa Malaysia
3) Tanda-tanda perubahan trend kaunter Bursa Malaysia
4) Mengenalpasti 'trading ranges'
Dalam kajian ini, saya mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dari tutorial bersiri How To Read Structure (Charts) Tutorial oleh Alec40 terhadap kaunter-kaunter pilihan dalam pasaran Bursa Malaysia.
Kajian ini bersifat peribadi tetapi mungkin dapat membantu anda dalam memahami ilmu market structure bagi kaunter Bursa Malaysia.
Untuk mengelakkan pengaruh dari anasir-anasir yang tidak berkaitan, saya tidak menggunakan apa-apa indikator dalam kajian ini, termasuk volume . Namun, tiada masalah jika anda ingin menggunakan indicator (kecuali jika anda mahu kelihatan cool dengan menggelar diri sebagai naked chart trader).
Beberapa prinsip/disiplin (dipetik dari tutorial Alec40) yang saya praktikkan untuk kajian ini ialah:
1) Higher high dan higher low (lower high dan lower low) mesti terbentuk secara berturutan bagi menandakan uptrend (downtrend)
2) Sekiranya pergerakan harga tidak stabil (sekejap higher low sekejap lower high dsb.), kita menganggap range trading atau minor sideways sedang berlaku.
3) Apabila harga menembusi mana-mana high atau low yang terakhir, barulah trend sekarang dapat ditentukan.
4) Nama high dan low mesti diambil secara literal.
Kajian ini akan diteruskan dari semasa ke semasa.
Kajian Struktur Pasaran Bagi Kaunter Bursa Malaysia (Bahagian 5)Dalam kajian ini, saya mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dari tutorial bersiri How To Read Structure (Charts) Tutorial oleh Alec40 terhadap kaunter-kaunter pilihan dalam pasaran Bursa Malaysia.

Kajian Struktur Pasaran Bagi Kaunter Bursa Malaysia (Bahagian 4)Dalam kajian ini, saya mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dari tutorial bersiri How To Read Structure (Charts) Tutorial oleh Alec40 terhadap kaunter-kaunter pilihan dalam pasaran Bursa Malaysia.
Kajian ini bersifat peribadi tetapi mungkin dapat membantu anda dalam memahami ilmu market structure bagi kaunter Bursa Malaysia.
Untuk mengelakkan pengaruh dari anasir-anasir yang tidak berkaitan, saya tidak menggunakan apa-apa indikator dalam kajian ini, termasuk volume . Namun, tiada masalah jika anda ingin menggunakan indicator (kecuali jika anda mahu kelihatan cool dengan menggelar diri sebagai naked chart trader).
Beberapa prinsip/disiplin (dipetik dari tutorial Alec40) yang saya praktikkan untuk kajian ini ialah:
1) Higher high dan higher low (lower high dan lower low) mesti terbentuk secara berturutan bagi menandakan uptrend (downtrend)
2) Sekiranya pergerakan harga tidak stabil (sekejap higher low sekejap lower high dsb.), kita menganggap range trading atau minor sideways sedang berlaku.
3) Apabila harga menembusi mana-mana high atau low yang terakhir, barulah trend sekarang dapat ditentukan.
4) Nama high dan low mesti diambil secara literal.
Kajian ini akan diteruskan dari semasa ke semasa.
Kajian Struktur Pasaran Bagi Kaunter Bursa Malaysia (Bahagian 3)Dalam kajian ini, saya mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dari tutorial bersiri How To Read Structure (Charts) Tutorial oleh Alec40 terhadap kaunter-kaunter pilihan dalam pasaran Bursa Malaysia.
Kajian ini bersifat peribadi tetapi mungkin dapat membantu anda dalam memahami ilmu market structure bagi kaunter Bursa Malaysia.
Untuk mengelakkan pengaruh dari anasir-anasir yang tidak berkaitan, saya tidak menggunakan apa-apa indikator dalam kajian ini, termasuk volume . Namun, tiada masalah jika anda ingin menggunakan indicator (kecuali jika anda mahu kelihatan cool dengan menggelar diri sebagai naked chart trader).
Beberapa prinsip/disiplin (dipetik dari tutorial Alec40) yang saya praktikkan untuk kajian ini ialah:
1) Higher high dan higher low (lower high dan lower low) mesti terbentuk secara berturutan bagi menandakan uptrend (downtrend)
2) Sekiranya pergerakan harga tidak stabil (sekejap higher low sekejap lower high dsb.), kita menganggap range trading atau minor sideways sedang berlaku.
3) Apabila harga menembusi mana-mana high atau low yang terakhir, barulah trend sekarang dapat ditentukan.
4) Nama high dan low mesti diambil secara literal.
Kajian ini akan diteruskan dari semasa ke semasa.
Kajian Struktur Pasaran Bagi Kaunter Bursa Malaysia (Bahagian 2)Dalam kajian ini, saya mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dari tutorial bersiri How To Read Structure (Charts) Tutorial oleh Alec40 terhadap kaunter-kaunter pilihan dalam pasaran Bursa Malaysia.
Kajian ini bersifat peribadi tetapi mungkin dapat membantu anda dalam memahami ilmu market structure bagi kaunter Bursa Malaysia.
Untuk mengelakkan pengaruh dari anasir-anasir yang tidak berkaitan, saya tidak menggunakan apa-apa indikator dalam kajian ini, termasuk volume . Namun, tiada masalah jika anda ingin menggunakan indicator (kecuali jika anda mahu kelihatan cool dengan menggelar diri sebagai naked chart trader).
Beberapa prinsip/disiplin (dipetik dari tutorial Alec40) yang saya praktikkan untuk kajian ini ialah:
1) Higher high dan higher low (lower high dan lower low) mesti terbentuk secara berturutan bagi menandakan uptrend (downtrend)
2) Sekiranya pergerakan harga tidak stabil (sekejap higher low sekejap lower high dsb.), kita menganggap range trading atau minor sideways sedang berlaku.
3) Apabila harga menembusi mana-mana high atau low yang terakhir, barulah trend sekarang dapat ditentukan.
4) Nama high dan low mesti diambil secara literal.
Kajian ini akan diteruskan dari semasa ke semasa.
Jika anda sukakan kajian ini, sila like supaya saya dapat menghasilkan lebih banyak kajian dalam setiap post (buat masa ini terhad kepada satu kajian sahaja)